Followers

Digital clock

Saturday, 12 January 2013

Polis KL tak tidur, seronok sambut Hari Shamsidar



Seawal jam 4.00 pagi hari ini PDRM sudah mengerahkan pegawai dan anggotanya siap sedia di beberapa lokasi di bandaraya. Jam berapa mereka bangun tidur tidaklah diketahui, tapi ramai yang memberitahu mereka tidak tidur kerana seronok sangat menyambut ketibaan Hari Shamsidar.

Peruntukan Sek 7 Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) (Akta 736), menggariskan tanggungjawab peserta yang menghadiri perhimpunan seperti berikut:

1. Mengelakkan daripada menggendalikan atau menghalang mana-mana perhimpunan

2. Tidak berkelakuan secara menyakitkan hati atau menggunakan kata kesat terhadap mana-mana individu.

3. Tidak melakukan apa-apa perbuatan atau mengeluarkan kernyataan yang berbaur hasutan, bermusuhan dan mengganggu ketenangan orang awam.

4. Mematuhi semua undang-undang bertulis .

5. Tidak menyebabkan kerosakan kepada harta.

6. Mematuhi arahan yang diberikan oleh polis, penganjur , orang yang dilantik oleh penganjur untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur.



Kuasa Untuk Menyuraikan Perhimpunan

Menurut peruntukan Sek 21 Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) (Akta 736), seseorang pegawai polis boleh mengeluarkan arahan untuk bersurai dalam hal berikut:

1. Perhimpunan diadakan di suatu tempat larangan atau dalam jarak 50 meter dari had tempat larangan.

2. Perhimpunan itu ialah atau telah menjadi protes jalanan.

3. Mana-mana orang di perhimpunan telah melakukan apa-apa perbuatan, mengeluarkan kernyataan yang berbaur hasutan, bermusuhan dan mengganggu ketenangan di kalangan orang awam.

4. Mana-mana orang di perhimpunan melakukan mana-mana kesalahan di bawah undang-undang bertulis

5. Peserta perhimpunan tidak mematuhi sekatan dan syarat yang dikenakan di bawah seksyen 15 APA 2012

6. Peserta perhimpunan yang terlibat dan akan terlibat dalam perhimpunan melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang, perbuatan tidak senonoh dan keganasan terhadap orang awam dan harta.

Sekiranya perkara-perkara yang dinyatakan di atas berlaku, Pegawai polis pada masa itu boleh menjalankan kuasa yang ada untuk menyuraikan perhimpunan dengan menggunakan SEGALA KEKERASAN YANG MUNASABAH.

HUKUMAN : Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan telah melakukan kesalahan dan boleh disabitkan denda tidak melebihi RM20,000.00.

No comments:

Post a Comment