Followers

Digital clock

Sunday, 13 January 2013

Apa guna himpunan puluhan ribu, kalau balik rumah takde air...


Kebelakangan ini masing-masing cuba tunjuk gah dengan jumlah crowd yang datang dalam sebarang himpunan. Tidak kira BN mahupun pakatan, trend mencapai sasaran tertinggi bagi majlis yang dianjurkan sebenarnya tidak memberikan impak yang jelas kepada sokongan pengundi. Rakyat yang susah tidak akan datang berhimpun, mereka masih susah dan terus susah, kesusahan yang tidak mampu diselesaikan dengan beramai-ramai turun ke jalanraya atau stadium.

Himpunan Selamatkan Nonok Shamsidar yang berakhir petang semalam malu sebenarnya kalau dikatakan sebagai berjaya. Tanyalah Mat Sabu dan Anwar Ibrahim, berapa sebenarnya kos yang habis dibelanjakan untuk mengumpulkan manusia yang datang di bawah jumlah sasaran dihajati itu. Cakap berdegar-degar macam taik bawah gelegar.

Umum maklum, tidak usah sebut rasuah, tetapi kos T-shirt yang sudah terlebih cetak, kos tambang, duit makan dan wang saku untuk peserta datang ke ibu kota semata-mata berhimpun mahu menafikan kemenangan parti Barisan Nasional yang semakin ketara menjelang PRU 13. Apakah hasil sebenar dari himpunan itu, tidak lain hanya sebagai sebuah pesta memenuhi nafsu individu, himpunan aman yang melanggar aturan serta kecelaruan dan kecamukan minda rakyat hasil hasutan berterusan. Ini jelas tidak akan membantu dalam proses pembinaan negara bangsa.

Rakyat yang susah dan dihimpit bebanan hidup tetap mengharapkan kerajaan yang memerintah terus membela mereka kerana mereka percaya hanya BN sahaja yang berupaya menyelamatkan masa depan anak-anak dan cucu mereka. Sesungguhnya mereka tidak sanggup menggadaikan apa yang ada kepada kepimpinan lain yang sudah diketahui tembelangnya, sudah terbukti temberangnya. 

Bersambung...

No comments:

Post a Comment