Followers

Digital clock

Monday, 21 January 2013

Pembangkang tolak bantuan awal persekolahan RM 100


Sudah tersebar desas-desus kebelakangan ini, golongan pencacai pembangkang tidak mahu menerima bantuan awal persekolahan berupa wang RM 100 untuk setiap anak-anak mereka yang bersekolah. Mereka sudah tahu dan mula merasa malu kerana kerajaan BN sebenarnya memang ikhlas mahu mengurangkan beban ibu bapa terutamanya di awal tahun bila sesi persekolahan mula dibuka dan banyak perbelanjaan diperlukan untuk setiap seorang anak yang bersekolah.

Bayangkan, RM 100 bagi setiap satu pelajar, jika ada 5 orang anak, sebuah keluarga itu sudah menerima sebanyak RM 500, jumlah yang bukan sedikit dan memang benar mampu sedikit sebanyak meringankan bebanan kewangan keluarga. Mereka menjadi malu alah dengan BN yang sentiasa prihatin dan membela nasib rakyatnya.

Belum lagi diambil kira Bantuan Rakyat 1Malaysia, BRIM sebanyak RM 500 dan lain-lain jenis bantuan. Akibat malu dikata kawan-kawan, akhirnya sebilangan puak pembangkang kali ini bertekad untuk tidak menerima sebarang bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment