Followers

Digital clock

Tuesday, 31 July 2012

Pulis bukan bodoh, suka-suka hati tangkap orang!


Mahkamah hari ini memutuskan bahawa tangkapan dan penahanan kartunis ZUNAR @ ZULKIFLEE SM ANWAR sebagai sah dan mengikut peraturan. Lagipun, takkan lah pulis suka-suka hati mak bapak dia nak tangkap korang, nak buat apa? Lebih baik dia orang dok rumah sama anak bini masing-masing. Tapi kalau Pulis tangkap tu maknanya memanglah ada sebabnya. Kalau dah awak keje nabor fitnah dan adu domba, hasut sana hasut sini, tak kiralah fitnah dalam bentuk kayu ke, besi ke, kertas ke, dalam CD ke, dalam sms ke....salah tetap salah dan memang cari pasal namanya tuuuu! Dunia ada undang-undang beb...


KUALA LUMPUR, July 31 — The High Court here today ruled that the arrest and detention of cartoonist Zulkiflee SM Anwar, popularly known as Zunar, by police two years ago was lawful.
However, Judicial Commissioner Vazeer Alam Mydin Meera said the seizure of 66 of his books and a painting was unlawful.


The court ordered that Zunar’s books that were seized be returned to him.He ordered the books and the painting to be returned to the cartoonist.

In the judgment, Vazeer said the authorities had failed to provide evidence to substantiate the seizure of the books, adding that the law did not allow for the materials to be kept for a long time.

"The continued confiscation of the books will affect the plaintiff’s right to his livelihood," he added.
Vazeer also allowed special damages sought by the plaintiff on the seized books, the amount to be assessed by the registrar.

In the suit filed on June 15 last year, Zulkiflee and his company, Sepakat Sdn Bhd, had named ASP A. Arikrishna, ASP Marina Hashim, Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar, the Home Ministry and the Malaysian government as defendants.

In his statement of claim, Zulkiflee said a police team led by Arikrishna raided his office at 4pm on September 24, 2010, arrested him and seized 66 books titled "Cartoon-0-Phobia" as well as a cartoon drawing.

He claimed that he was then taken to several police stations within Kuala Lumpur and Selangor and remanded overnight at the KL International Airport police station for alleged incitement.

He questioned the basis for his arrest, remand and seizure of his works, arguing that the actions were illegal and unconstitutional, and aimed at sabotaging the launch of his book.

He was represented by N. Surendran while Senior Federal Counsel Nor Hisham Ismail represented the defendants. — Bernama

Pakatan memperjudi nasib rakyat dan membogelkan diri sendiri


SELANGOR di bawah pemerintahan pakatan haram sanggup memperjudikan masa depan rakyatnya dengan mempolitikkan setiap isu yang perlu disegerakan seperti isu air yang kini mula menjadi krisis. Rakyat  melihat sendiri cara berpolitik kotor gerombolan pakatan haram yang menghalakan setiap kelemahan pentadbiran mereka kepada kerajaan Persekutuan atau kerajaan terdahulu. Tiadalah perubahan di bawah jajahan mereka melainkan kemeriahan papantanda dan gelombang rumah urut.

Dari isu air, isu pasir, kutipan sampah, rumah urut, kedai arak, kelab malam, pusat judi, isu murtad dan kristianisasi, isu peniaga dan penjaja serta pelbagai isu lain semuanya tidak ditangani malah jari menuding ke pihak lain; UMNO dan BN. Paling menjijikkan isu moral para pemimpin pakatan haram dan exco kerajaan negeri yang cuba digambarkan sebagai fitnah jahat UMNO dan BN sedangkan rakyat sebenarnya lebih tahu dari apa yang mereka sendiri tahu. Bayangkan...mereka yang berbogel dan bersedap-sedapan, tetapi kesalahan mereka itu adalah disebabkan oleh UMNO dan BN. Boleh gitu...

Pelbagai alasan dibuat dari memenuhi janji-janji manifesto PRU 13. Rakyat tidak keliru, tetapi tertipu dan semakin sedar dengan jelas bahawa kerajaan negeri sebenarnya telah gagal dan tidak mampu mengotakan apa yang telah mereka canangkan untuk memikat hati rakyat Selangor semasa berkempen dahulu. Rakyat cuba diperdaya sekali lagi, dan memastikan kemarahan rakyat terhadap mereka dapat diredakan lantas kerusi empuk di Dewan terus dalam jagaan.

Bangkitlah anak Selangor, jangan dibiarkan anak cucu terus ditipu oleh gerombolan pakatan haram yang memecahbelahkan umat, pakatan yang meroboh dan merosak anak bangsa. Kampung sudah hampir tergadai, tiada maknanya kita bersorak lagi.

p/s : Buat kawan-kawan di sebelah sana, kita dah dapat signal ni...dah kemas pejabat ke belum, jangan nanti last minit baru kelam kabut nak angkut keluar.  

Monday, 30 July 2012

LAJIM yang jalim kini bersendirian...



KOTA KINABALU – Umno Beaufort, yang sebelum ini dipimpin oleh anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin, masih berfungsi dengan kebanyakan anggota jawatankuasa (AJK) bahagiannya kekal dengan Umno.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, mereka termasuk timbalan ketua bahagian, naib ketua, kebanyakan AJK, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri dan majoriti anggota anggota jawatankuasa tiga sayapnya.

“Kesemua mereka masih kekal dalam Umno. Begitu juga dengan ketua cawangan yang kekal dengan Umno. Apa yang jelas, Lajim kini bersendirian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Rahman berkata, seperti dengan kerusi Parlimen dan dewan Undangan negeri yang lain di seluruh negara, BN bersedia untuk mempertahan kerusi Parlimen Beaufort dan Tuaran.

“Dan Insya-Allah, kami akan memenanginya lagi demi masa depan rakyat dan negeri dan negara,” katanya.

Abdul Rahman mengulas tindakan Lajim yang meletak jawatan sebagai Anggota Majlsi tertinggi Umno, Ketua Umno bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort BN, berkuatkuasa Sabtu lepas dan juga peletakan jawatan Datuk  Wilfred Bumburing sebagai Timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko).

“Setengah orang mungkin berkata pengumuman Datuk Seri Lajim Ukin untuk menyertai pembangkang adalah satu perkara yang mengecewakan atau sedih.

“Secara peribadi, saya berpendapat pengumuman itu merupakan seperti majlis yang meriah bagi Barisan Nasional kerana kini, Umno Beaufort boleh secara agresif menggerakkan jenteranya tanpa diganggu oleh ketidaktentuan sejak  beberapa bulan lepas,” katanya.

“BN menyaksikan pemimpin datang dan pergi. Tetapi belajar daripada pengalaman, BN terus berdiri teguh dan terus menjadi parti pilihan bagi majoriti rakyat Malaysia,” katanya.

Abdul Rahman berkata, adalah jelas bahawa rakyat mengundi BN sebagai sebuah parti dan bukan calon individu seperti apa yang Lajim dan Bumburing sering keliru.

“Rakyat meletakkan kepercayaan mereka atas “dacing” yang menyediakan rancangan masa depan dan bukan mengenai “Primadona” yang hanya memikirkan kepentingan sendiri dan kedudukan sahaja,” katanya. – Bernama

Wo wo wo...HOT CHIC pun suka berpuasa...pandai berhadis lagi, gua respek Cina macam ni



Namanya J SZE seorang gadis Cina bukan Islam yang patut menjadi contoh kepada rakyat Malaysia berbangsa Cina yang lain, fasih serta petah berbahasa Melayu, tahu selok belok Islam dan cun pulak tuuu...wa respek lu J SZE...

J SZE adalah gadis cina, 21 tahun. Bukan Islam. Beliau menceritakan pengalaman berpuasa ramadhan dan menerangkan hikmah2nya. Beliau juga bersolat terawih bersama umat Islam. Beliau adalah salah seorang dalam team Najasyi / Abu Talib yang terdiri dari mereka yang bukan Islam tetapi berusaha menghayati Islam secara positif. Beliau sedang belajar berhujah pro-Islam dengan Xifu Naser (pensyarah pemikiran kritis cfs, iium). J Sze telah muncul di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH di Johor bersama barisan para ustaz terkena spt dr.zaharudin, dr maszlee, ustaz zahzan, ustaz zamri mantop, imam muda asyraf etc dan di sana beliau menakjubkan ramai bila beliau berhujah mengapa Islam itu agama yang rasional. Kini beliau sedang belajar bahasa Arab dengan Xifu Naser dan giat menghafal hadis, ayat al-qur'an. Untuk jemput J Sze memberi ceramah, sila hubungi fb public fiqure XIFU NASER.

Ucapan Takziah buat Tuanku Sultan


AMPUN TUANKU !
REZAB Tanah Melayu dan seluruh rakyat negeri Selangor umumnya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada DYMM Tuanku Sultan dan kaum kerabat Diraja Selangor atas kemangkatan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Aishah Binti Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.Semoga rohnya mendapat rahmat Allah SWT dan di tempatkan bersama para solihah. Amin.

AMPUN TUANKU !

Hari Pahlawan haram sambutannya...

Hiasan sahaja
Selamat menyambut HARI PAHLAWAN 2012. Bacaan Yaasin, tahlil, doa selamat dan berbuka puasa sempena sambutan Hari Pahlawan 2012 akan diadakan petang ini di Masjid Negara. YAB Dato' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia dijangka akan sama-sama hadir bagi memperingati jasa dan perjuangan pahlawan-pahlawan negara yang telah gugur. Beliau juga telah menjadualkan kehadirannya di acara perbarisan Hari Pahlawan pada awal pagi Selasa, 31 Julai 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

Alhamdulillah, kita tidak lagi adakan kalungan bunga di tugu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pucuk pimpinan negara telah membuat keputusan tentang had-had sambutan Hari Pahlawan yang selari dengan kehendah syarak, demi menghargai jasa dan pengorbanan pahlawan negara dan pada masa yang sama tidak melanggari peraturan-peraturan agama. 




p/s : Perjuangan menegakkan bendera kafir harbi langsung TIDAK BOLEH dikategorikan sebagai perjuangan pahlawan, tapi lebih tepat digelar perjuangan pencacai!

AIR SELANGOR : Tobat! Penduduk kawasan terlibat TIDAK akan undi pakatan lagi

Wartwan Rezab Tanah Melayu yang bertugas di lapangan beberapa hari ini melaporkan reaksi-reaksi yang diterima daripada penduduk-penduduk di kawasan negeri SELANGOR di mana bekalan air terjejas yang amat memeritkan kehidupan mereka seharian terutamanya di bulan puasa ini. Rata-rata mereka marahkan kerajaan Selangor yang tidak mempedulikan masalah paling asas rakyat negeri ini, malah mempolitikkannya, iaitu masalah bekalan air:-

1) Wong Siew Peng (Taman Cheras Jaya) - "Ini orang manyak cilakak betul la, wa baru pindah sini tiga bulan, air manyak kici lo, kalang-kalang pon tatak, susah mau mandi maa. Betut cilakak punya olang. Ini kali wa tak mau undi sama itu pakatan punya olang, manyak susah lo".

2) Sha'aban Mohd Aemran (Kapar) - "Cukuplah sekali saya mengundi parti dia orang ni. Tengok lah ni, air paip kecik macam kencing kucing. Saya nak mandi wajib pon susah".

3) Ruzaimie Waris @ Ramly (Pandan Perdana) - "Kalau kerajaan Selangor beri kerjasamo dengan Persekutuan mungkin segalo masalah air ni solosai. Kalau masalah ni berterusan nampaknya lebih baik sey balik kampong sey di Negeri Sembilan".

4) Kanchil Bob (Sri Petaling) - "Saya sekeluarga merasa tertipu dan menyesal memilih mereka semasa PRU 2008 yang lalu. Takkanlah masalah air macam ni pon kerajaan negeri nak buat main politik".

5) Lobai Yan bin Lobai Tapo (Seri Kembangan) - "kalau saya komen nanti dia orang marah kat saya, kata saya belot lah, kata saya tak setia lah. Tapi tengok la sendiri tu, anak saya yang kembar tu pun kena bawak baldi bila lori sampai, kena angkat air bulan puasa macam ni. Apalah salahnya kerajaan negeri cepat-cepat mulakan projek yang dah dicadangkan tu, takde lah masalah macam ni, cilakak tul".


Sumber : SPAN

Mengintai PUTRAJAYA : Tunggu masa aje Cina kafir harbi DAP makan Melayu..


Berdasarkan senario sekarang, tidak mustahil DAP akan menang besar jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Dr Azmi Hassan berkata apa yang berlaku sekarang ini adalah bayangan terhadap apa yang berlaku pada masa hadapan, di mana DAP meletakkan proksi tokoh Melayu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai simbol ketua untuk mencapai agenda mereka yang lebih besar.

"DAP tahu, Anwar itu adalah seorang yang beragama Islam yang juga berbangsa Melayu. Itu yang lebih penting.
"Jadi, kalau kita lihat percaturan politik DAP, mereka berkorban pada masa ini kerana habuan yang akan datang lebih besar lagi.

"Mereka mahu mengaburi pengundi-pengundi Melayu bahawa mereka boleh bekerjasama dengan orang Melayu. Mereka boleh bekerjasama dengan PAS. Mereka boleh bekerjasama dengan PKR. Mereka boleh melantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.
"Sebab itu sekarang ini mereka mengalah, kerana habuan politik di akhirnya, begitu besar sekali,"katanya.

Dr.Azmi Hassan

Ikutilah wawancara lengkap AIDC bersama Dr Azmi Hassan.

Sudah ramai yang menyebut bahawa Datuk Seri Anwar adalah boneka atau proksi kepada pihak asing, terutamanya melalui tajaan-tajaan tertentu dan sebagainya. Pada satu peringkat, Mursyidul Am Pas pernah menyuruh Anwar menarik balik kenyataannya dalam Wall Sreet Journal (WSJ) berhubung keselamatan Israel. Berlakunya perkara ini, seperti Pas menyedari hubungan Anwar dengan Yahudi, Israel dan Amerika Syarikat (AS) serta dana-dana asing tetapi sengaja tutup sebelah mata. Apa pendapat Dr. dalam soal ini ?

Ya, saya pasti bukan sahaja Pas menyedari hakikat itu. Ramai juga yang telah menyedari bahawa Amerika rapat dengan Datuk Seri Anwar. Pelobi-pelobi asing terutama sekali daripada institusi yang menyokong puak Yahudi adalah begitu rapat sekali dengan beliau. Kalau kita lihat rakan-rakan beliau di luar negara, kita dapat baca semua perkaitan ini.

Jadi, kenapa Pas masih mahu bersengkokol dengan Anwar walaupun hakikatnya tahu keakraban beliau dengan Yahudi, ataupun keakraban beliau dengan kumpulan Zionis yang begitu terang sekali.
Sebabnya untuk memperjuangkan agenda politik PAS untuk kepentingan PAS. Itu sahaja.
Kalau kita lihat dalam Pakatan Rakyat, masing-masing mempergunakan antara satu sama lain.
PAS menggunakan PKR. Begitu juga PKR menggunakan PAS. PAS mempergunakan DAP, dan begitu juga sebaliknya.
Kita dapat lihat, walaupun mereka kata bahawa mereka adalah satu pakatan, tetapi agendanya tetap masing-masing.

