Pages

Digital clock

Wednesday, 30 January 2013

Lawak : Selangor ambil alih perkhidmatan air dalam 14 hari


Kita tengokkan aje lah MB punya cakap kosong ni. Kalau boleh selesai masalah rakyat baguslah, jangan cakap berdegar-degar macam taik bawah gelegar. Yang penting rakyat, dah bosan mereka dengan mainan politik MB. Dah banyak kali rakyat Selangor kena bohong, bukan sekali, bukan dua kali. Kali ni lagi sekali kita tengokkan jer lah...

Cakap nak ambil alih mudah, tapi sanggup ker kerajaan negeri Selangor bayar ikut harga pasaran, sanggup ker bayar ikut harga semasa. Jangan kemudian nanti tuduh kerajaan pusat bukan-bukan lagi. Jangan cuma main politik, nyawa dah sampai kat tenggorok tuuu... Ini syarikat ada pemegang saham, takde kena mengena dengan kerajaan BN, mereka mesti mahu harga bidaan yang sesuai, bukan macam harga tempe satu seringgit.
...
Kerajaan Selangor akan mengambil alih perkhidmatan air dalam tempoh 14 hari dan perkara itu telah pun dimaklumkan kepada Putrajaya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

"Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin untuk memaklumkan bahawa kita akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.

"Kita berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini yang menyatakan Kerajaan Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih perkhidmatan air," kata beliau dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya, dalam surat tersebut pihaknya telah memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas.
-sh

1 comment: