Followers

Digital clock

Thursday, 3 January 2013

Hari-hari terakhir seorang MB


Mungkin waktu dan ketika ini, MB Selangor yang berserabut itu sudah bersiap-siap, mengemaskan pejabatnya. Bukan lama lagi pun nak duduk kat situ. Mana-mana fail dan dokumen sulit tentang projek-projek selama beberapa tahun kebelakangan ini sudah boleh masuk mesin shredder untuk dirincih. Jangan berangan-angan lagi untuk duduk situ bagi penggal kedua. Rakyat dah menyampah!

Maklumlah, mendapatkan reaksi rakyat di kawasan-kawasan yang diwakilinya rata-rata merasa loya dan termuntah sebelum sempat mengeluarkan kata-kata bila diajukan soalan perihal dan perilaku MB, wakil rakyat dan ahli parlimen yang mana menyesal mereka memilihnya. Dia bukanlah pemimpin rakyat, dia juga bukannya pembela bangsa ataupun pemudahcara, sekadar kuda tunggangan DAP yang tidak dapat menyelamatkan kaumnya sendiri.

Umumnya rakyat Selangor juga meluat dan benci dengan politiking gerombolan pakatan yang tidak sudah-sudah mengelirukan rakyat walaupun isu-isu yang dihadapi boleh diselesaikan dengan cara yang lebih mudah dan cekap sekiranya ditadbirkan oleh Barisan Nasional. Kini, rakyat sudah tidak sabar-sabar mahu mengembalikan negeri Selangor kepada kepimpinan Barisan Nasional yang menepati janji dan membela nasib rakyat sejak azali lagi. 

TOLAK PAKATAN...

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN!

No comments:

Post a Comment