Followers

Digital clock

Thursday, 3 January 2013

Murid lelaki berebut awek ketika Menteri di depan kelas


Gelagat anak-anak masuk Tahun 1 memang seronok diperhatikan, macam-macam keletahnya. Menteri ada di depan kelas, boleh lagi dia orang tolak menolak sambil diperhatikan oleh seorang awek yang comel. Itulah antara rakaman aksi menarik ketika lawatan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke sekolah itu.

Menurut Dato' Hj. Nardin Awang, Setiausaha Politik kepada Menteri Pelajaran, lawatan kerja TPM yang juga Menteri Pelajaran ke Sekolah Kebangsaan Alam Megah 2, Seksyen 27, Shah Alam pada pagi ini adalah bertujuan meninjau sendiri tahap persiapan sekolah menerima kemasukan murid-murid Tahun 1 dan Pra-Sekolah bagi sesi 2013 yang baru bermula.

Terima kasih kepada Guru Besar, guru-guru dan semua kakitangan sekolah yang bertungkus lumus dalam memastikan anak bangsa terus menerima pendidikan yang sempurna dalam suasana persekolahan yang teratur dan selesa di bawah kerajaan Barisan Nasional.












No comments:

Post a Comment