Followers

Digital clock

Monday, 31 December 2012

Duniawi : PAS tetap jilat DAP walaupun agamanya dihina




Parti Ajaran Sesat menuju kehancurannya yang semakin hampir. Apa jua yang dibuat DAP akan disokong habis-habisan, berlebih-lebih mengalahkan mereka itu saudara seagamanya. Tidak ada apa cacat celanya Cina chauvinist kafir harbi itu berbanding saudara-saudara seagamanya dalam UMNO.

Seharusnya Nik Ajis dan Hj. Hadi bertegas bahawa kalimah Allah itu hanyalah untuk Muslim sahaja.  Jangan berkompromi dalam hal ini. Jangan jadi bebal dan terus mendiamkan diri walhal kesucian agama terus dpermainkan oleh sikafir.  Janganlah terperangkap dengan permainan pihak gereja, kasihankan anak cucu Melayu Islam di masa akan datang yang tentunya terus dikelirukan dalam hal ini. 

Jangan terpedaya dengan kata manis sikafir harbi babi...


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengulangi kenyataan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, perkara itu sudah diputuskan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008. 

"Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah terbabit, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Othman berkata, kalimah Allah merupakan kalimah suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah dan oleh itu umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. 

Katanya, sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah terbabit semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama Islam, umat Islam dan rakyat Malaysia. 

"Semua pihak seharusnya memaklumi bahawa kes berkaitan penggunaan kalimah Allah yang bermula pada tahun 2009 yang lalu masih belum selesai dan masih dalam peringkat rayuan ke Mahkamah Rayuan. 

"Oleh yang demikian membicarakan isu berkaitan sama ada penganut Kristian Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah 'Allah' dalam bible Bahasa Melayu dilihat seolah-olah mendahului mahkamah sendiri dan bersifat 'subjudis'", katanya. 
Beliau berkata, rakyat Malaysia bertanggungjawab memberi sepenuh kebebasan kepada mahkamah untuk membuat penghakimannya dan Jakim berpegang kepada semangat patuh kepada undang-undang sedia ada iaitu biarlah mahkamah membuat keputusan yang benar-benar adil dan mengambil kira keharmonian semua kaum dan agama di negara ini. 

Katanya, tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan pendapat sendiri dan mendahului mahkamah dan mengkucar-kacirkan keharmonian antara kaum dan agama demi meraih keuntungan politik sempit amat dikesali. 

Justeru, JAKIM menggesa semua pihak supaya kembali menghayati semangat kedaulatan undang-undang yang dilaung-laungkan selama ini untuk memastikan keharmonian antara kaum dan agama terus terpelihara dan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. 

"Semua pihak harus menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang bermatlamat untuk mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama," katanya.
-Bernama

Rahim Noor sambung cerita...



Amanat yang membawa perpecahan

BERDASARKAN rekod-rekod polis, Amanat Haji Hadi itu telah dipergunakan oleh PKM yang masih bergerak aktif sekitar 1960-an, 1970-an dan pertengahan 1980-an. PKM pada masa itu mengikuti setiap perkembangan yang berlaku dalam masyarakat walaupun mereka tinggal di dalam hutan atau di sempadan negara jiran.

Mereka menyalahkan kerajaan di atas segala isu yang membabitkan kepentingan rakyat. Mereka menggunakan apa sahaja cara untuk mengkritik kerajaan seperti radio bawah tanah dan penerbitan secara sulit. Dalam isu kafir mengkafir pun PKM bangkitkan, tetapi ini bukan bermakna mereka sokong Pas. Mereka mengeksploitasi Pas sebagai parti pembangkang untuk mendapatkan keuntungan politik.

Sejarah PKM menunjukkan walaupun pada masa itu, ideologi komunisme tidak suka agama, PKM mengeksploitasinya. Pada 12 April 1965, PKM menubuhkan Parti Persaudaraan Islam (PAPERI) semacam satu subsidiarinya. Matlamat PAPERI adalah untuk memperluaskan pengaruh komunis dalam kalangan masyarakat Melayu dengan menguar-uarkan kononnya komunisme tidak bertentangan dengan Islam. Kononnya Islam dan komunisme boleh tidur sebantal. PAPERI juga membuat kenyataan menyambut fatwa dan hujah Pas yang mendakwa kerajaan tidak Islamik. PAPERI diketuai oleh Abdullah CD yang juga ketua Rejimen Ke-10 PKM yang berpangkalan di sempadan Kelantan-Thailand.

Bagi melemahkan kepercayaan orang Melayu, PKM turut menyelewengkan dalil-dalil daripada al-Quran dan Hadis. Perkara ini dilakukan dalam risalah bertarikh 28 Disember 1982 yang bertajuk 'Bersatulah mengikut jejak Rasulullah melawan ketidakadilan dan membela kepentingan rakyat'. Jika diperhatikan, risalah itu dikeluarkan lebih setahun selepas Amanat Haji Hadi. Risalah tersebut, antara lain, menyeru umat Islam di Malaysia supaya bangun menentang kerajaan dan menyokong perjuangan bersenjata PKM untuk keadilan, untuk rakyat dan untuk kemerdekaan penuh tanah air. Orang Melayu telah diserang Pas dengan fatwa dan PKM pula semacam mempergunakan fatwa itu. Bagaimanapun, ini bukan bermakna Abdul Hadi bersetuju atau bersekongkol dengan posisi PKM itu.


Kemudian, PKM menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Revolusioner Malaya (PKMRM) pada 24 Mei 1981. Perbuatan kafir mengkafir pada masa itu semakin hebat. Matlamat PKMRM adalah menyatupadukan golongan-golongan sosialis, nasionalis, komunis dan agama. Tindakan ini mirip langkah Presiden Indonesia, Sukarno, pada awal 1960-an sebelum pemerintahannya berakhir pada 1965. Sukarno memperkenalkan gagasan NASAKOM iaitu akronim bagi nasionalis, agama dan komunis bagi menyatupadukan tenaga-tenaga progresif-revolusioner dan tenaga-tenaga yang bersedia mengangkat senjata untuk mencapai sesuatu kejayaan. Sukarno seorang nasionalis yang cenderung kepada fahaman Marxisme dan NASAKOM ialah wadah politik Sukarno untuk menjayakan projek Ganyang Malaysianya.

Lantas PKM, seperti terilham oleh Sukarno, mempergunakan Amanat Haji Hadi untuk mengeksploitasi isu agama di Malaysia. Mereka mendakwa kerajaan menekan golongan yang benar-benar menjalankan dakwah Islamiah; kerajaan mengutip zakat dan fitrah secara paksa dan menyimpannya di dalam bank; pentadbiran negara ini dan dasar kerajaan BN bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar dan aktiviti dakwah yang dijalankan oleh kerajaan hanya memuji-muji pihak berkuasa walaupun pada hakikatnya al-Quran dan Hadis diselewengkan. PKM ibarat menangguk di air yang keruh. Pengikut Abdul Hadi yang taksub tampak gembira kerana sokongan PAPERI seolah-seolah menunjukkan perbuatan mereka itu betul.

Bagi pihak polis pada masa itu, apabila PKM telah mengeksploitasi keadaan umat Islam yang porak peranda dan keliru akibat Amanat Haji Hadi, analisis yang dibuat ialah PKM telah memperluaskan barisan bersatunya walaupun perkara itu mungkin tidak disedari oleh Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz dan ahli-ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang lain. PKM telah menggembleng Amanat Abdul Hadi dalam barisan bersatunya untuk mencapai cita-citanya.

Banyak pihak mengaitkan Amanat Haji Hadi dengan peristiwa Memali. Adakah dakwaan itu ada asasnya? Apakah peristiwa itu lebih menyangkut keperibadian Ibrahim Libya sendiri?

ABDUL RAHIM: Pada pemahaman saya, Amanat Haji Hadi telah menyemarakkan lagi api kafir mengkafir ini supaya menjadi lebih hebat dan meluas. Bukan setakat berlegar di sekitar Kelantan, Terengganu dan sebahagian Pahang sahaja malah di seluruh negara lebih-lebih lagi di Kedah dan Perlis yang kuat dengan sentimen pro-Pas ketika itu.

Walaupun secara umumnya orang Melayu tidak sukakan konflik pertumpahan darah tetapi ada pemimpin, dengan kelebihan-kelebihan tersendiri, berupaya menggunakan Amanat Haji Hadi untuk membakar semangat pengikutnya. Contohnya ialah Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali Ibrahim Libya. Salah satu Amanat Haji Hadi yang dipegang kuat oleh beliau ialah kalau mereka mati bertempur dengan pihak kerajaan atau UMNO, mereka mati dalam keadaan syahid. Amanat itu menggalakkan pertumpahan darah dan menjamin terus masuk syurga kerana telah mati syahid.

Ibrahim yang dilahirkan di Kampung Charok Putih, Baling, Kedah pada 1942 menerima pendidikan agama pada peringkat awal di kampung tersebut dan di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Beliau seterusnya belajar di Maktab Jamaliah di Madras, India dan seterusnya ke Darul Ulum, Uttar Pradesh, India. Setelah beroleh ijazah, Ibrahim melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dan menerima ijazah Sarjana Muda Sastera Undang-Undang Islam (Syariah). Kemudian, beliau ke Libya yang pada masa itu masih diperintah oleh Muammar Gaddafi untuk mendapatkan diploma dalam bidang dakwah.

Sekembalinya ke Malaysia pada 1974, Ibrahim menjalankan kegiatan pendakwah Islam yang dibiayai kerajaan Libya dan dipercayai beliau seorang operatif negara tersebut. Mungkin Pas tidak sedar pembabitan Ibrahim dengan pihak-pihak tertentu di Libya. Serentak itu, beliau bertugas di Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri dan pernah memberi ceramah agama menerusi saluran radio Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Setelah meletakkan jawatan di Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri pada 1976, Ibrahim pulang ke kampung asalnya dan mengajar di Madrasah Ittifaqiah Islamiah di sana. Beliau bergiat aktif dalam bidang politik bersama Pas dan pernah menjadi calon Pas pada Pilihan Raya Umum 1978 dan 1982 tetapi beliau kalah. Ibrahim memegang jawatan penting dalam parti iaitu Ketua Dewan Pemuda Pas Daerah Baling, Ahli Jawatankuasa Pas Kedah, Ahli Jawatankuasa Pas Daerah Baling dan Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas Kedah.

Ibrahim menubuhkan Madrasah Islahiah Diniah yang dikendalikannya sendiri di Kampung Memali. Ada maklumat mengatakan madrasah tersebut menerima bantuan kewangan daripada kerajaan Libya. Selepas Amanat Haji Hadi timbul, Ibrahim giat mengajar penduduk kampung bagi menyokong amanat yang mengatakan UMNO itu kafir.


Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Ibrahim hendak berperang dengan kerajaan. Atas sebab itu, beliau perlu ditangkap di bawah ISA. Risikan pihak polis mendapati kalau Ibrahim tidak ditangkap, ajarannya akan merebak dan pengikutnya juga terlalu taksub dengan beliau.

Bagaimanapun, Ibrahim tidak mahu ditangkap dan ingin menggunakan kedudukannya sebagai guru madrasah untuk mempertahankan diri daripada ditahan. Itulah punca sebenar peristiwa Memali.

Ibrahim memperkukuhkan kedudukannya dengan mengumpulkan senjata api, pedang, keris dan pisau. Beliau mengajar cara-cara menggunakan azimat untuk kebal dan memandikan pengikutnya untuk menambahkan kekebalan. Semua persiapan itu dilakukan dalam masa dua minggu sebelum pihak polis datang untuk menahan Ibrahim.

Ibrahim pada mulanya menerima khabar tentang tangkapan itu pada 5 November 1985 dan beliau seterusnya berbincang dengan rakan-rakannya tentang strategi bagi mengelak daripada tertangkap. Beberapa mesyuarat telah diadakan dan mesyuarat paling penting adalah pada malam 18 November 1985 iaitu malam sebelum peristiwa Memali berlaku. Mesyuarat yang bertempat di Madrasah Islahiah Diniah itu menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil dalam dua senario yang difikirkan mereka mungkin berlaku.

Dua senario itu ialah, sekiranya serbuan dapat dipatahkan dan pihak polis berjaya ditewaskan, kumpulan Ibrahim Libya akan menawan Balai Polis Baling bersama pegawai dan anggota-anggotanya. Kumpulan itu juga berniat hendak menangkap wakil rakyat dan orang-orang penting UMNO sebagai tebusan dan menempatkan mereka di Balai Polis Baling.

Mereka juga akan membuat tuntutan agar Perdana Menteri menyerahkan kuasa kepada Angkatan Tentera Malaysia dan semua orang Pas dibebaskan dari tahanan. Mereka juga merancang untuk meneruskan serangan hingga ke Wisma Negeri di Alor Star dan menawan Menteri Besar dan Exco-Exco kerajaan negeri serta mengisytiharkan pemerintahan Islam.


Sebaliknya, jika kumpulan mereka gagal mematahkan serbuan polis, mana-mana pengikut yang sempat melarikan diri diminta bersembunyi di Gunung Bayu, Baling untuk bertapa mencari kekuatan batin sambil memikirkan dan merancang serangan balas. Sekiranya ramai yang dapat meloloskan diri ke Gunung Bayu, latihan serangan balas akan dijalankan.

Selain itu, sebahagian pengikut yang melarikan diri itu dikehendaki menghubungi orang-orang tertentu untuk menyusun strategi baharu bagi menjatuhkan kerajaan. Antara tindak balas yang dirancang adalah menyerang orang UMNO termasuk ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan pemimpin parti. Mereka juga merancang untuk menyerang Balai Polis Baling dan Unit Kawalan Kawasan (UKK) Tanjung Pari untuk mendapatkan senjata sekiranya ada kemampuan.

Seorang saksi yang juga orang kanan Ibrahim Libya memberitahu, pada mulanya kira-kira 200 pengikut kumpulan itu berkumpul di rumah Ibrahim untuk berkawal di tempat-tempat tertentu. Mereka mempunyai senjata seperti bom api, bom ikan dan buluh runcing. Kira-kira 30 minit selepas waktu Subuh, suasana riuh rendah apabila ada khabar mengatakan pihak polis telah tiba di kawasan berhampiran madrasah. Selepas itu, hanya kira-kira 50 pengikut Ibrahim yang tinggal.

Pihak polis mula melancarkan gerakan menangkap Ibrahim pada pukul 8.30 pagi, 19 November 1985. Mereka bukan berniat untuk menyerang tetapi cuma mahu menahan Ibrahim dan dua pengikutnya di bawah ISA. Selain itu, ada tiga individu yang dikenakan waran tangkap dan 30 suspek lain atas pelbagai kesalahan jenayah disyaki bersembunyi di rumah Ibrahim.

Sekumpulan pegawai dan anggota polis yang mara ke kawasan madrasah cuma membawa pongkes, cota dan gas pemedih mata sebagai langkah mengelakkan kemalangan pada orang awam sewaktu tangkapan dilakukan.

Sebaik sahaja mereka mara kira-kira 50 meter, mereka telah diserang oleh pengikut Ibrahim dengan parang, pedang dan buluh runcing. Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan pengikut-pengikut Ibrahim. Pada ketika itu juga polis diserang hendap dengan beberapa das tembakan senjata api yang menyebabkan seorang pegawai berpangkat Inspektor dan seorang anggota berpangkat Sarjan terkorban serta-merta sementara dua anggota berpangkat Konstabel cedera parah dan meninggal dunia tidak lama kemudian. Salah seorang pengikut Ibrahim kemudian meluru untuk menyerang pihak polis sambil membawa sebilah parang panjang. Polis terpaksa menembaknya untuk mempertahankan diri dan pengikut Ibrahim itu juga mati.


Pucuk pimpinan Pas dari dahulu hingga sekarang seolah-olah tidak mahu mengakui Amanat Haji Hadi merupakan punca peristiwa Memali. Komen Tan Sri?

ABDUL RAHIM: Memang itulah sikap mereka, penafian. Tetapi polis mempunyai cukup banyak bukti menunjukkan Ibrahim Libya cukup taksub dengan amanat itu dan menuntut pengikut-pengikutnya patuh kepada amanat tersebut.

Saya sangat musykil dengan sikap pucuk pimpinan Pas pada masa itu terhadap peristiwa Memali. Mereka tahu Amanat Haji Hadi itu hanya satu strategi politik untuk memenangi pilihan raya. Dalam hati dan sanubari masing-masing, mereka tahu apakah hakikat sebenar di sebalik Amanat Haji Hadi yang berakar umbi sejak awal 1960-an.

Demi kepentingan politik, pucuk pimpinan Pas telah membuat fatwa mengatakan kematian Ibrahim Libya dan para pengikutnya adalah syahid. Mereka tidak perlu dikafankan dan mereka ditanam dengan pakaian berlumuran darah. Nauzubillahiminzalik. Saya betul-betul terkilan. Sehingga sekarang mereka tidak mengubah pendirian ini.

Kita bernasib baik kerana setakat ini cuma timbul satu insiden berdarah akibat langsung daripada Amanat Haji Hadi. Sekiranya ada lebih dari seorang pemimpin seperti Ibrahim Libya muncul di tempat-tempat lain secara serentak atau berturutan selepas peristiwa Memali, malang sungguhlah negara kita. Allah SWT telah menghindari kita daripada malapetaka korban jiwa yang sia-sia yang lebih ramai bilangannya.

Pada pemahaman saya, Allah SWT juga telah menjauhkan kita daripada akibat yang lebih parah iaitu sekiranya peristiwa sama seperti Memali berlaku di tempat-tempat lain, ramalan saya ialah ada kemungkinan, apabila mereka yang terbabit diburu oleh pasukan keselamatan, mereka akan lari masuk ke hutan untuk perlindungan.

Kesannya, bilangan anggota PKM akan bertambah. Sejarah menunjukkan perkara itu memang pernah berlaku. Lambat-laun mereka akan menerima ideologi komunis dan dilatih untuk menjadi anggota gerila komunis. Tidakkah pada peringkat awal Darurat 1948 dahulu ada orang Melayu yang kuat pegangan agama menjadi komunis setelah masuk hutan untuk mengelak tangkapan pihak berkuasa?

Amanat Haji Hadi mengharamkan kerjasama dengan parti bukan Islam. Bagaimana pula tentang pakatan antara Pas dan DAP?

ABDUL RAHIM: Perkembangan terkini jelas menunjukkan Abdul Hadi yang disokong Nik Abdul Aziz telah mengubah taktik perjuangan Pas.

Seolah-olah amanat itu telah dikendurkan. Abdul Hadi tidak lagi bercakap tentang penubuhan negara Islam tetapi mengubah haluan Pas untuk menubuhkan negara berkebajikan. Seperti yang diulas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin, dalam Utusan Malaysia pada 24 Disember lalu, Abdul Hadi dan pucuk pimpinan Pas telah mengubah dasar parti untuk menawan Putrajaya. Mereka perlukan sokongan pengundi bukan Melayu dan bukan Islam.

Pada hemat saya, Abdul Hadi ketika menyampaikan Amanat Perdana Pemangku Presiden khusus untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 18 Januari 2003 jelas telah mengingkari diri sendiri dan parti. Isi ucapannya sarat dengan idea-idea bahawa untuk mencapai kuasa politik, Pas perlu menganggap pengundi sebagai pelanggan dan pelanggan adalah segala-galanya. Tidak timbul lagi soal kafir mengkafir. Beliau menyebut, oleh kerana Pas memerlukan sokongan lebih ramai pengundi pelbagai kaum dan latar belakang agama, maka sukar bagi Pas untuk menang jika parti itu berdiri di atas wadah Pas sahaja. Tidakkah ini seperti beliau hendak mengkafirkan pengikut Pas kerana telah mengizinkan politik suku agama suku?

Beliau menyuarakan dalam ucapan itu supaya Pas membuat pengorbanan dengan tidak memasukkan persoalan negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat Persekutuan. Katanya, peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan di peringkat Persekutuan. Ini sudah terbalik daripada intipati amanat yang disampaikannya sendiri pada 1981.

Abdul Hadi juga menegaskan bahawa sekiranya pembangkang menang, mereka akan menubuhkan sebuah kerajaan yang demokratik dan adil. Kerajaan itu akan mendukung Perlembagaan sedia ada. Penegasan ini cukup bertentangan dengan Amanat Haji Hadi pada 1981 yang mengatakan Perlembagaan kafir dan undang-undang jahiliyah. Pendek kata, kerjasama politik antara Pas dan DAP atau 'tahaluf siyasi' betul-betul telah menjadikan Pas serta ahli-ahlinya semacam terkena 'sumpahan kekafiran' seperti tujuan asal Amanat Haji Hadi itu hendak ditimpakan ke atas UMNO dan ahli-ahlinya.

Sebagai kesimpulan, wajarkah Abdul Hadi menarik balik amanat itu?

ABDUL RAHIM: Pada pandangan saya, adalah lebih wajar bagi Abdul Hadi menarik balik amanat itu untuk menghapuskan salah faham dan kekacauan dalam masyarakat. Bagi saya, beliau harus bertaubat dan meminta maaf kepada semua pihak yang telah menerima padah buruk kerana patuh kepada Amanat Haji Hadi.

Pas sebagai sebuah parti politik tidak sepatutnya mengkafirkan sesama Islam walau setinggi mana pun kemahuan politik mereka untuk menegakkan sebuah negara Islam. Sebagai pertubuhan Islam, Pas sepatutnya berdakwah untuk menarik orang bukan Islam masuk Islam, bukannya mengkafirkan orang Islam.

Saya juga berpendapat, satu kajian ilmiah oleh pihak-pihak yang pakar di bidang berkenaan patut dijalankan untuk menentukan sejauh mana isu kafir-mengkafir ini, dari mula hingga ke tahap Amanat Haji Hadi pada 1981, telah memecahbelahkan kehidupan kekeluargaan orang Melayu dan perpecahan dalam masyarakat Melayu amnya.
-utusan

Jendela 2013 : Top 3 kaki seks Malaysia terima anugerah emas!


Mana ada negara lain dalam dunia yang boleh buat macam Malaysia. Gambar bogel kita, kemaluan kita dan kepala butuh kita penuh di carian Google tetapi kita masih tak tahu malu, terus menagih simpati rakyat, cuba tunjuk baik, dan salahkan orang lain. Kalau di negara lain, dah lama angkat kaki dan main jauh-jauh. Inilah kehebatan Malaysia....

Malaysia boleh!!!


Kenapa puak PAS marah sangat dengan Fathul Bari


PAS memang sesat sebab diresapi syiah. Agenda syiah dalam PAS sangat bahaya dan menghuru-harakan negara dengan cara demonstrasi jalanan. Syiah perlu disekat daripada berkembang terus dalam PAS mahupun dalam negara ini. 

Gaya James Bond : iWatch jam dan telefon dari Apple



Terbaru memasuki pasaran, smartphone keluaran Apple yang boleh dipakai dipergelangan tangan anda seperti memakai jam tangan biasa. Gajet ala James Bond terbaru keluaran Apple, iWatch memiliki skrin LED 1.5 inci 

Pengguna boleh menggunakan teks mesej, email dan akses ke Facebook dengan pantas selain boleh berhubung dengan pemilik iPhone lain melalui Bluetooth. Gajet serupa pernah cuba dipasarkan namun gagal mencapai sasaran permintaan pengguna yang baik. Microsoft misalnya pernah mencuba pada 2008 manakala Sony juga pernah mengeluarkan produk dengan reka bentuk hampir sama namun kesemuanya tidak mencapai nilai komersil yang baik.

Berbeza kali ini, iWatch keluaran Apple yang dijangka meletup di pasaran mulai 2013 ini di berikan nama PEBBLE. Di United Kingdom khususnya, Apple mmasih dilihat sebagai jenama terhebat melalui jualan iPhone dan iPad manakala iPhone 5 telah berjaya mencatat jualan 5 juta selepas tiga hari dilancarkan pada September lalu.

Video Pembantu Rumah Indonesia di bunuh



Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah telah di panggil untuk membantu siasatan satu kes bunuh di Kuala Lumpur yang melibatkan mangsa seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Sebelum kematiannya, pembantu rumah tersebut telah memberikan percakapan awal di mana beliau yang telah diseksa, didera dan akhirnya dibunuh oleh majikannya.

ASP Zainol telah berjaya mengesan senjata yang digunakan dan membuktikan penglibatan majikan dalam kes bunuh tersebut.

Sumber : PDRM klik sini

Sunday, 30 December 2012

Mesti baca : Cerita RAHIM NOOR pasal fatwa mengkafir



AMANAT Haji Hadi yang pernah diucapkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 telah menghangatkan polemik kafir-mengkafir sesama Islam di negara ini.

Amanat itu dilihat sebagai punca di sebalik insiden-insiden pelik tetapi benar seperti solat fardu dua imam, mengharamkan sembelihan orang UMNO dan mengulangi akad nikah sekiranya dinikahkan oleh kadi kerajaan. Amanat itu juga dikatakan menjadi pencetus peristiwa Memali pada 19 November 1985.

Namun, seperti yang dijelaskan oleh bekas Ketua Polis Negara, TAN SRI ABDUL RAHIM NOOR kepada wartawan Mingguan Malaysia, HUSSAINI AMRAN dan jurufoto, ZAINI HUSIN dalam satu wawancara eksklusif di kediamannya di Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, Amanat Abdul Hadi cuma satu kesinambungan daripada fatwa Pas yang terdahulu.

Kupasan terperinci oleh Abdul Rahim tentang isu Amanat Haji Hadi memberikan kita pelbagai perpekstif berbeza berhubung asal usul isu kafir mengkafir oleh Pas dan kesan amanat itu terhadap ketenteraman negara.

MINGGUAN: Boleh Tan Sri jelaskan latar belakang di sebalik isu kafir mengkafir yang tercetus susulan Amanat Haji Hadi?

ABDUL RAHIM: Berdasarkan kepada pemahaman dan pengalaman saya sewaktu masih berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dahulu khususnya ketika mengetuai Cawangan Khas seterusnya Ketua Polis Negara, jika kita mahu mengkaji latar belakang di sebalik isu kafir mengkafir sesama umat Islam berikutan penyebaran Amanat Haji Hadi, kita perlu memahami naluri politik orang Melayu Islam di Semenanjung Malaysia.

Dari segi geografi, Semenanjung Malaysia kelihatan seperti terbelah dua kepada pantai timur dan pantai barat dengan banjaran Titiwangsa di bahagian tengah. Begitu juga, nampaknya, naluri politik orang Melayu Islam di negara ini semacam berbeza antara mereka di pantai timur dan pantai barat. Dalam konteks ini, pantai timur merujuk kepada Kelantan, Terengganu dan sebahagian daripada Pahang manakala pantai barat merangkumi negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Punca isu kafir mengkafir ini mula tercetus di kawasan pantai timur khususnya di Kelantan. Semacam ada kaitan dengan naluri politik orang Melayu di kawasan berkenaan. Selepas tercetus di Kelantan, ia merebak pula ke Terengganu. Fenomena itu berkait secara langsung dengan strategi politik untuk mendapatkan kuasa memerintah negara atau negeri. Mereka mahu mencari pengaruh. Kalau tiada pengaruh, bagaimana hendak mendapatkan penyokong atau memenangi pilihan raya.

Adakah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan individu yang mencetuskan perbuatan kafir mengkafir itu?

ABDUL RAHIM: Secara amnya, rakyat mengetahui Abdul Hadi dikaitkan dengan Amanat Haji Hadi yang disampaikannya menerusi satu ceramah di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Sebenarnya, perbuatan kafir mengkafir oleh ahli-ahli Pas telah tersebar kira-kira dua dekad sebelum Abdul Hadi memberikan amanatnya. Amanat beliau itu merupakan kesinambungan dasar perjuangan Pas yang terdahulu.

Sama seperti Amanat Haji Hadi, isu kafir mengkafir sekitar tahun 1960-an dikaitkan dengan taktik perjuangan Pas untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh politik. Realpolitiknya ialah untuk mengalahkan UMNO.

Gelombang naluri politik pantai timur yang ditiup oleh Pas mulai dirasai pada peringkat awa kemerdekaan, malah boleh dikatakan ia bermula sejak Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya diberi kuasa untuk melaksanakan pemerintahan sendiri oleh penjajah British pada 1955. Suasana berpolitik di pantai timur lebih-lebih lagi di Kelantan dilihat mempunyai haluan atau taktik sendiri. Cara mereka adalah dengan memainkan sentimen agama Islam untuk mencari pengaruh.

Semasa menghadapi Pilihan Raya Umum 1955, UMNO menerima sokongan penuh daripada orang Melayu termasuk di Kelantan. Apabila gelombang naluri politik pantai timur mula bertiup, UMNO mula berpecah kepada dua puak.

Satu puak mahu UMNO mengekalkan identitinya manakala puak yang lain mahu melihat UMNO bersifat lebih Islamik. Golongan kedua akhirnya keluar dari UMNO dan menubuhkan Pas.

Walaupun ada orang Melayu pantai timur kekal patuh menganggotai UMNO, mereka yang keluar dari UMNO seolah-olah mengasingkan diri daripada politik Melayu arus perdana. Naluri politik pantai timurlah yang mendorong mereka menganggap UMNO sebagai tidak cukup Islamik, sekular dan lebih bersifat nasionalis. Golongan ini melihat seolah-olah politik arus perdana UMNO itu meminggirkan Islam. Mereka mencari haluan sendiri. Hasilnya, Pas berjaya membentuk kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Umum pertama selepas negara kita merdeka iaitu pada tahun 1959.

Bagaimanapun, pada peringkat awal Pas memerintah Kelantan, isu kafir mengkafir belum lagi ditonjolkan. Pas sendiri pada masa itu masih belum membuang imej nasionalis walaupun matlamatnya adalah untuk menegakkan negara Islam. Sangat berbeza dengan Pas sekarang di bawah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Politiking menjadi cukup rancak selepas Kelantan jatuh ke tangan Pas. UMNO bergiat aktif untuk mengambil semula negeri itu. Pada masa itu, salah seorang tokoh UMNO yang penting ialah Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau merupakan seorang putera raja yang mempunyai hubungan rapat dengan istana Kelantan. Tengku Razaleigh seorang yang berpengaruh bukan sahaja di Kelantan bahkan juga dalam pucuk pimpinan UMNO. Boleh dikatakan, Tengku Razaleigh merupakan salah seorang `putera mahkota’ di dalam UMNO. Malah, beliau sering disebut-sebut sebagai tokoh yang bakal menjadi pemimpin tertinggi parti dan negara. Namun, Tengku Razaleigh perlu membuktikan keupayaannya dan usaha menawan semula Kelantan merupakan satu cabaran kepada beliau.

Pengaruh kuat Tengku Razaleigh khususnya dengan istana Kelantan telah menimbulkan satu pergolakan politik yang hebat di negeri itu. Ketegangan politik memang dirasai di negeri-negeri lain tetapi di Kelantan lebih hebat lagi kerana membabitkan seorang tokoh politik berdarah raja. Tengku Razaleigh mampu menggugat kedudukan Pas di Kelantan dan pernah dikaitkan dengan tindakan istana Kelantan semacam memulaukan kerajaan negeri yang diterajui Pas. Dalam situasi sebegitu, sudah tentu Pas terpaksa mencari jalan untuk memperkukuhkan kedudukannya di Kelantan.