Kepentingan agenda politik parti mereka, mereka letak paling atas sekali.
Tidak kira sama ada DAP sebagai chauvinis memperjuangkan kaum Cina. Tidak kira PKR di bawah Anwar, begitu rapat, intim dengan pihak pelobi Yahudi. Tidak menjadi isu pada PAS nampaknya.
Kerana pada mereka, daripada berseorangan di pihak pembangkang, lebih baik mereka bersama-sama dengan DAP dan PKR. Walaupun DAP dan PKR itu, misi mereka, objektif mereka bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS. Kerana mereka tahu, berseorangan, PAS tidak akan ke mana. Bertiga, mereka akan berada di landasan yang agak kuat.

Jadi jelas bahawa apa yang diperjuangkan oleh mereka itu, bukan untuk kebaikan negara, bukan untuk kebaikan nasional, bukan untuk kebaikan rakyat tetapi sebenarnya untuk kebaikan parti politik mereka dan siapa memimpin parti tersebut.
Itu yang menyedihkan kerana begitu jelas sekali. Bukan sekadar tersiratnya hubungan Anwar dengan Yahudi, tetapi sudah tersurat. Tapi PAS masih bersama-sama berjuang dengan Anwar kerana kepentingan agenda politik, itu saja.

Kekadang terfikir adakah gesaan Datuk Nik Aziz supaya Anwar menarik balik kata-kata dalam WSJ itu ikhlas atau takut kehilangan undi umat Melayu-Islam ? Sebabnya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

Ya, sebab itu satu isu yang jelas. Jadi PAS perlu melakukan sesuatu. Jadi, paling minimum yang mereka boleh lakukan adalah memberi satu saranan kepada Anwar supaya menyaman WSJ ataupun menarik balik kata-kata beliau yang diwawancara itu.
Walaupun PAS tahu, Anwar tidak akan melakukan perbuatan itu dan tidak akan melakukan apa yang diminta. Kerana Anwar tahu bahawa PAS juga boleh didiamkan. Walaupun beliau tidak melakukan apa yang diminta, PAS tetap akan berdiam kerana PAS lebih memerlukan Anwar dalam konteks politik semasa.

Dalam hal ini, tidak cukup dengan sokongan PAS sahaja, Anwar juga memerlukan sokongan daripada pihak Yahudi, sebab itu beliau hanya mendiamkan diri sahaja dalam kes WSJ tersebut.
Namun pada pihak ketiga perkara itu amat jelas. Pihak ketiga, yakni rakyat biasa yang bukan dari parti pembangkang ataupun kerajaan, mereka boleh melihat dengan jelas apa yang sedang berlaku.
Pada pihak ketiga agak menghairankan tindak-tanduk PAS itu, walaupun sudah tahu tingkah laku Anwar dengan pelobi Yahudi tetapi masih tetap bersama-sama. Walaupun ada bangkangan yang mereka suarakan, namun bangkangan itu hanyalah sekadar ‘melepaskan batuk di tangga sahaja’, hanya untuk mengaburi penyokong-penyokong PAS itu sendiri.

Kalau begitu, dalam kes WSJ, Datuk Nik Aziz sebenarnya tidak perlu memberi kata dua kepada Anwar ?

Bagi mereka yang tidak berpihak kepada mana-mana, memang dapat membaca strategi PAS, yakni hanya untuk mengaburi mata penyokong mereka. Menyatakan bahawa mereka tidak bersama-sama Israel ataupun Yahudi, justifikasinya mereka memberi amaran kepada Anwar.
Walhal PAS sudah tahu, amaran itu tidak akan diendahkan kerana hubungan Anwar dengan pelobi Yahudi itu sangat penting. Maka untuk terus menjaganya, Anwar tidak akan mempedulikan saranan PAS itu.
Tetapi pada PAS, tanggungjawab mereka sudah selesai, mereka boleh memberitahu kepada penyokong mereka bahawa mereka bukan penyokong Yahudi atau Israel.
Itu sememangnya satu strategi. Bukan sahaja kepada PAS tetapi PKR juga.

Anwar adalah ketua pakatan dan Ketua Pembangkang di Parlimen. Beliau pergi ke mana-mana di luar negara menggunakan gelaran Ketua Pembangkang dan dalam pembangkang itu ada PAS. Malah, ada ketikanya Anwar mengaku mewakili PAS. Anwar menjalin hubungan dengan Yahudi, Israel, menerima dana asing dan sebagainya, secara tidak langsung PAS sendiri merestui perkara itu ?

Memang nampaknya itulah hakikatnya. Kerana ini dilakukan bukan secara diam-diam, bukan di sebalik tabir tetapi sudah dilakukan secara terang-terang.
Sokongan pihak pelobi Yahudi terhadap Anwar Ibrahim begitu tebal, begitu terang sekali. Tapi PAS tetap bersama-sama.

Jadi, sebagai orang yang berada di luar politik melihat, itu adalah pegangan PAS yang sebenarnya. Mereka menyokong Anwar dan tidak mempedulikan hubungan Anwar dengan Israel. Itu satu perkara yang begitu menakjubkan sekali.
Itu yang menyedihkan, begitu terang sekali tetapi penyokong-penyokong PAS yang di bawah itu tidak berkata apa-apa. Adakah mereka terlampau mementingkan parti mereka atau mereka tidak mahu mempedulikan campur tangan luar dalam Pakatan mereka sendiri?
Amat menyedihkan sekali.

Barangkali Datuk Dr. Hasan Ali dipecat atas faktor ini ? Kerana beliau satu-satunya simbol dalam PAS yang masih vokal dalam soal ini ?

Mungkin salah satu sebabnya. Dr Hassan Ali adalah simbol terdapatnya pemimpin PAS atau ahli PAS yang tidak bersama-sama dengan perjuangan PAS sekarang ini.
Dan seperti Dr Hassan, itulah nasib yang bakal menimpa mereka, jika mereka berbuat demikian. Itulah isyaratnya.
Bukan saja pada Dr. Hasan, malah YB Nasharuddin pun telah terkena tempiasnya. Itu isyarat yang cuba ditonjolkan oleh pemimpin PAS bahawa jikalau terdapat bangkangan, maka itu nasib yang bakal mereka terima kelak.

PAS kata, mereka boleh ganti UMNO. Apa pandangan Dr ?

Sememangnya agak luar biasa kenyataan itu.
Tetapi kalau kita lihat pegangan PAS, prinsip PAS dalam Pakatan Rakyat sekarang ini, hakikatnya bertentangan dengan kenyataan itu. Dalam Pakatan, PAS nampak sangat bukan peneraju tetapi mereka hanya sebagai pengikut, "pak turut" atau mengikut telunjuk pihak yang lebih berkuasa.
Dalam hal ini, pihak yang lebih berkuasa dalam Pakatan adalah DAP dan juga PKR.
Jadi, untuk menyatakan mereka boleh mengambil alih peranan UMNO adalah satu kenyataan yang agak aneh dan lucu, kerana, apa yang sedang berlaku sekarang ini, mereka tidak mampu menjadi peneraju, apalagi menjadi ketua dalam sebuah kerajaan Persekutuan.
Pada saya, kenyataan itu hanya untuk mencuri hati ataupun membuat rayuan kepada pengundi-pengundi yang selama ini menyokong UMNO bahawa wujud satu lagi parti yang boleh menyaingi UMNO.
Tapi hakikat sebenarnya, dalam keadaan lebih kecil, mereka masih tidak mampu bersuara, hanya menjadi pengikut. Maka lebih sukar apabila kerajaan ditubuhkan dan sebab itu saya katakan agak aneh dan lucu.

Kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor, seperti melukut di tepi gantang, tidak lagi berani bersuara untuk amar makruf nahi mungkar.

