Seorang peniaga restoran sushi KIYOSHI KIMURA mencatat rekod apabila berjaya membeli seekor ikan tuna bersirip biru seberat 489 pound dalam lelongan awam untuk di jadikan sushi dan sashimi serta hidangan di rangkaian restorannya dengan harga RM 4.8 juta.
Lelongan ikan tuna pada setiap awal tahun baru merupakan tradisi di Jepun. Mereka juga menjadikan harga tertinggi yang mereka tawarkan itu sebagai publisiti percuma bagi perniagaan dan restoran mereka.
KIMURA mengakui bahawa walaupun harganya agak tinggi ia bertujuan memberi galakan kepada perniagaan di Jepun. Dengan ikan tuna sebesar itu, beliau mampu membuat 1,222 bahagian bersaiz standard tuna yang ditinkan. Sementara sushi yang diperbuat daripada bahagian terbaik tuna mampu dijual dengan harga RM 45 sehiris.



No comments:
Post a Comment