Para strategis Pas pada ketika itu telah merangka cara-cara yang boleh dipraktikkan bagi memperluas pengaruh parti dan memperkukuh kedudukannya di Kelantan buat selama-selamanya. Mereka mahu menjadikan Kelantan hanya untuk orang Pas. Salah satu cara yang digunakan adalah menerusi sentimen agama.

Bagaimana strategi yang dirangka itu boleh membawa kepada isu kafir mengkafir?

ABDUL RAHIM: Tindakan kafir mengkafir sesama Islam yang dilakukan oleh Pas mula dikesan di Kelantan sejak 1963. Situasi itu berlanjutan sehingga Pilihan Raya Umum Kedua pada 1964. Tindakan itu digunakan oleh Pas untuk melemahkan sokongan rakyat Kelantan kepada UMNO dalam pilihan raya umum tersebut. Perbuatan kafir mengkafir juga telah memecahbelahkan kedudukan Melayu Islam di seluruh negara secara umum dan di Kelantan secara khusus serta mengancam ketenteraman awam dan keselamatan dalam negeri.

Bagi memahami latar belakang di sebalik tindakan kafir-mengkafir, kita perlu melihat kepada sejarah penubuhan Dewan Ulama Pas Kelantan pada 1963. Badan itu diwujudkan bagi menjayakan matlamat Pas memenangi Pilihan Raya Umum Kedua. Badan tersebut juga sepatutnya bebas namun diletakkan di bawah sebuah jawatankuasa kerja Pas Kelantan. Dewan Ulama Pas Kelantan mempunyai tiga fungsi utama:

1. Bertanggungjawab membuat kajian mengenai ajaran Islam untuk tujuan-tujuan politik dan kepentingan parti;

2. Menjadi kuasa mengeluarkan fatwa-fatwa untuk disampaikan kepada rakyat di Kelantan khususnya dan di seluruh negara umumnya;

3. Dewan ini juga bertanggungjawab menyebarkan fatwa kepada rakyat dengan kerjasama guru-guru agama di Kelantan yang juga ahli-ahli Pas.

Setelah tertubuhnya Dewan Ulama Pas Kelantan, beberapa mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan beberapa perkara selain mengeluarkan beberapa ketetapan yang didakwa oleh mereka sebagai hukum atau fatwa.

Dalam satu mesyuarat yang diadakan di kediaman Menteri Besar Kelantan pada Ogos 1963 di Kota Bharu, Dewan Ulama Pas Kelantan telah membuat keputusan untuk mengeluarkan hukum-hukum serta fatwa-fatwa berikut:

1. Orang Islam yang berkongsi kuasa dengan orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram;

2. Sesiapa yang mengundi di atas parti-parti yang berkongsi ini maka dia menjadi haram juga. Jika mengundi dengan reda dan penuh kesedaran maka dia menjadi kafir tetapi jika tidak reda atau dipaksa, haram sahaja.

Dewan Ulama Pas Kelantan seolah-olah telah mengetepikan Majlis Fatwa Negeri Kelantan dan tidak mempercayai ulama-ulama lain di negeri itu apabila mereka mengeluarkan dua fatwa berkenaan.

Berikutan daripada mesyuarat itu, salah seorang ahli Dewan Ulama Pas Kelantan ketika itu yang agak berpengaruh, Yaakob Ishak, dilaporkan pernah berkata, apabila keputusan ini diambil, beliau berpendapat seorang umat Islam yang memasuki parti yang berkongsi dengan orang kafir jikalau reda menjadi kafir. Orang Islam kalau masuk Perikatan jikalau reda menjadi kafirlah mereka. Yaakob dikatakan turut menyertai mesyuarat itu dan menyatakan pendapatnya.

Beliau juga dipercayai berkata, jika seseorang reda sembahyang berimamkan orang Perikatan maka menjadi kafirlah orang tersebut.

Pendapat-pendapat lain yang timbul adalah jika reda berkahwin dengan orang Perikatan maka anak yang mereka dapat itu haram dan jika memakan sembelihan orang Perikatan adalah juga haram. Hubungan kelamin dengan orang Perikatan walaupun telah berkahwin dianggap berzina.

Yaakob juga pernah mendedahkan bahawa beliau percaya pemimpin dan pembesar Pas di Kelantan berasa runsing dan takut mereka akan kalah pada pilihan raya 1964 kerana mereka tidak mendapat sokongan daripada rakyat. Kerana tiada jalan lain untuk menang pilihan raya 1964, maka pemimpin dan pembesar Pas telah merancang fatwa hebat dengan menggunakan fatwa mengkafir.

Seorang lagi ahli Dewan Ulama Pas Kelantan ketika itu, Omar Daud mendedahkan bahawa tiga hari selepas mesyuarat itu, beliau mula menyebarkan hukum-hukum yang diluluskan oleh dewan itu kepada penduduk Kampung Kubang Kua, Pasir Mas, Kelantan. Penyebaran ini dibuat dalam sebuah madrasah di Pasir Mas. Beliau telah menghebahkan bahawa jika si suami masuk Perikatan dan si isteri seorang ahli Pas, maka perkahwinan mereka adalah dibatalkan, maka anak-anak mereka adalah haram. Jika seseorang ahli Perikatan menyembelih lembu atau binatang lain, ahli-ahli Pas tidak boleh makan kerana ahli-ahli Perikatan sudah kafir.

Fatwa kafir mengkafir ini reda setelah 10 orang yang terlibat ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekitar 1963 dan 1964. Situasi bertambah reda apabila Pas berjaya mengekalkan kuasa di Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1964 dan parti itu terus memerintah sehingga 1969. Nampaknya, tindakan kafir mengkafir telah berbaloi sebagai strategi yang digunakan Pas untuk kekal berkuasa di Kelantan.

Kegiatan menyebarkan fatwa kafir mengkafir terhenti selepas peristiwa 13 Mei 1969 di mana Pas menjadi salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan pada 1 Julai 1974. Pada Pilihan Raya Umum Keempat (1974), Pas bertanding sebagai parti komponen BN dan pada masa itu tidak timbul isu kafir mengkafir. Ini jelas menunjukkan fatwa yang dibuat Dewan Ulama Pas Kelantan itu adalah untuk kepentingan politik semata-mata.

Bagaimana isu kafir mengkafir timbul semula?

