Followers

Digital clock

Tuesday, 22 January 2013

Najib masuk Gaza hari ini temui pemimpin, rakyat Palestin



Datuk Seri Najib Razajk akan memasuki Gaza pagi ini waktu tempatan untuk lawatan kemanusiaan menemui pemimpin dan penduduk wilayah bergolak itu.

Beliau yang diiringi Datin Seri Rosmah Mansor adalah Perdana Menteri pertama negara menjejak kaki ke bumi Palestin.

Turut sama Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan Penasihat Agama, Datuk Abdullah Md Zin. 

Sejurus melepasi sempadan Rafah-Gaza, Najib akan disambut oleh Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh, sebelum meletakkan batu asas pembinaan Madrasah Al-Malaziah yang dibiayai oleh Malaysia dan pejabat baru perdana menteri. Beliau kemudian dijadual melawat pejabat lama Haniyeh yang musnah dalam serangan Israel bermula pada 14 November tahun lalu. Najib juga akan menemui barisan kabinet Gaza dan ahli parlimen kerajaan Hamas. 

Selepas itu, Najib akan diraikan oleh Haniyeh pada majlis makan tengah hari di Hotel Moovenpick.

Kemuncak lawatan ialah penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat daripada Universiti Al-Aqsa kepada Najib.

Sementara itu Rosmah akan melawat Hospital Kanak-kanak Nasser dan meletakkan batu asas pembinaan pusat trauma.

Beliau juga dijadual mengumumkan sumbangan RM4 juta untuk hospital berkenaan dan menemui kanak-kanak di hospital itu.

Najib tiba di Kaherah petang semalam waktu tempatan.

Selepas lawatan ke Gaza, beliau akan menemui Presiden Mohamed Morsi dan Perdana Menteri Dr Hesham Qandil. 

Malaysia juga akan menandatangani Perjanjian Komprehensif Kerjasama Ekonomi (CECA) dengan Mesir. Perdana Menteri kemudian akan berlepas ke Zurich, Switzerland untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos.
-bh

No comments:

Post a Comment