Followers

Digital clock

Friday, 4 January 2013

Anuar Musa jangan jadi bangang, jangan main politik dalam sukan




Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa supaya tidak lagi mempolitikkan isu pembayaran ganti rugi penyerang Darul Takzim FC, Norshahrul Idlan Talaha atau 'Mat Yo'. 

Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, arahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya menghendaki Norshahrul menjelaskan bayaran ganti rugi sebanyak RM250,000. 
"Pembayaran yang diarahkan oleh FAM adalah sebanyak RM250,000 kepada KAFA, yang akan dibayar hari ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Tunku Ismail berkata, Norshahrul yang juga penyerang kebangsaan dan 'Pemain Paling Bernilai' Liga Super musim lalu sudah melantik peguam yang akan mengendalikan isu pembayaran ganti rugi itu. 

Katanya, Annuar perlu bertindak secara profesional di dalam bidang sukan dengan tidak mempolitikkan atau membesar-besarkan sebarang isu berkait perpindahan Norshahrul ke Darul Takzim FC. 

Semalam, Annuar membangkitkan isu pembayaran ganti rugi perpindahan Norshahrul daripada Kelantan ke Darul Takzim FC, dengan menyatakan KAFA sehingga kini belum menerima bayaran pampasan daripada pemain kebangsaan itu. 

Presiden KAFA itu turut menyatakan, kontrak Norshahrul dengan The Red Warriors masih berbaki 13 bulan dengan nilai kira-kira RM400,000. 
Tunku Mahkota Johor berkata, penyerang kebangsaan itu tidak perlu dijadikan 'kambing hitam' oleh mana-mana pihak untuk menjejaskan reputasi pasukan Harimau Selatan itu. 

Pasukan Darul Takzim FC dan Johor katanya, sentiasa bertindak profesional di dalam padang atau di luar dan tidak memburukkan nama mana-mana pasukan bola sepak lain. 

Selain Norshahrul, pemain kebangsaan yang menyertai Darul Takzim FC musim ini termasuk ketua pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim, Safee Sali, Azmi Muslim, Muslim Ahmad dan pasangan adik-beradik Zaquan Adha serta Aidil Zafuan. 

Johor yang berbelanja besar tahun ini turut membawa masuk bekas pemain kebangsaan Sepanyol, Daniel Guiza dan bekas pemain kelab Lazio, Simone Del Nero untuk menyertai pasukan Darul Takzim FC musim ini.
-Bernama

2 comments:

  1. From tan sri annuar musa FB : "Seorang rakan fb postkan lapuran KOMENTAR YTM TMJ terhadap kenyataan saya YG MEMINTA SAYA BERHENTI DRAMA,BERTINDAK MATANG DAN PROFESIONAL.Sebenar saya belum pernah membuat sebarang komen secara langsung terhadap presiden bolasepakk Johor itu kerana saya memandang tinggi dan hormat statusnya sebagai SEORANG ANAK RAJA BERGELAR TENGKU MAHKOTA.Namun hari ini saya TERPANGGIL MEMBERI REAKSI DAN juga ingin menegur PRESIDEN BOLASEPAK JOHOR agar jangan keterlaluan dalam berkata atau berbuat sesuatu kerana dalam sukan dan persatuan HANYA ADA SATU PERATURAN UNTUK SEMUA tanpa adanya beza berasaskan ras,warna kulit,pangkat atau keturunan..DALAM ISU MAT YO YG PATUT BERHENTI DRAMA DAN BERSIKAP PROFESIONAL ADALAH PRESIDEN PBNJ SENDIRI KERANA ISU MAT YO ADALAH ANTARA BELIAU DAN BEKAS MAJIKANNYA KAFA DAN BERKAIT KONTREK YG DI TANDATANGANI KEDUA PIHAK.....TEBUS kontrek tiada kena mengena dgn pihak ketiga (PBNJ)malah statement PRESIDEN PBNJ adalah bukti campur tangan dan inducement DILUAR PERATURAN DAN ETIKA OLEH JOHOR YG MENJADI PUNCA PERKARA INI..PBNJ hanya terkait isu PERPINDAHAN YG KITA TIADA HALANGAN MENGENAINYA BILA ISU TEBUS KONTREK OLEH MAT YO SELESAI....isu kontrek tak ada kena mengena dgn PBNJ..justeru tak perlu MEMBERI jawapan kononnya hari ini nak bayar rm250k dan KONONNYA FAM DAH PUTUSKAN jumlah tersebut .IA ADALAH PEMBOHONGAN!!FAM BELUM BUAT KEPUTUSAN..FAM MENETAPKAN KEDUA PIHAK KAFA DAN MAT YO MEMFAILKANNYA AFFIDAVIT UTK DI NILAI OLEH JK STATUS/JK RAYUAN..setakat yg kita tahu jk itu belum lagi berbuat demikian,kita belum dimaklum apa apa dan kita tunggu saja..TAK PERLU PRESIDEN PBNJ CUBA MENGGUNAKAN NAMA FAM..LIMIT RM250k yg dirujuk adalah limit bayaran PERPINDAHAN kiranya antara kelab gagal sepakat..namun ia tidak merujuk kpd JUMLAH PAMPASAN TERKAIT DARI INGKAR KONTREK ANTARA 2 PIHAK YG ADA PROSEDUR MENENTUKANNYA...jadi elok PRESIDEN PBNJ YG JAUH LEBIH MUDA DARI SAYA JUGA BELAJAR JADI MATANG,JGN BERDRAMA DAN MENGELIRUKAN FAKTA SERTA BELAJAR MERENDAH DIRI,SABAR MENGIKUT PERATURAN DAN BIARLAH BENAR BENARPROFESIONAL SEBELUM MAHU MENEGUR PERSATUAN ATAU ORANG LAIN....SALAM DAN TERIMA KASEH dari KOTA BHARU!!!" pemilik web rezabtanahmelayu.blogspot.com jangan jadi bangang, jangan main politik dalam sukan dan jangan nak jadi batu api dengan tajuk bodoh ni.

    ReplyDelete