Followers

Digital clock

Sunday, 20 January 2013

Menyesal terjilat kaki DAP : Hj. Hadi tak pedulikan Hj. Karpal lagi



Memandangkan pilihanraya yang tidak berapa lama lagi, ditambah pula dengan kecelaruan parti PAS akibat hinaan DAP, Hj. Hadi sebenarnya tidak mampu lagi berdolak dalik melainkan tetap akur dengan keputusan Majlis Syura demi menjaga sokongan ahlinya yang semakin susut akhir-akhir ini. Mungkin suatu yang tidak mampu dilakukannya ketika ini ialah mengaku kepada penyokong dan pencacai akan kesilapannya terjilat kaki DAP dan tertelan ludah aljuburi.
...
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan tunduk kepada desakan DAP agar beliau mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika dihubungi di sini hari ini berkata, Abdul Hadi akan mempertahankan pendirian Majlis Syura itu walaupun jelas bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang.

Ahmad Samsuri menegaskan, beliau yakin dan pasti bahawa Presiden Pas itu tetap dengan pendirian serta keputusan yang telah diambil oleh Majlis Syura Ulama Pas tempoh hari berhubung isu itu.

"Saya pasti, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan keputusan rasmi yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama parti (Pas).

"Buat masa ini, beliau (Abdul Hadi) tetap dengan keputusan itu (Majlis Syura Ulama). Beliau tidak akan sekali-kali berganjak dengan desakan DAP itu," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu bagi pihak Presiden Pas berhubung gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.
-um

No comments:

Post a Comment