Followers

Digital clock

Wednesday, 9 January 2013

Sedor diri sikit: Kita larang bukan Islam guna nama Allah, tapi berapa kali sehari kita sebut nama ALLAH...



Suatu keistimewaan apabila dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam. Ianya adalah anugerah Allah ke atas kita yang sepatutnya disyukuri. Syukur dengan nikmat Islam walaupun menerimanya hanya melalui warisan ibu bapa.

Kita begitu marah bila bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah. Ya, kita memang patut marah. Kita memang patut pertahankan bahawa hanya Islam sahaja berhak menggunakan kalimah Allah sebab tuhan kita hanya satu, Allah yang esa. Tidak seperti mereka ada beberapa orang Tuhan. Penerimaan menggunakan kalimah Allah memang jelas akan mengelirukan umat Islam sendiri dan usaha menyesatkan generasi Islam akan datang oleh musuh-musuh Islam semakin mudah nampaknya.

Namun dalam kegilaan mempertahankan kalimah suci ini, sedarkah kita, berapa kalikah dalam sehari anda menyebut nama Allah. Adakah 100 kali, atau 1,000 sebagai zikir munajat mengabdikan penghambaan kita kepada yang maha suci. Ingatlah...

No comments:

Post a Comment