Followers

Digital clock

Tuesday, 9 October 2012

King of Goblok : PKR memang sebenar-benarnya parti cap ayam


King of Goblok melaporkan :

PKR Selangor merasakan mereka terlalu kuat sekarang mungkin kerana orang-orang Azmin sudah menguasai kebanyakan Cabang. Jadi mereka-mereka ini merasakan banyak jawatan-jawatan dalam Majlis Kerajaan tempatan dan GLC wajar diberikan kepada orang-orang politik sealiran dengannya.

Biasanya janji-janji politik akan membuatkan kawalan kuasa untuk mendesak agar pihak dari parti mampu mengisi jawatan penting dalam kerajaan Selangor mungkin ini faktor utama timbulnya desakan-desakan dalam suhu pemerintahan PR Selangor dalam keadaan terbaik dari segi pentadbiran, ekonomi dan halatuju kearah negeri maju.

Faktor kedua faktor lobi-melobi pemilihan calon yang digunakan sebaik mungkin pihak Azmin kerana beliau mempunyai pengaruh kuat sebagai Pengarah Pilihanraya menjanjikan anda akan dipilih sebagai calon, jadi budaya mengampu telah berlaku terlalu hebat di Kem Azmin.

Budaya ini telah meranapkan ketelusan dalam PKR dan berterus terang lebih baik dari kita
menyembunyikan sesuatu yang rosak dan busuk.

Budaya cantas mencantas ini telah berlaku dengan meredap dan licik dan banyak Cabang yang ditadbir seperti satu syarikat SDN. BHD.

Tapi ingat rakyat yang sebenarnya yang menentukan siapa berhak diberi mandat bukan PKR hanya sebuah parti dari gabungan parti Pas dan Dap.
---------------------------------------------------
Pecat Faekah:

Azmin serah pada Pusat

Beliau mengulas mengenai desakan PKR Selangor agar parti mengambil tindakan tegas terhadap Faekah termasuk dipecat serta merta.
 
Pengerusi PKR Selangor Mohamed Azmin Ali menyerahkan sepenuhnya konflik pemecatan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin kepada PKR Pusat untuk dipertimbangkan.

"Saya tak tahu menahu..kenyataan itu perlu dirujuk kepada Setiausaha Agung PKR kerana ini masalah pentadbiran," katanya yang juga Timbalan Presiden PKR Pusat kepada FMT ketika ditemui hari ini.

Beliau mengulas mengenai desakan PKR Selangor yang diketuai Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri, Borhan Aman Shah agar parti mengambil tindakan tegas terhadap Faekah termasuk dipecat serta merta.

Borhan dalam sidang media semalam mahu PKR berbuat demikian kerana Faekah sebelum ini secara terbuka mengkritik Azmin yang cuba campur tangan mengenai kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.

"Saya gesa Faekah dipecat parti berkuat kuasa serta merta. Atas kapasiti Faekah tiada apa-apa jawatan dalam parti untuk mengkritik Timbalan Presiden secara terbuka dan jawatannya diberi secara ehsan oleh parti," kata Borhan semalam.

Azmin bagaimanapun mempertahankan kenyataan Borhan itu sebagai ‘suara akar umbi’, namun menafikannya mewakili suara Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor.

Katanya, isu mengenai Faekah tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat MPN.
"Saya percaya dalam lawatan ke Cabang ada pandangan anggota (bawahan) yang diberikan dan dia mmberikan pandangan seperti yang dinyatakan semalam.

"Pandangan itu telah disuarakan oleh anggota, terserah kepada parti untuk meneliti pandangan dan cadangan yang dikemukakan.

"Kita hormati pandangan itu dan sebagai parti yang mengamalkan demokrasi dan hak bersuara (perkara itu) kita harus hormatilah," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika ditemui berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang notis atau surat aduan rasmi mengenai rungutan atau desakan tersebut.
"Saya tak terima apa-apa (notis). Saya tak tahu tentang perkara ini," katanya.

Beberapa pemimpin PKR termasuk Naib Presiden PKR Tian Chua ketika ditemui turut enggan mengulas lanjut mengenainya.


Ini merupakan ‘perang dingin’ kedua yang diterima Faekah dalam tahun ini selepas mengkritik Azmin mengenai isu amalan nepotisme dalam parti Jun lalu.



Satu gerakan kempen melalui laman sosial Twitter menggunakan hash tag #kamisayangPKR dan #PecatFaekah sebelum ini juga penah dilihat wujud untuk memberi tekanan kepada Faekah berundur diri dari posisinya.


Namun perkara ini segera dihalang pimpinan PKR Pusat yang mengeluarkan arahan agar sebarang gerakan atau kempen ke atas Faekah mahupun ke atas ahli parti dihentikan - GOBLOK

No comments:

Post a Comment