Followers

Digital clock

Saturday, 12 January 2013

Bacaan mudah HKR : BN tetap menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia


Beberapa hari mengkaji Himpunan Selamatkan Nonok Shamsidar sebelum dan selepasnya, membawa ramai penganalisis bersatu pendapat iaitu Barisan Nasional masih tetap akan menewaskan lain-lain parti lawannya semasa PRU 13. BN masih dan akan kekal utuh sebagai Kerajaan Persekutuan untuk penggal berikutnya, suatu hakikat yang masih cuba dinafikan oleh mereka yang hadir di Stadium Merdeka hari ini.

Ianya amat mudah dan jelas dilihat kalau kita faham maksud, isi hati keluhan dan denyut nadi rakyat. Majoriti rakyat jelas masih waras dan tidak terpengaruh dengan kegilaan turun atas jalan mengiikut budaya songsang yang tidak membawa sebarang kebaikan kepada pembinaan bangsa. Hanya sekadar melayan nafsu demokrasi basi yang merugikan anak bangsa dan watan.

Kehadiran 40,000 yang menyokong Shamsidar hari ini di Stadium Merdeka bukanlah suatu yang boleh dijadikan penanda aras tahap sokongan rakyat Malaysia seramai 28 juta orang. Jauh dari kebenaran kalau bilangan yang sedemikian itu mahu dikaitakan dengan KEBANGKITAN....jauh panggang dari api, melainkan satu manifestasi kecurigaan terhadap kemampuan diri sendiri menghadapi hukuman rakyat yang sebenarnya di hari membuang undi yang semakin hampir tiba.

UMNO dan BN tidak perlu risau kerana Himpunan Shamsidar jelas gagal. Walaupun PAS masih cuba berusaha menunjukkan kealiman, tapi siapakah di sekeliling mereka. Nilai seseorang melalui sahabat-sahabatnya.  The Silence Majority yang menyokong BN semakin meningkat saban hari, golongan atas pagar sedikit demi sedikit mula kembali kepada BN disebabkan meluat dengan tingkah laku pembangkang yang semakin tidak masuk akal dan gila nak berkuasa.

Percayalah...

BN akan terus mentadbir negara selepas PRU 13....Syabas dan Tahniah!

No comments:

Post a Comment