Ya benar. Kalau kita lihat di Selangor adalah satu contoh yang paling nyata. Di mana dalam kerajaan yang kecil, pemerintahan kerajaan negeri, mereka masih tidak boleh memperjuangkan prinsip parti itu sendiri iaitu memperjuangkan agama Islam. Malah terpaksa tunduk kepada tekanan DAP dan juga PKR.
Jadi begitu jelas, kalau dalam kerajaan negeri mereka masih tidak mampu bersuara memperjuangkan agenda parti mereka, apatah lagi dalam hal yang lebih besar ?
Di Selangor, diterajui oleh PKR. Di Pulau Pinang pula diterajui oleh DAP. Tetapi yang sedihnya di Kedah juga sama. Walaupun Menteri Besar daripada parti PAS, tetapi nampak sangat pentadbiran negeri itu dikawal oleh kelompok-kelompok yang lebih berkuasa daripada pihak lain.
Walaupun PAS berkuasa, tetapi masih nampak mereka tidak boleh melakukan sesuatu yang mengikut prinsip sebenar mereka. Mereka masih perlu merujuk kepada rakan-rakan mereka dalam Pakatan itu sendiri.
Itu yang menyedihkan. Bagaimana mereka mahu menggantikan UMNO sedangkan dalam kes yang makro itu nampak jelas bahawa mereka tidak boleh memperjuangkan apa yang pada asalnya mereka perjuangkan.

Kita andaikan, Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Apa akan berlaku terhadap negara. Adakah akan berubah sistem negara ini. Adakah akan jadi Negara Republik seperti yang pernah disebut oleh Hasan Ali ?

Kalau kita tengok tingkah-laku pemimpin Pakatan sekarang ini, Nampak seperti mereka begitu ‘berseteru’ dengan Sistem Beraja yang diterima pakai sekarang ini.
Dalam setiap hal mereka akan mengkritik. Jika ada isu, mereka cuba mengkritik Sistem Beraja ataupun tingkah laku Sultan atau Raja.
Jadi, itu belum lagi mereka jadi pemerintah kerajaan Persekutuan, mereka sudah berani menongkah arus dengan melakukan kritikan terhadap perkara-perkara yang selama ini telah dipersetujui bersama dalam perlembagaan.
Jika diandaikan mereka berjaya menjadi pemerintah kerajaan Persekutuan, tidak mustahil jika didakwa Malaysia akan jadi sebuah Negara Republik. Tidak mustahil andaian itu.
Kalau kita ambil contoh yang kecil-kecil, semua itu sedang berlaku.
Bila sebuah negara itu sebagai sebuah Negara Republik, maka sistem Kesultanan Berperlembagaan itu secara automatik terhapus.
Jadi, akan berkubur sistem Beraja sama ada Sultan ataupun Raja di Malaysia. Kerana perlembagaan itu telah ditukar maka bermakna sistem raja berperlembagaan itu telah dimusnahkan.

Bagaimana pula dengan kedudukan hak istimewa Bumiputera. Adakah akan tergugat juga ?

Ya, kalau mereka berani mengatakan bahawa mereka tidak memerlukan Sistem Raja Berperlembagaan, apa yang boleh menyekat mereka untuk memusnahkan apa yang sudah ada dalam perlembagaan sekarang ini. Sebab saya pasti tidak kira PKR atau PAS, mereka akan tunduk kepada DAP.
Kita tahu apakah hasrat terakhir DAP adalah untuk menghilangkan hak keistimewaan Bumiputera. Itu matlamat akhir mereka. Mereka mahu sama rata.
Sebab itu dikatakan DAP itu parti chauvinis Cina. Sebab itu dikatakan Cina yang ekstrim itu begitu gemar menyokong DAP kerana mereka memikirkan jika DAP menguasai kerajaan Persekutuan, maka hak masyarakat Bumiputera yang termaktub dalam perlembagaan selama ini, akan digugurkan.
Jadi, tidak mustahil perkara itu akan berlaku. Kemungkinan itu tetap ada kalau kita nilai yang berlaku kecil-kecil berlaku setakat hari ini.

Di Pulau Pinang, mereka sendiri akui bahawa mereka tidak aplikasi hak istimewa Bumiputera yang sudah termaktub dalam perlembagaan kerana mereka kata mereka berdasarkan sistem merit. Adakah itu petunjuk-petunjuk awal ke arah kerajaan Persekutuan ?

Ya. Bukan saja petunjuk tapi isyarat-isyarat yang begitu jelas.
Sebab itu, kita perlu membaca dengan betul, membuat analisis apakah hasrat mereka sebenarnya.
Walaupun mereka menggunakan ungkapan merit, yang dikatakan begitu indah sekali, begitu baik sekali, sama juga istilah demokrasi, tetapi akhirnya kita perlu bertanya apakah agenda mereka sebenarnya, adakah ia boleh memusnahkan apa yang telah kita kecapi selama lima dekad yang lepas ?

Walaupun DAP mempunyai majoriti di parlimen, namun mereka tetap angkat Anwar sebagai ketua, dalam kontek Pakatan sekarang ini, mereka lebih banyak berdiam diri. Adakah ini sebagai satu strategi jangka panjang, mengaut untung yang lebih besar jika Pakatan berjaya tawan Putrajaya ?

Ya, memang benar. Sebab itu dikatakan dalam Pakatan, masing-masing mempergunakan antara satu sama lain.
PAS kadang-kala membenamkan prinsip mereka, perjuangan Negara Islam kerana kepentingan politik.
Jadi dalam hal ini, memang betul, DAP dalam parlimen, mereka mempunyai majoriti, tetapi masih melantik Anwar sebagai Ketua Pembangkang kerana untuk menunjukkan kononnya Anwar Ibrahim adalah ikon mereka.
Tetapi yang lebih pentingnya, DAP tahu, Anwar itu adalah seorang yang beragama Islam yang juga berbangsa Melayu. Itu yang lebih penting.
Jadi, kalau kita lihat percaturan politik DAP, mereka berkorban pada masa ini kerana habuan yang akan datang lebih besar lagi.

Mereka mahu mengaburi pengundi-pengundi Melayu bahawa mereka boleh bekerjasama dengan orang Melayu. Mereka boleh bekerjasama dengan PAS. Mereka boleh bekerjasama dengan PKR. Mereka boleh melantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.
Sebab itu sekarang ini mereka mengalah, kerana habuan politik di akhirnya, begitu besar sekali.

Seperti kes Selangor, walaupun Menteri Besarnya adalah Melayu, tetapi yang berkuasa nampaknya seperti DAP ?

Itu sebenarnya yang berlaku kerana yang pentingnya kuasa di belakang tabir itu.
Di Selangor memang jelas. Jangan cakap di Pulau Pinang, itu memang sudah terang-terangan. Di Kedah yang diperintah oleh Melayu pun berlaku perkara yang sama.
Di belakangnya, di sebalik tabirnya, adalah exco DAP walaupun tidak ramai tetapi suara mereka begitu kuat sekali. Kerana PAS memerlukan ADUN DAP, jadi perkara itu berlaku.
Maka, DAP memilih strategi yang nampak seolah-olah mengalah sekarang, tapi kita tahu tujuan mereka sebenarnya. Di akhirnya, kita tahu apa sebenarnya yang mereka mahukan.

Kalau tidak silap, dalam sejarah Singapura yang merdeka daripada Tanah Melayu, pada awalnya kedudukan Raja-raja Melayu masih termaktub dalam perlembagaan. Hari ini, walaupun masih termaktub tetapi tidak diaplikasikan. Bermakna termaktub dalam perlembagaan sahaja tidak mencukupi jika tidak dilaksanakan. Apakah perkara sama akan juga berlaku di Malaysia ?

Ya, matlamat terakhir DAP adalah untuk menguasai kerajaan Persekutuan. Seterusnya mungkin mahu menjadikan negara sebagai sebuah Negara Republik seiras Singapura.
Seperti yang dikatakan tadi, memang sistem Kesultanan Singapura itu masih ada iaitu selepas merdeka daripada Malaysia. Tetapi sedikit demi sedikit mereka akan hapuskan persepsi itu hingga pada hari ini rakyat Melayu Singapura sendiri tidak tahu siapakah yang berketurunan Raja atau Sultan.
Kerana pada rakyat Singapura sudah tidak penting soal raja-raja Melayu kerana mereka hidup selesa dalam sistem Republik.
Sebenarnya rakyat Melayu Singapura pada hakikatnya ditindas. Tetapi mereka tidak mahu mengaku hakikat itu.

Sama juga yang akan berlaku di Malaysia, sedikit demi sedikit mereka akan menghakis kuasa Bumiputera, hak masyarakat Bumiputera dan juga hak masyarakat Islam.
Sama juga agenda DAP di Malaysia dengan PAP di Singapura.
Kalau kita lihat di Singapura, banyak nama-nama Melayu itu sengaja dibiarkan begitu sahaja. Nama lagu kebangsaan masih lagi ungkapan Melayu.

Mereka memberi persepsi bahawa mereka masih mengekalkan sejarah lama tetapi apa yang mereka kekalkan itu adalah benda yang tidak penting. Yang penting, semuanya mereka ambil.
Sama juga DAP di Malaysia. Bagi mereka, tidak penting mereka berada di barisan hadapan. Tidak penting pemimpin mereka menjadi Ketua Pembangkang, yang penting mereka boleh berkuasa di belakang dan suara mereka didengar oleh pemimpin Melayu yang memimpin mereka.

Penerimaan LGBT tidak pernah kita dengar sebelum ini, sekiranya PR memerintah, adakah sistem nilai masyarakat juga akan berubah ?

Kita lihat sesetengah kepimpinan Pakatan itu terikut-ikut dengan konsep liberal yang dibawa dunia Barat.
Sama juga dengan konsep LGBT ini, konsep hak asasi setiap individu, kita lihat pemimpin pembangkang terikut-ikut dan menerima bahawa itu adalah hak individu, yang sepatutnya dihormati.
Itu adalah acuan demokrasi ala Barat seratus peratus. Walaupun individu itu seorang, haknya perlu diterima oleh kumpulan majoriti.

Jadi, apabila ditanya jika Pakatan memerintah kerajaan Persekutuan, apakah nilai-nilai sosial, nilai-nilai hidup akan berubah? Saya jawab ya.

Akan berubah, kerana prinsip mereka adalah berlainan sama sekali dengan prinsip kerajaan yang sedia ada. Mereka, pembangkang menerima hak asasi individu sebagai satu perkara penting. Dan dalam hak asasi individu ini termasuk juga hak kumpulan LGBT yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Ini satu contoh, ada banyak lagi perkara yang akan berubah dalam sistem nilai hidup sosial kita.
Mungkin, Melayu Malaysia akan jadi seperti masyarakat Melayu Singapura kerana kononnya mengikut peredaran masa, kemajuan dan juga liberal demokrasi.

Badan penerbitan mencabar sistem yang sedia ada seperti membawa Irshad Manji ke Malaysia serta mencabar badan agama ke mahkamah. Adakah ini bunga-bunganya ?

Ya memang benar. Kalau kita lihat terutama sekali di Selangor, banyak perkara seperti kes Irshad Manji itu berlaku.
Mereka secara terang terangan mencabar kewibawaan agama Islam ataupun majlis yang menjaga agama Islam itu.
Jika itu sudah berlaku, apabila PR memerintah, maka kacau bilau lah negara, kerana ada di kalangan rakyat Malaysia yang masih tidak boleh menerima cabaran yang sedemikian rupa.
Itu sudah berlaku di Selangor dan itulah gambaran masa hadapan.
Jikalau rakyat Malaysia ingin mengetahui apa gambaran Malaysia pada masa hadapan jika PR memerintah, maka Selangor adalah contoh terbaik.
Cabar-mencabar, bukan sahaja terhadap agama Islam, malah hak Sultan pun, mereka sudah berani mencabar.

Dalam erti kata lain, PAS tidak mampu menahan diri daripada membendung perkara ini terus berlaku kerana ditentang kombinasi DAP dan PKR ?

Ya, memang benar. Kalau kita lihat apa yang berlaku sebelum ini, PAS hanyalah menjadi "pak turut", mengikut sahaja. Beberapa perkara yang berlaku melawan prinsip PAS itu sendiri, tetapi pada akhirnya mereka terpaksa menuruti sahaja kehendak DAP dan PKR.
Jadi, amat menyedihkan kerana kepentingan politik, PAS sanggup melupakan perjuangan mereka.

Sebab itu, tidak salah jika ada dakwaan mengatakan ‘Perhimpunan Hijau’ adalah untuk memenangkan DAP ke Putrajaya?

Itu yang sedang berlaku walaupun cuba dinafikan PAS. Hakikatnya apa yang berlaku sebelum ini, walaupun mereka mengatakan itu adalah perhimpunan hijau untuk PAS tetapi sebenarnya adalah untuk melangsungkan agenda DAP.
PAS tidak boleh menang keseorangan, jika mahu ke Putraja, mereka mesti menang bersama DAP dan PKR.
Begitu sedih sekali apa yang telah menimpa Pas sekarang ini, di mana kepimpinan mereka tidak nampak, mereka sedang dipergunakan.


Azmi Hassan adalah GeoStrategis, Universiti Teknologi Malaysia. Disertasi ijazah kedoktoran beliau adalah dalam bidang Pemperosesan Isyarat Satelit GPS dari University of Wisconsin-Madison.

Walaupun mempunyai kepakaran dalam bidang satelit, tetapi beliau mempunyai minat mendalam dalam hal ehwal pertahanan strategik dan geopolitik tempatan dan antarabangsa.

Beliau banyak menulis rencana umum (setakat ini lebih dari 500 rencana) yang disiarkan oleh media cetak perdana seperti The New Straits Times, Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Beberapa rencana beliau telah mengundang kontroversi kerana ada kalanya bersifat provokasi. Antaranya ialah Pendirian Malaysia Terhadap Nuklear Iran, Evolusi ISA Malaysia dan Amerika, Singapura dan Israel Setaraf?, KL Tidak Ikut Telunjuk AS dan LGBT, Pinkwashing Israel.

Azmi juga banyak menumpu perhatian mengenai hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Singapura dan pernah dituduh sebagai seorang penulis yang gemar bermain dengan sentimen perang terutama sekali dengan pembaca berbangsa Melayu. Tuduhan tersebut dibuat oleh Menteri Luar Singapura S. Jayakumar dalam ucapan di Parlimen Singapura pada 21 Mac 2003.

Beliau juga adalah pemilik paten hakcipta 6052082 mengenai pemperosesan isyarat satelit GPS yang dikeluarkan oleh Bahagian Paten dan Hakcipta, Amerika Syarikat. Paten yang bertajuk "Method for Determining a Value for the Phase Integer Ambiguity and a Computerized Device and System Using Such a Method" berkisar kepada kaedah mengekang polisi Anti-Spoofing yang dikenakan oleh Jabatan Pertahanan AS terhadap pengguna awam satelit GPS

Sumber : anwaraidc.com

Sunday, 29 July 2012

Lupakan kejap isu air Selangor, lupakan kejap Lajim : Makanlah tahu atau tempe



Eloklah lepas terawih ni kita bermoreh tahu atau tempe goreng, lupakan seketika kebebalan gerombolan pakatan haram dalam mengendalikan isu air di Selangor. Jangan bebankan kepala pada malam ni dengan Lajim Ukin, pengkhianat dan gunting dalam lipatan tu. 

Isu Air : Khalid Ibrahim dah boleh kosongkan pejabat MB



Masalah air Selangor bukan main-main, bukan lakonan dan propaganda. Cuba perhatikan masalah air Selangor yang bukan rekaan UMNO seperti video di atas. Khalid Ibrahim dan gerombolannya dinasihatkan mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk sama-sama mula mengemaskan pejabat masing-masing memandangkan PRU 13 pun tidaklah berapa lama sangat lagi. Sementara ni, buatlah kerja dari rumah atau secara online sahaja, cukuplah sepenggal yang amat memeritkan kami majoriti rakyat Selangor. Lepas satu isu ke satu isu, gerombolan Khalid bukannya menyelesaikan masalah rakyat, malahan menyebabkan rakyat semakin hari semakin BENCI dengan pakatan haram.

