Followers

Digital clock

Thursday, 10 January 2013

Kapok! Minah Indon ke tali gantung edar dadah di KLIA



Seorang wanita warganegara Indonesia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana mengedar dadah seberat 1.9kg di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Rahim Uda menjatuhi hukuman itu selepas berpuas hati tertuduh, Angelica Bennet, 28, yang berasal dari Jakarta gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh menangis teresak-esak selepas mendengar hukuman itu.

Enam saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Wanita itu didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin seberat 1.6kg dan dadah jenis monoacetylmorphines seberat 289 gram di carousel A, Aras 3, balai ketibaan KLIA, kira-kira pukul 8 pagi pada 14 September 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum menurut Seksyen 39B (2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Jayaprakash Rao.
-Bernama

No comments:

Post a Comment