Followers

Digital clock

Sunday, 20 January 2013

Gempar! Tarikh PRU 13 : 22 Februari 2013 bubar Parlimen


Maklumat yang baru REZAB Tanah Melayu terima melalui WhatsApp seorang rakan di Nigeria iaitu Parlimen Malaysia akan mula dibubarkan pada hari Jumaat, 22 Februari 2013 manakala hari penamaan calon sudah ditetapkan pada Sabtu, 16 Mac 2013. Sehubungan itu juga, hari membuang undi PRU 13 jatuh pada hari Sabtu, 30 Mac 2013.

Entah ye entah kan tidak, tidaklah dapat dipastikan oleh sesiapa. Namun hakikatnya semua jentera sudah penat, cybertrooper sudah letih, dan pembangkang pun sudah kekeringan isu untuk melawan incumben Barisan Nasional yang dijangka akan terus menerajui sistem pemerintahan negara ini sejurus selepas PRU 13 nanti. 

Pada masa yang sama, Selangor dan Kedah hampir pasti akan kembali kepada BN disebabkan kerancakan kepimpinan BN mempertingkatkan usaha membantu dan membela rakyat di kedua-dua negeri tersebut, selain kepincangan serta kelemahan ketara kerajaan gerombolan pakatan yang asyik berpolitik semenjak mereka diberi peluang memerintah.

Pesanan dari REZAB : Kemenangan parti BN dengan majoriti 2/3 lebih pasti melalui kesepakatan dan perpaduan keseluruhan ahli dan penyokong UMNO/BN dan semua parti komponennya.

No comments:

Post a Comment