Rakyat Selangor sudah tidak tahan lagi dengan perangai Khalid dan gerombolan yang mengamalkan budaya politik kebencian, dendam kesumat melebihi segala-galanya tanpa memperdulikan nasib rakyat Selangor yang semakin tidak sabar untuk menyepak keluar pakatan haram dari tanah Selangor.

Bekalan air Selangor memang tidak cukup dan projek LANGAT 2 perlu disegerakan sebelum menjelangnya 2014 nanti. Sekarang ini pun tanda-tanda sudah jelas sememangnya Selangor berdepan dengan masalah air yang semakin hari semakin kritikal. Itu pun sigagap masih nak berpolitik lagi sedangkan jalan penyelesaian sudah ditunjukkan oleh Kerajaan Persekutuan.


p/s : Anak aku masuk U, mana janji RM 1,000...........penipu!

Kirim salam kat LAJIM....Sabah masih lagi 'fixed deposit' Barisan Nasional

Puan Sri Noorainee bertarawih bersama isteri para pemimpin SABAH
Majlis berbuka puasa bersama 3,000 rakyat SABAH dalam Parlimen Sepanggar semalam telah diadakan di perkarangan Masjid Jamek Kg. Likas, Kota Kinabalu bertambah meriah lagi dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Hjh. Noorainee Abdul Rahman. Terdahulu, TPM dan isteri diiringi Ketua Menteri sempat berkunjung dan membuat tinjauan mesra di Bazaar Ramadhan, Taman Indah Permai. 

Dalam ucapannya Tan Sri Muhyiddin mengingatkan agar semua rakyat Malaysia bersempena bulan Ramadhan ini, dapat meningkatkan persefahaman dan perpaduan sesama kita tanpa mengira kaum keturunan, agama dan etnik. Rakyat juga diseru agar menghargai keamanan dan kestabilan politik yang perlu dijaga dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mencetuskan ketegangan hubungan antara kaum di negara ini.

Beliau menambah, perlunya  ada 'enggagement' selain mengeratkan kerjasama dan persefahaman tanpa buruk sangka antara satu sama lain dan ianya selari dengan tuntutan agama Islam dan semua agama lain.

Tan Sri Muhyiddin juga maklum bahawa Sabah masih merupakan 'fixed deposit' bagi parti Barisan Nasional untuk terus menjamin kemenangan BN pada pilihanraya akan datang; dan seharusnya persefahaman terus kekal dijalin bagi mengelakkan terjejasnya hubungan antara parti dalam komponen Barisan Nasional.

Dalam majlis sama, Tan Sri Muhyiddin turut menyampaikan replika kunci rumah PPRT, zakat kepada pelajar fakir miskin dan anak-anak yatim serta sijil-sijil penghargaan kepada penyumbang dan penderma Masjid Jamek Kg Likas, Kota Kinabalu, SABAH.














P/S : Ketika yang sama TPM bertarawih di Kota Kinabalu, pengkhianat UMNO Lajim Ukin umum letak jawatan parti dan akan menyertai parti aljuburi, bak kata Senator Gomo, ini merupakan tindakan paling biadap, jahat, kotor dan keji; sama kejinya dengan apa yang telah dilakukan oleh nuar beraim selama ini.  Kah kah kah...pigi jahanam sama kau Lajim....!!!

Saturday, 28 July 2012

Penyokong pembangkang memang berbulu dengan tema Janji Ditepati



Sakit jiwa mereka bila dengar lagu dalam clip video ni. Memang memberi kesan, ada kekuatannya sendiri dan membuatkan pembangkang menggelupur. Mereka betul-betul meroyan bila kerajaan BN menetapkan tema Janji Ditepati untuk hari kemerdekaan tahun ini. Sebab mereka pun tahu, banyak janji PRU 2008 yang pembangkang gagal tunaikan berbanding janji dari kerajaan BN. Bila kita sebut benda ni, dia orang buat pekak telinga jer...Seboleh-boleh mereka akan hina dan caci tema hari kebangsaan tahun ini. Biarkanlah mereka begitu, tak boleh nak repair dah, dan memang mereka ni pun tergolong dalam puak yang tidak mengundi BN, nak buat macamana.

Lagi-lagi yang Cina, takde mana nyer dia orang nak bagi undi kat BN, tengok je ler komen dia orang kat bawah ni. BN kena ingat la skit...

i
p/s : Aku komen kang ada yang kecik hati...

MUHYIDDIN berpeluang ambil tempat NAJIB


Umumnya rakyat Malaysia sudah tahu bahawa Bean Mahfuz sememangnya ditugaskan untuk menguruskan Timbalan Perdana Menteri. Tugas mudah melagakan PM dan Timbalannya supaya timbul persepsi buruk dalam hubungan baik kepimpinan UMNO ini cuba dijuarai oleh Bean Mahfuz. Rakyat nampak semua ini dan faham keadaan sebenar adalah sebaliknya; Muhyiddin tetap setia sebagai orang nombor 2.

Kekerapan kenyataan Bean Mahfuz mengenainya sedikitpun tidak memberi kesan kepada Najib sendiri yang begitu matang dan tidak mudah melatah dalam gurauan politik, tambahan dengan sifat cool TPM, yang sudah season sebagai orang politik, memperjuangkan hakikat apa yang baik untuk rakyat. Tolak tepi semua fitnah pembangkang, sebab mereka memang dibayar elaun untuk membangkang.

Muhyiddin memang arif berpolitik tetapi setia, beliau bukanlah operatif licik sebagaimana dakwaan PAS, yang cuba melampaui Perdana Menteri dalam isu krisis air Selangor. Tindakan Muhyiddin dalam mempengerusikan Mesyuarat mengenainya baru-baru ini juga adalah sebahagian tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan, diperturunkan kepadanya oleh Perdana Menteri. Oleh kerana TPM mempengerusikannya, beliaulah yang sebaik-baiknyanya memperjelas dan mengeluarkan kenyataan media yang perlu diketahui rakyat tentang kebebalan kerajaan Selangor menangani isu air.

Pengalaman Muhyiddin sebagai Menteri Besar Johor tentunya amat perlu dan masih relevan dalam menyelesaikan isu air Selangor, yang mana masalah hampir serupa mungkin pernah dihadapi oleh Johor satu ketika dahulu.

Terdahulu serangan Bean Mahfuz berjudul Muhyiddin tidak sabar jadi PM adalah juga bukti (sebenarnya ada banyak lagi) bahawa PAS tidak akan duduk diam sebaliknya akan terus terusan menabur fitnah jahat terhadap kepimpinan UMNO yang mungkin didakwa kurang Islamnya berbanding rakan kongsi mereka Cina DAP.

Apa yang rakyat perlu juga tahu ialah masalah air di Selangor bukanlah propaganda politik UMNO, tetapi ia memang REAL, yang perlu ditangani segera dan bukan mempolitikkannya seperti apa yang dilakukan oleh pakatan haram.
TEPAT DARI SUMBER FITNAH parti ajaran sesat

Indonesia dihajar Malaysia



JAKARTA - Pelatih Malaysia Selection, Ong Kim Swee, bersikap biasa menanggapi kemenangan timnya 6-0 atas tim nasional U-22 Indonesia, di Stadion Utama Gelora Bung Karno, Senayan, Jumat (27/7/2012).

Pada laga tersebut, Malaysia tampil dengan beberapa pemain senior dan pemain asing. Menurut Ong, pemain-pemain Indonesia kesulitan menghadapi anak didiknya karena kurang jam terbang internasional.

"Ini hanya laga persahabatan. Tak ada hasil apapun yang kami peroleh. Indonesia hanya menurunkan para pemain muda. Kami tak bisa cepat puas diri," ucap Ong saat ditemui awak media.

"Pemain Indonesia terlihat kesulitan melawan tim yang lebih berpengalaman. Tapi, mereka bisa lebih bagus, jika terus-menerus berhadapan dengan tim yang lebih kuat. Indonesia harus lebih banyak beruji coba di level internasional," tutup Ong. - Kompas

Ramadhan Terakhir


Seandai kutahu ini Ramadhan terakhir, tidak akan aku sia-siakan sesaat yang berlalu..

Friday, 27 July 2012

Pakatan haram hanya tahu tabur janji, tapi BN yang tepati


GANDINGAN MANTAP TAN SRI MUHYIDDIN DAN DATO' SERI NAJIB MEMANG MENGGUSARKAN PEMBANGKANG YANG DIJANGKA LANGSUNG TIDAK BERPELUANG KE PUTRAJAYA MELAINKAN SEPERTI MAT NINJA....kah kah kah!


ORANG kata (bukan penulis kata), kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib ‘berhabis’ sungguh untuk menawan hati rakyat agar mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.  BR1M, BB1M, TR1M dan seumpamanya, ditohmahkan sebagai modal Najib untuk ‘membeli’ undi rakyat.

Penulis taknak ulas kepentingan bantuan itu semua kerana ramai sudah tahu, cuma yang penulis nak kupas hari ini ialah, kelihatannya dari cara orang ini bercakap, Pakatan haram yang dia dukung dan sanjung tidak berbuat apa pun untuk ‘membeli’ undi rakyat.

Pakatan haram ‘berbelanja’ habis juga, tak sedar?  Tol percuma, pendidikan percuma, minyak murah sampai kiamat, semua ini apa kalau bukan nak ’umpan’ dan ’beli’ rakyat untuk mengundi Pakatan haram?

Memanglah belum ada wang yang keluar, tapi kalau dia dapat kuasa besok (mintak jauh), inilah yang dia janjikan untuk beri kepada rakyat Malaysia ini. Masa itu guna apa nak tanggung semua janji ini kalau bukan wang.

Tapi masalah disitu negara ini boleh bankrap dengan janji Pakatan haram ini, kalau betul dia laksanakanlah.
Sekarang, Pengarah Strategik PKR yang tidak asing lagi, si Rafizi Ramli, tabur janji lagi, kali ini nak kurang harga kereta pulak.

Agaknya budak lembut ini tidak sedar, dengan mengungkap janji itu sahaja, Pakatan haram telah kehilangan undi 100% kakitangan Proton yang majoritinya berasal dari negeri ‘Air Keruh’, Kelantan.

Tak payahla penulis sentuh macam mana undi boleh hilang, semua orang pun tahu apa jadi dengan kereta tempatan kalau kereta luar pun dah sama harga atau lebih murah!!

Mungkin Rafizi akan kata pekerja Proton tidak akan terjejas sebab Pakatan ada cara untuk struktur Proton dan sebagainya untuk menangani kesan daripada janji tersebut.  Tapi ini kelihatannya too good to be true.  Kalau negeri-negeri yang depa perintah sekarag dijadikan contoh, tak nampak bijak mana pun untuk selesaikan semua masalah.

Air tak selesai, sampah tak selesai, jalan hancur dan sebagainya.  Ini nak cerita struktur-struktur lagi?  Negara ini bukan ada 1 atau 2 syarikat yang bergantung kepada industri automotif tapi banyak.  Setiap satunya bergantung antara satu sama lain, cermin keretalah, wiperlah, tayarlah dan sebagainya.

Mampu ke Rafizi nak ‘struktur’ semua masalah ini?

Ini perkara yang pemimpin Pakatan haram tidak akan sebut di depan rakyat, bagaimana dia nak selesaikan semua masalah ini.  Yang penting pada dia ialah tabur janji dulu dengan harapan boleh menang.  Boleh buat atau tidak itu kemudian.

Kita rakyat, jangan jadi bodoh sama macam mereka.  Niatnya tu jelas sangat dah, bukan nak melaksanakan sangat pun tapi lebih kepada nak memancing undi sahaja.  Lihat saja prestasi ‘melaksanakan janji’ di negeri-negeri yang depa perintah sekarang, apa yang hebat?

Takde pun, kok ada satu dua pun bukan semua merasa.  Air percuma di Selangor contohnya, rumah pangsa tak dapat, rumah bawah dapat, nak selesai masalah inipun Rafizi dan Pakatan haram tak boleh.

Hebat apa kejadahkah itu?
MYKMU/GAP

Batang kayu ajaib tarik ribuan penduduk


JUMAAT - Sebatang kayu gelondongan di Kemboja telah menarik ribuan warga yang percaya bahawa kayu itu mampu menyembuhkan penyakit manusia dan boleh digunakan untuk membuat ramalan nombor loteri atau nombor ekor.

Sejumlah 4,000 hingga 5,000 orang telah menziarahi dan melihat kayu gelondongan sepanjang 13 meter yang ditemukan awal bulan ini ketika sebuah keluarga menggali kolam di Pursat di wilayah barat Kemboja. Mereka percaya batang kayu itu punya kekuatan magik. Para pengunjung yang datang membawa berbagai macam sajian semah seperti kepala babi dan ayam golek.( bukan ayam golek Pantai Dalam...kah kah kah) Mereka lakukan ini setelah sejumlah penduduk setempat yang menyentuh kayu itu kemudiannya telah memenangi loteri.

Paling kurang 100 orang setiap hari mengunjungi batang kayu itu dan meminta nombor atau memohon hajat lain. Masyakat Kemboja sangat percaya pada tahayul, khususnya di pedalaman di mana masyarakat masih menggabungkan praktis animisme dengan Buddhisme.

Beberapa yang orang percaya dilihat mengusap-usap kayu itu dan berharap dapat melihat nombor loteri atau nombor ekor. Yang lain ada yang meminum air dari kolam dan melumur tubuhnya dengan lumpur dari lokasi terdekat dalam usaha untuk menyembuhkan penyakit mereka.

Walaupun ketua kampung itu sendiri tidak percaya dengan keajaiban batang kayu itu, ia tidak mengahalang orang ramai yang datang. "Kami, pihak berwajib, tidak berhak untuk menghentikan mereka," katanya.
- AFP

p/s: Mohonlah kepada Allahurobbi; janganlah menambahkan lagi dosa berjudi dengan perbuatan syirik yang nyata dibenci dan dimusuhi Allah (assyirku billah) Sebenarnya, ajaibnya sebatang kayu itu ialah ia boleh dibakar.....kah kah kah!  Koplo punya manusia...sesat lagi menyesatkan!

Padan muka Melayu, undilah lagi DAP...kan dah kena halau!

 

Apa nasib yang berlaku kepada Melayu SINGAPURA, itulah juga nasib Melayu Pulau Pinang, ia takkan lari jauh. Siapa yang bodoh? Dulu orang Melayu SINGAPURA ramai mendiami kampung-kampung strategik dan pulau berpotensi di SINGAPURA, tetapi sedikit demi sedikit hilang dan terus lenyap. Pelan serta strategi rapi disusun halus oleh pemimpin Cina untuk menghalau Melayu SINGAPURA keluar dari tanah mereka atas tiket pembangunan. Ada beza ke dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang? Tak banyak bezanya, Melayu Pulau Pinang semakin hari semakin terhimpit dan tertekan, ini semua ajaran Cina SINGAPURA, semua orang tahu itu.......padan muka Melayu. Jangan buat main pasal pilih pemimpin, sekarang anak bangsa yang kena tanggung.


GEORGETOWN: Universiti Kepimpinan Wanita Asia (AWLU) menyokong tindakan penduduk Kampung Genting, Balik Pulau mempertahan tanah milik mereka daripada diambil kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membina sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pengambilan Tanah di Kampung Genting, Shahril Ahmad berkata, surat yang ditulis Presiden AWLU, Barbara Hou itu telah dihantar kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala bagi menyatakan bantahan terhadap cadangan itu. Shahril berkata, surat bertarikh 11 Julai itu menyatakan bahawa AWLU menolak pengambilan tanah tersebut atas dasar prihatin tentang kesulitan yang akan timbul kerana tanah itu adalah milik sah penduduk beserta geran.

