Followers

Digital clock

Tuesday, 1 January 2013

13 angka sial : Takde maknanya tahun baru kalau BN kalah..


Kehadiran 130,000 orang pengunjung ke kawasan Dataran Merdeka bagi menyambut countdown tahun baru 2013 malam tadi turut diserikan dan dimeriahkan dengan kehadiran jelitawan Miss Tourism dari 56 negara yang sama-sama menghitung detik akhir sebelum munculnya 2013. Kata-kata semangat dan tiupan lagu jiwa untuk rakyat Malaysia begitu gah disampaikan melalui pantun eksklusif daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri berbunyi;

Fajar 2013 bakal menyinsing
Memancar sinar seribu impian
Dengan tekad kita bersaing
Negara maju dalam gengaman

Memancar sinar seribu impian 
Cerlang cahaya menghias angkasa
Berkat rakyat menjalin perpaduan
Aman negara makmur sentosa

Cerlang cahaya menghias angkasa
Berkat doa jalinan muafakat
Amatlah bertuah pemimpin berjasa
Memajukan negara menyejahterakan rakyat

Berkat doa jalinan muafakat
Menyemai budi bersulam harapan
Tanda kerajaan mendahulukan rakyat
Janji ditepati pencapaian diutamakan

Menyemai budi bersulam harapan
Warisan zaman kita kekalkan
Transformasi pasti mengukir kejayaan
Masa depan gemilang kita lakarkan

Warisan zaman kita kekalkan
Hidup makmur aman bahagia
Rakyat dan kerajaan berpisah jangan
Bahu membahu negara sejahtera

Memasuki tahun baru ini, semakin kencanglah degupan jantung, semakin terujanya jiwa mengenangkan pilihanraya yang bakal tiba. Maklumlah, ada yang baru sepenggal bergelar YB, dah tiba masanya nak kena penggal, kah kah kah...

Perlu diingat, tidak ada hari yang sial, atau bulan yang celaka kecuali manusia itu sendiri. Allah menjadikan setiap hari, minggu, bulan dan tahun itu penuh dengan rahmat dan berkatnya. Mungkin kesialan 2013 itu hanya sesuai ditujukan kepada mereka yang mengkhianat bangsanya, mereka yang meliwat kaumnya, mereka yang bertopengkan agama, mereka yang menyamakan agamanya dengan agama musuhnya, mereka yang mengkafirkan saudara seagamanya dan memecahbelahkan umat demi nafsunya.




No comments:

Post a Comment