Followers

Digital clock

Friday, 11 January 2013

Pistol GLOCK jadi pilihan tentera menggantikan Browning



Selepas lebih 50 tahun, akhirnya kerajaan mengambil keputusan untuk menggantikan penggunaan pistol Browning kepada GLOCK.

Sejumlah 25,000 unit pistol jenis GLOCK sudah dibeli oleh Kementerian Pertahanan Britain menggantikan senjata tradisional Browning yangg mereka telah gunakan semenjak era Perang Dingin lagi. Peningkatan di dalam kos menyenggara senjatapi lama menyebabkan kementerian mengubah strategi sistem pertahanan sedia ada iaitu selepas melakukan 40,000 das tembakan percubaan GLOCK sebelum pembelian yang melibatkan kos berjumlah RM 45 juta.

GLOCK yang kini lebih dipercayai oleh banyak negara juga merupakan senjata pilihan Hollywood bagi Die Hard dan Mission Impossible kerana ketepatannya dan mudah diuruskan. 

Berbeza dari segi prestasi, GLOCK 17, 9mm mengambil masa kurang dari sesaat untuk tembakan berbanding dengan Browning yang memakan masa hingga 4 saat sebelum meletup. Ia juga lebih ringan disebabkan diperbuat daripada plastik dan mampu diisi dengan lebih banyak peluru. Mula direkabentuk pada tahun 1982 oleh pengilang Austria GASTON GLOCK dan sehingga kini telah mengeluarkan lebih daripada 2.5 juta unit pistol Glock untuk pasaran dunia.
 



No comments:

Post a Comment