Followers

Digital clock

Wednesday, 9 January 2013

Dalam pada UMNO-PAS bertelagah isu kalimah, 1 juta rakyat Syria kebulur



Itulah permainan musuh-musuh Islam sebenarnya. Akhirnya Islam sesama sendiri berselisih pendapat, bersengketa dan berpecah, tiada kekuatan. Maka mudahlah mereka menjalankan agenda mereka.

Program Makanan Sedunia UN (UNWFP) hari ini mengumumkan tidak lagi berupaya memenuhi keperluan makanan yang terdesak oleh penduduk Syria yang kelaparan disebabkan situasi keselamatan yang tidak terjamin di sana.

Cuaca sejuk musim ini memang menambah kesengsaraan sejuta rakyat Syria yang masih menderita akibat pergolakan dan perang saudara hampir dua tahun ini . Jurucakap UN, Elisabeth Byrs berkata mereka bekerjasama dengan rakan-rakan dari Palang Merah Arab Syria namun tidak mampu mengembangkan operasi ke kawasan-kawasan yang memerlukan mereka termasuk Aleppo, Homs, Tartus dan Qamisly disebabkan pertempuran antara dua pihak yang masih berterusan.

Krisis Syria yang berpanjangan setakat ini telah membunuh lebih 60,000 nyawa juga menyebabkan rakyatnya bertempiaran melarikan diri ke Turki, Lebanon dan Jordan ataupun ke Mesir, Walaupun lebih 400,000 pelarian Syria telah mendaftar dengan pihak UN dan kerajaan Turki, jumlah sebenarnya ditaksirkan lebih dari itu.

p/s : Tengok gelagat pemimpin PAS...huh! (speechless)




No comments:

Post a Comment