ABDUL RAHIM: Pada Disember 1977, Pas kembali menjadi parti pembangkang. Kemudian, satu pilihan raya kecil diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu pada Julai 1979. Isu kafir mengkafir timbul semula. Menjelang pilihan raya kecil itu, seorang pemimpin Pas, Mustaffa Abu Bakar mula mengeluarkan fatwa kafir mengkafir dalam satu ceramah di Kampung Keruak, Ulu Besut, Terengganu.

Beliau berkata, sembahyang berimamkan orang BN tidak sah. Sembelihan orang BN tidak boleh dimakan. Nikah yang dilakukan oleh jurunikah BN tidak sah. Kalau ada hubungan kelamin hukumannya berzina. Kalau dapat anak, anak itu anak luar nikah.

Maka, berkumandanglah semula fatwa kafir mengkafir setelah Pas berhenti menjadi parti komponen BN. Fatwa itu telah diterima oleh ahli-ahli pas dan penyokong mereka sehingga mencetuskan kejadian-kejadian berikut: solat fardu Maghrib dan Isyak, solat sunat terawih dua imam, solat fardu Jumaat dua kali di masjid yang sama, solat fardu Jumaat di Kelab Pas yang tidak diiktiraf jabatan agama, akad nikah semula suami isteri yang telah dinikahkan oleh kadi kerajaan dan mengadakan tanah perkuburan berasingan untuk orang Pas. Ini telah merebak di Terengganu selain di Kelantan.

Abdul Hadi hanya mengeluarkan amanatnya yang terkenal itu dan dipegang kuat oleh ahli-ahli Pas pada 7 April 1981. Seperti dilaporkan Utusan Malaysia pada 27 Disember lalu, Nik Abdul Aziz meminta Abdul Hadi agar jangan berubah dengan pendiriannya dan jangan menarik balik amanatnya.

Tidakkah ini ertinya Nik Abdul Aziz bersekongkol dengan Abdul Hadi dalam hal Amanat Haji Hadi?

Berdasarkan kepada pengalaman Tan Sri semasa menerajui PDRM, apakah kesan Amanat Haji Hadi kepada keselamatan negara?

ABDUL RAHIM: Bagi negara kita, ada dua aspek ancaman keselamatan sebenarnya, iaitu angkara kumpulan ekstremis kiri dan ekstremis kanan. Ekstremis kiri digolongkan sebagai komunis. Kumpulan ekstremis kiri di negara ini, Parti Komunis Malaya (PKM) berhasrat menggulingkan kerajaan, merampas kuasa politik secara kekerasan dan setelah berjaya, menubuhkan sebuah republik komunis. Keadaan ini telah lega sepenuhnya hasil perjanjian damai dengan PKM pada 1989.

Ada dua jenis ekstremis kanan yang diberi perhatian oleh pihak berkuasa iaitu yang bersifat keagamaan dan bersifat perkauman.

Ekstremis keagamaan merangkumi penganut semua agama di negara kita.

Contohnya, kegiatan mana-mana kumpulan agama yang mahu mencapai kuasa politik melalui rampasan kuasa dan pertumpahan darah. Pada hemat saya, jika kumpulan Ibrahim Libya itu tidak dibasmi di peringkat awal, ia boleh menjadi lebih besar dan lebih mengancam keamanan. Ibrahim Libya mempunyai keperibadian dan iltizam yang kukuh untuk sesuatu gerakan ke arah itu.
-mingguan malaysia

Orang Islam memang macam buih...masih tak sedor diri lagi!


Di atas ialah gambar Pak Harto @ Presiden Indonesia, Bapak Suharto menandatangani perjanjian dengan pihak IMF diperhatikan oleh Pengarah Urusannya, Michel Camdessus pada tahun 1997. Akibatnya, rakyat Indonesia merana hingga ke hari ini menanggung beban hutang.

Gambar bawah ialah Pak Nik Ajis entah tengah buat aper tu, tetapi diperhatikan oleh pengarah-pengarah kafir harbi yang senyum simpul kerana dapat meranapkan tanah-tanah Melayu di negeri Kelantan....sampai kiamat pun tak kan dapat balik tanah tuuu....!!!


LUANGKAN SEDIKIT MASA, SAKSIKAN SENDIRI VIDEO PANASSS INI...

Lelaki mati makan telur mentah 28 biji



Dah takde keje ker aper budak ni. Banyak mende lain boleh dimakan, ini telur mentah ditibainya, dah macam biawak pulak.

Seorang lelaki dari Kairouan, Tunisia, DHAOU FATNASSI berumur 20 tahun mati serta merta setelah menghabiskan makan 28 biji telur ayam mentah. Dia yang bertaruh dengan rakannya, sanggup menyahut cabaran, pada awalnya sanggup memakan 30 biji telur ayam mentah dan rakannya akan membayar jumlah wang pertaruhan kepadanya.

Malangnya belum sempat habis 30 biji, FATNASSI secara tiba-tiba rebah pada telur yang ke 28 kerana sakit perut yang amat sangat. Dia terus dikejarkan ke hospital tetapi meninggal sebaik tiba di sana.

Sepanduk banjir di Kelantan memang ada kebenarannya


Keadaan banjir di dua negeri di Pantai Timur semakin pulih dengan jumlah mangsa keseluruhan di Terengganu dan Kelantan seramai 3,171 orang berbanding 16,083 malam tadi.

Menurut Portal Banjir Negeri Terengganu, jumlah mangsa yang masih berada di pusat penempatan banjir sehingga pukul 8.30 pagi ini adalah seramai 2,617 berbanding 15,529 petang semalam.

Menurut portal itu lagi, empat daripada tujuh daerah yang mengalami banjir telah pulih dengan daerah terbaru Hulu Terengganu.

Mangsa yang masih berada di pusat penempatan ialah Dungun 1,915 melibatkan 549 keluarga, Kemaman 557 orang (156 keluarga) dan Kuala Terengganu 145 orang (31 keluarga).

Sementara itu, 11 pusat penempatan masih beroperasi iaitu Dungun (tujuh), Kemaman (tiga) dan Kuala Terengganu (satu).
-Bernama

Macam-macam : Kena potong lidah kerana enggan masuk Islam



Dua ekstremis Islam didakwa telah memukul dan menghiris lidah seorang pelajar India di Jerman gara-gara menolak pelawaannya masuk Islam.

Jurucakap polis, Frank Piontek menyatakan dua ekstremis agama itu menyerang dan membelasah pelajar berusia 24 tahun itu. Kejadian berlaku di bahagian barat bandaraya Bonn.

Mereka menyerang pelajar di sebuah jalan pada tengah malam awal minggu ini dan memaksa pelajar berkenaan menganut agama Islam. Setelah menolak, dia dipukul dan lidahnya dihiris dengan pisau. Setakat ini pihak polis masih belum mendapatkan kenyataan penuh daripada mangsa yang masih dirawat di hospital.

BIG DOG bukan blogger, it's a Dog...

Miss Universe 2012 : Wanita-wanita tercantik di dunia


Pemenang bagi pertandingan ratu cantik Miss Universe 2012 yang berlangsung di Las Vegas baru-baru ini  ialah gadis berumur 20 tahun, Olivia Culpo dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan warga AS yang pertama memenangi pertandingan ini sejak 1997.







4 maut kapalterbang Rusia patah 3


RIA Novosti melaporkan seramai empat penumpang telah terbunuh apabila kapalterbang Rusia, TUPOLEV TU-204 terlajak di landasan Vnukovo Moscow dan terbakar semalam. Maklumat awal mendakwa kesilapan juruterbang dikatakan sebagai punca kemalangan ini.

Hanya lapan penumpang berada di dalam pesawat yang mampu memuatkan sehingga 200 penumpang ini dan kesemuanya merupakan anak kapal yang tiba dari Republik Czech. Sementara itu, Perdana Menteri Rusia, Dimitry Medvedev mengarahkan penubuhan segera suruhanjaya siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar nahas pesawat milik Red Wings yang berpengkalan di Moscow ini.

Hj. Hadi toksah nak mengada-ngada dan banyak cikadak



Kalau ikhlas nak menyelamatkan umat daripada terus sesat dan berpecah belah, toksah lah mengada-ngada nak tunggu RTM dan TV3. Buat ajelah slot sendiri gunakan pelbagai medium internet dan komunikasi yang lain. Bukannya PAS takde TV sendiri, dan puak-puak pembangkang ni memang selalunya ada macam-macam media yang mereka gunakan. Jangan terus bagi alasan untuk mengelirukan rakyat. Mengaku sajalah atas kesilapan sendiri mengeluarkan fatwa telah memecahbelahkan umat Islam negara ini. PAS jangan macam-macam....
......
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu Amanat Haji Hadi.

Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.

"Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman.

"RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV," kata beliau kepada pemberita ketika menyaksikan persiapan dan raptai Majlis Rumah Terbuka Krismas 2012 dan sambutan Tahun Baharu 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Pagi tadi di Marang,  Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.


Pemimpin tertinggi Pas itu berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan Umno supaya masyarakat dapat menilainya.

Pada masa sama, Hadi berkata,  beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.

Mengulas lanjut hasrat Hadi itu, Rais  berpandangan kenyataan yang dibuat pemimpin Pas itu pada 1981 perlu mendapat penilaian daripada pihak lain memandangkan isu akidah itu telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Pandangan mufti lain pun harus dipertimbangkan di samping penilaian pihak Jakim dan pihak berkuasa lain dalam soal akidah," jelasnya.

Meskipun Rais dilihat secara terbuka menerima hasrat Hadi itu, namun penyiarannya mungkin dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan.

"Saya kira itu tidak jadi masalah tetapi hanya panjang pendeknya terpaksa dilihat dari sudut praktikaliti penyiaran di RTM," katanya.

Saturday, 29 December 2012

FASHA SANDA sambut TPM di Keningau


PERSIDANGAN Perwakilan Ke-15 Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang berlangsung di Dewan Masyarakat Keningau, SABAH hari ini menerima suntikan semangat dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah.

TPM yang menyampaikan ucapannya selepas Presiden PBRS, menyatakan penghargaannya kepada PBRS serta rakyat Sabah umumnya yang terus setia bersama kerajaan Barisan Nasional membangunkan negara dan mengharungi cabaran politik negara masa kini. Rakyat turut dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan mereka yang datang merosakkan pemikiran rakyat, menipu serta memecahbelahkan perpaduan penduduk.












Friday, 28 December 2012

TAHNIAH! PTD MUDA AGEN TRANSFORMASI KERAJAAN


Pengarah Projek bagi program interaksi Timbalan Perdana Menteri bersama Pegawai-pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) muda, MUHAMMAD HARIFF AHAMAT, 27 tahun, menyatakan begitu terujanya pegawai-pegawai muda PTD dapat bertemu serta berinteraksi dengan TPM pada pagi ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Menurutnya, rata-rata daripada para peserta yang hadir  sangat fokus dan memberikan respons yang begitu positif dengan program ini tambahan dengan perkongsian pengalaman TPM sendiri yang berceloteh panjang dari pagi hingga ke tengahari.

Melalui pemerhatian, jelas kelihatan persefahaman dan kerjasama semua pihak dalam PTD yang terlibat telah memberikan sokongan serta dokongan dalam memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Kehadiran lebih kurang 1,300 pegawai-pegawai PTD dari pelbagai kementerian seluruh negara termasuk juga lebih 400 orang peserta kursus Diploma Pengurusan Awam yang merupakan syarat wajib bagi PTD muda mengikutinya dan lulus untuk disahkan dalam jawatan masing-masing.

Selain berkongsi pengalaman peribadi dan pengalaman serta kejayaan Malaysia menguruskan negara dan menangani pelbagai krisis,  TPM turut menyampaikan nasihat-nasihat berguna sebagai pedoman kepada pegawai muda PTD ini kerana mereka merupakan agen tranformasi negara. Maka itu seharusnya mereka lebih progresif, berpengetahuan tinggi, resourceful, bersemangat dan sentiasa positif terhadap segala cabaran.

TPM turut memuji para pegawai muda yang hadir dengan mengatakan mereka bukan setakat penjawat awam biasa ataupun  semata-mata civil servant, sebaliknya mereka juga adalah golongan profesional yang terpelajar, berkemahiran tinggi dalam bidang masing-masing. Mereka harus berfikiran di luar kotak dan terus mendokong aspirasi negara sebagaimana yang telah disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia demi  terus membawa negara ini ke mercu kejayaan yang lebih besar.

MUHAMAD HARIFF AHAMAT yang berasal dari Ampang merupakan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri. Beliau mula menyertai PTD pada 10 Oktober 2008 di Unit Penyelarasan , ICU, Jabatan Perdana Menteri, PUTRAJAYA.

Tahniah kepada semua PTD muda...