Followers

Digital clock

Monday, 24 September 2012

Kisah bakal PM dengan private jetnya...



Sejak seminggu lepas banyak diperkatakan di blog-blog tentang Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya menggunakan sebuah jet eksekutif untuk ke Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah serta Sarawak untuk majlis ceramah pak-khatan rakyat pertengahan September. 

Perkara itu bukan cerita kosong kerana banyak gambar-gambar tersebar dalam internet yang mana sumber asal gambar tersebut dimuat naik oleh Tian Chua melalui akaun twitter. 

Tujuan Tian Chua memuat naik gambar itu tidak lain tidak bukan adalah untuk menunjuk rasa bangganya kerana dapat terbang dengan jet eksekutif. Tidak ubah seperti beruk yang mendapat bunga.

Hari ini akhbar melaporkan kenyataan Tian Chua yang berkata pesawat tersebut adalah sebuah pesawat yang disewa.


Manakala menurut sebuah blog yang penulisnya adalah orang yang agak rapat dengan Anwar Ibrahim, melalui tulisannya pada 18 September 2012 menyatakan pesawat tersebut dibekalkan oleh seseorang. 

Berikut adalah apa yang ditulis oleh Sayuti Omar melalui blog mso melayu,
Khabarnya Anwar Ibrahim ketika turun ke Sabah dan Sarawak kemudian balik ke Kuala Lumpur dua hari lepas menggunakan jet peribadi. Jet itu dibekalkan oleh seseorang untuknya bagi memudah dan meringkaskan perjalanan beliau untuk menghadiri beberapa majlis parti di Sabah dan Sarawak.

Tidak mungkin untuk Anwar menyewa sendiri jet berkenaan? Sudah pasti ada individu atau tokoh korporat yang menyediakan jet itu untuk Anwar. Siapa? 

Najib sebagai PM mendapat kemudahan itu dan ini menjadikan pergerakannya cepat. Apa yang mungkin berlaku penyediaan jet kepada Anwar itu oleh mereka yang simpati dengan perjuangan Anwar. Mereka tidak tergamak untuk melihat Anwar naik turun AirAsia atau kapal terbang Mas yang meletihkan.

Mereka juga pastilah orang yang menyokong dan mengharapkan Anwar akan jadi PM.   

Dari sudut lain kemurahan hati mereka yang menyediakan jet berkenaan mungkin kerana dia sudah merasai bahawa selepas ini Anwar akan jadi PM. Dengan perkembangan di Sabah dan Sarawak boleh meruntuhkan UBN dan kerajaan akan datang dari Pakatan Rakyat.
Sayuti Omar menulis perkara tersebut pada 18 September, kira-kira 2 hari selepas Anwar menggunakan jet eksekutif tersebut, dan ketika perkara itu belum menjadi isu dalam dunia cyber. Setelah menjadi isu Tian Chua mula memusingkan cerita dengan mengatakan pesawat itu disewa. 


Dalam hal ini saya yakin Sayuti juga telah terlepas tulis perkara berkenaan. Atau mungkin Sayuti sengaja menulisnya kerana dia kecewa tidak dapat turut serta dalam rombongan Anwar untuk menaiki jet berkenaan.

Tidak tahu berapa lama lagi tulisan tersebut akan bertahan di blog MSO Melayu. Mungkin akan dibuang selepas ini kerana bimbang akan mencetuskan isu yang lebih besar. Sama-sama kita tunggu dan lihat....

Jika membaca apa yang ditulis Sayuti seperti yang saya gunakan tulisan tebal dan gariskan diatas, terang-terangan terbukti Anwar Ibrahim telah menerima rasuah lebih awal sebelum dia menjadi PM.

Jika sebelum menjadi PM dan sebelum berkuasa dia telah menerima rasuah, cuba anda bayangkan jika dia menjadi PM kelak dengan memiliki segala kuasa penuh di tangannya, tidakkah lebih teruk rasuah yang akan dilakukannya ?

Terbang ke Sabah dan Sarawak berceramah untuk mengeji BN melakukan rasuah , penyelewengan dan bla...bla...bla...bla....Apa lagi mahu cerita jika diri sendiri pun dibawa ke Sabah dan Sarawak dengan penerbangan rasuah.
-MEMANJANGKAN NUKILAN RBF ON-LINE, TERIMA KASIH RBF...teruskan perjuangan!

1 comment:

  1. Sila hayati intipati khutbah terakhir Penghulu segala Nabi. Adakah kita ikuti atau kita ingkari?"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

    ReplyDelete