Followers

Digital clock

Tuesday, 15 January 2013

Askar Amerika mati pucuk, berbelanja lebih untuk ubat kuat seks



Tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan membelanjakan sejumlah dana yang besar bagi ubat-ubatan perangsang seks terutamanya mereka yang kembali dari bertugas di kawasan krisis disebabkan masalah psikologi berkaitan peperangan. Lemah tenaga batin mengakibatkan mereka sanggup berbelanja lebih untuk mengatasi masalah tersbut.

Kesihatan seksual adalah sebahagian daripada gambaran kesihatan sebenar seorang veteran perang. Kebanyakan veteran perang dikatakan berbelanja tiga kali ganda untuk ubat perangsang seks seperti VIAGRA dan LEVITRA dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini bernilai USD 72 juta bagi tahun 2012.

Jabatan Pertahanan AS sendiri membelanjakan lebih USD 380 juta bagi pembelian ubat perangsang seks dan USD 238 juta untuk ubat terapi testosterone dalam tempoh 10 tahun ini. Jika diambil kira nilai termasuk lain-lain ubatan jumlahnya lebih daripada apa yang dibelanjakan untuk helikopter Black Hawk, kereta kebal  Abrams, kapalterbang kargo mahupun peluru berpandu.

Peningkatan penggunaan ubat-ubatan perangsang seks ini jelas menggambarkan bahawa kebanyakan tentera yang pulang dari pertempuran samada di Iraq atau Afghanistan mengalami depresi dan post-traumatic stress disorder yang sememangnya menyebabkankebanyakan mereka menjadi lemah tenaga batin dan mati pucuk.

No comments:

Post a Comment