Menurutnya, AWLU enggan berdepan dengan sebarang masalah pada masa hadapan namun berasa hairan dengan tindakan kerajaan negeri yang seolah-olah mengenepikan kepentingan penduduk negeri itu

"AWLU hendakkan tanah yang kosong daripada kerajaan negeri bukan tanah yang ada penduduk," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini.

Shahril berkata, rentetan daripada surat penolakan itu, pertemuan telah diadakan pada 22 Julai lalu dengan pemilik tanah di Pejabat Daerah Barat Daya untuk menyatakan bahawa kerajaan negeri telah mencadangkan kepada AWLU supaya memilih tanah yang lain.

Guan Eng turut memberitahu penubuhan AWLU di Kampung Genting akan diubah di Pondok Upeh. Terdahulu kerajaan negeri bercadang untuk membuat pengambilan tanah seluas 100 ekar di kawasan kampung Genting untuk dibangunkan IPTS.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, tindakan Guan Eng yang cuba menjadi hero dalam isu ini amat memalukan kerana dia bukanlah hero sebenar kepada penduduk Kampung Genting sebaliknya hanya memutar belitkan fakta apabila AWLU tidak bersetuju untuk membina universiti di kawasan tersebut.

p/s : Dari ambil tanah kosong, lebih baik kasi tolak kampung orang Melayu, kasi halau sama dia! Undi lagi laa...
Wajah baru Rezab Tanah Melayu...tahniah aku...kah kah kah.

Terkini : Imam Mahadi masih di Mekah mencuci


Na'uzubillah...IMAM MAHADI - Pemimpin itu sedang disiapkan. Dia sedang melalui series of trials. Dia sedang diuji, satu peringkat ke satu peringkat, yang kalau calang-calang orang menerima pujian itu, sudah lama binasa....Dia dihormati di Barat dan di Timur, dia boleh bercakap soal Islam di pentas antarabangsa. Orang hormat pendiriannya. Orang hormat ketegasannya dan orang hormat prinsip agamanya. Tidak lain dan tidak bukan saudara ANWAR IBRAHIM.....(astaghfirullah)

Thursday, 26 July 2012

Koplo! Bukan Tan Sri Khalid MB yang beli ijazah palsu tuu...

 
Syabas Polis Selangor! Satu lagi kejayaan PDRM. Pihak Polis juga diminta menjalankan siasatan rapi serta mendedahkan kepada khalayak berhubung individu tertentu yang dikatakan membeli sijil / ijazah palsu termasuk ahli politik dan individu yang bergelar Tan Sri. 

Jangan pulak bila dah kenal pasti Tan Sri tu, disorok-sorok pulak. Begitu juga dengan orang politik tu, tak kiralah dia orang UMNO ker, atau MCA atau MIC atau datangnya dari parti ajaran sesat (PAS) ataupun parti yang kian runtuh (PKR)...semua mesti didedahkan. Rakyat mahu tahu....dan yang paling penting, jangan lambat lambat, nanti basi.  People like it while it's hot!!!


Kejayaan polis menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu bernilai lebih RM5 juta, kononnya daripada 5 universiti luar negara, turut mendedahkan pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati 525 orang 'graduan' tempatan serta asing dikesan terlibat membeli sijil palsu sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, identiti semua 'graduan segera' yang terlibat, termasuk ahli politik dan individu bergelar Tan Sri, sedang dikenal pasti.

"Berdasarkan risikan serta gambar-gambar yang dirampas, kita kenal pasti ada individu-individu berstatus yang terlibat.

"Apabila maklumat sudah mencukupi, kita akan panggil mereka bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK), Selangor, hari ini.

Menurutnya, sepasang suami isteri yang merupakan dalang sindiket menjual sijil palsu terbabit ditahan pihaknya semalam.

Katanya, suspek lelaki yang juga pengarah syarikat berusia 37 tahun, ditahan di Cheras, manakala isterinya, seorang pensyarah berusia 36 tahun, ditahan di pejabat mereka di USJ 10, Subang Jaya.

"Kedua-dua mereka direman empat hari sehingga esok mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Tun Hisan berkata, dalam serbuan di pejabat suspek, pihaknya merampas senarai-senarai penerima sijil, dokumen-dokumen permohonan, sijil ijazah palsu, gambar konvokesyen, kad pelajar serta pelbagai risalah.

Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek menjalankan operasi terbabit sejak 2003 dan mendapat pelanggan melalui ejen tertentu yang dihantar untuk mencari pembeli termasuk secara online.

Katanya, suspek menawarkan sijil palsu dengan harga RM6,500 bagi ijazah, RM8,500 (sarjana) dan RM10,500 (doktor falsafah) dalam pelbagai jurusan yang kononnya diiktiraf oleh lima universiti luar negara, antaranya University of Rockhampton, Harvey International University, Cannington Brook University dan Charles Molnar University.

"Bagaimanapun tidak semua universiti terbabit wujud dan setakat ini suspek dikenal pasti mengaut keuntungan melebihi RM5 juta hasil kegiatan berkenaan. Pembeli sijil juga maklum sijil diterima adalah palsu.

"Pelanggan juga hanya perlu membayar wang mengikut sijil yang dikehendaki dan mereka tidak perlu belajar, mengambil ujian atau menghantar kertas kerja," katanya.

Tun Hisan berkata, setelah jumlah pelanggan yang didaftarkan mencukupi, satu majlis konvokesyen akan diadakan di mana-mana hotel terkemuka di Lembah Klang, kononnya untuk mengiktiraf penerima ijazah atau 'graduan' terbabit.

Menurutnya, majlis itu dijalankan sama seperti majlis konvokesyen yang diiktiraf dan penerima ijazah palsu turut memakai pakaian konvokesyen selain ahli keluarga dijemput hadir. Katanya, bayaran lain turut dikenakan bagi sesi konvokesyen itu. - Sinar Harian

TPM rasmikan SMK Putrajaya Presint 9 (2)



PUTRAJAYA, 26 Julai - Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Hjh. Noorainee Abdul Rahman hari ini hadir di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya, Precint 9 untuk upacara perasmian dan majlis berbuka puasa bersama warga pendidik dan ibu bapa pelajar sekolah tersebut.

Ketika merasmikan pembukaan SMK Precint 9, Tan Sri Muhyiddin yang menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 500 orang  hadirin terdiri dari warga pendidik, ibu bapa dan pelajar sekolah  berkenaan menyeru agar rakyat Malaysia terus meningkatkan semangat perpaduan bagi mengelakkan berlakunya krisis persaudaraan sebagaimana berlakunya di Syria.

"Masyarakat kita menyambut Ramadhan dalam keadaan yang ceria jika mahu dibandingkan dengan negara Islam yang lain, negara Islam lain kini berhadapan dengan cabaran hidup, pergolakkan bersaudara sebagaimana berlakunya pertumpahan darah di Syria.

"Semangat perpaduan di antara kita perlu dipertingkatkan kerana jika berlakunya krisis atau perang saudara, segala sistem yang telah dibina dalam negara kita akan tergendala." 

"Masyarakat luar begitu berbangga dan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh dalam membangunkan ummah bagi berhadapan dengan cabaran globalisasi. Pendidikan dan teras perpaduan merupakan bidang penting demi memastikan kita berjaya di dunia dan akhirat."



p/s :  Bersyukur atas anugerah nikmat kemakmuran serta keamanan Malaysia hasil pemerintahan kerajaan Barisan Nasional selama ini. Tidaklah ianya nikmat itu datang begitu sahaja bak kata pepatah, "yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang", melainkan melalui usaha keras serta komitmen kerajaan BN yang terus konsisten dalam membela nasib rakyat Malaysia.