Followers

Digital clock

Sunday, 13 January 2013

Cabar pakatan : 10 kali lagi perhimpunan sebelum PRU 13 tidak akan mampu tumbangkan BN


Suatu kenyataan yang amat perit untuk diterima semua pencacai pakatan. Tidak dapat menerima hakikat bahawa terlalu banyak bezanya kerajaan BN pasca 2008 hingga ke hari ini, kesan positif ke atas ekonomi dan kesejahteraan rakyat melalui program-program telus dan ikhlas yang dibawa Najib, perubahan sikap dan gaya kepimpinan yang benar-benar berubah. Ianya memang menjadi dan sangat membantu rakyat yang memerlukan, janganlah dinafikan.

Tindakan pembangkang menyangkal apa jua pembaharuan serta kebaikan yang dibawa oleh Najib untuk rakyat selama ini sebenarnya tidak berupaya menahan aliran naik sokongan rakyat kepada BN hari demi hari berbanding era sebelum PRU 2008. BN dahulu lain, BN sekarang lain...Rakyat tidak mampu dibutakan oleh pembangkang dengan sajian fitnah sahaja sedangkan pada masa yang sama BN terus bekerja keras membantu rakyat ke setiap ceruk tanahair tanpa jemu.

Buatlah 10 kali pun himpunan aman, bayarlah berapa juta sekalipun untuk kumpul berjuta pencacai, namun hakikat sebenarnya majoriti rakyat Malaysia akan tetap memilih kerajaan hari ini yang sentiasa dinamik dan bergerak bersama rakyat menuju ke sebuah negara yang lebih makmur.

Terimalah hakikat bahawa Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi, Nik Ajis sudah tersasar jauh dan DAP sudah melampau-lampau.

BN dahulu lain, BN sekarang lain...


No comments:

Post a Comment