Followers

Digital clock

Friday, 22 June 2012

Umno ukur baju BN...

Kah, kah, kah...ukur baju badan sendiri la woiii..
Sudahkah 13 parti komponen BN semuanya bersedia untuk menghadapai PRU 13. Nampak macam sudah, nampak macam belum.  Sudahkah ahli-ahli UMNO bersedia fizikal dan mental.  Bersedia untuk memperkukuhkan jentera, bersatu hati dalam memperluaskan sokongan dan menyokong calon bukan pilihan kita, ataupun sudah ikhlaskan hati sebab dah tahu nama sendiri tidak berjaya dishortlistkan oleh pucuk pimpinan. Musuh kita dalam satu Bahagian yang naik namanya. Dah order ke belum poster parti yang ada gambar sendiri. Atau orang UMNO masih lagi terpinga-pinga hilang punca dek kerana sibuk mencari tender dan mengumpul harta atau orang UMNO cuma nak tumpang Hassan Ali, Ali Tinju dan Perkasa. Masalah tuu...

Gerakan, MCA dan MIC macamana pula.  Ada lagi ke pengikut partinya. Dah berapa ramai ahli baru yang mendaftar.  Jangan asyik nak menumpang undi Melayu aje, cari lah juga undi baru dari Cina.  Dah dibersihkan ke bilik gerakan yang penuh taik cicak dan pasang bendera.  Ataupun Cina MCA masih dok sibuk berebut dengan DAP nak jadi hero tubuhkan sekolah Cina. India MIC dan PPP nampaknya semakin putih.  Kalau dulu banyak hitam dan kelabu, kini putihnya gigi dah merata ke gusi dari atas sampai ke kaki.  India MIC dan PPP nampaknya semakin teruja semula dengan  barisan sebab PM berjaya selesaikan..  Ataupun MIC dan PPP masih lagi mabuk todi.  Masalah tuu...
UNDILAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL
BN memang akan terus menerajui kerajaan Persekutuan selepas PRU 13.  Itu jelas. Tapi janganlah ambil mudah.  Jangan jadi koplo macam pembangkang jugak. Pakatan haram memang tidak mampu mengambilalih Putrajaya buat masa ini sebab kesungguhan BN semenjak lebih 50 tahun dulu membela nasib rakyat benar-benar dibuktikan.  Cuba sebut, bahagian mana lagi yang tidak dapat pembelaan.  Semua dah covered.  Mungkin ada satu dua yang tertinggal tu cuma disebabkan teknikal dan prioritas yang didahulukan.  Namun umumnya pembelaan terhadap rakyat telah dilakukan secara menyeluruh termasuk di negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan haram. Atau masih ada lagikah janji-janji dan manifesto PRU 2008 yang belum dipenuhi oleh BN sepertimana janji-janji pakatan haram di Selangor, yang sejak PRU 2008 telah berjaya membangunkan pembohongan terbesar dalam sejarah politik Malaysia.  Masalah tuu...


p/s : Sementara pakatan dok terkial-kial lagi menjawab isu-isu yang berbangkit, BN seharusnya sudah menjadi lebih kemas dan yakin dengan kekuatan jentera untuk dilancarkan pada bila-bila masa saja ...

1 comment: