Followers

Digital clock

Tuesday, 8 January 2013

Sehari suntuk Muhyiddin di Negeri Sembilan hari ini


Pagi-pagi buta lagi, Timbalan Perdana Menteri dah sampai di Seremban hari ini. Acara lawatan kerja sehari di Negeri Sembilan bermula dengan perjumpaan tertutup Barisan Nasional NS yang diadakan di Wisma UMNO sebelum TPM menemui JKKK dan pemimpim-pemimpin tempatan serta Ahli Majlis PBT di Kelana Resort, NS.

Pada sebelah petangnya pula, beliau akan hadir dalam program Ramah Mesra Bersama Rakyat di Stadium Majlis Daerah Jempol, Bahau, NS serta minum kopi bersama penjaja-penjaja di pekan Bahau.

Sebelah malam pula, TPM dijangka bersama 45,000 rakyat jelata berhimpun di Kompleks Belia dan Sukan PAROI dalam majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia dan Pelancaran Gelombang Biru NS.

Warigh semuo ado turun nampaknya...

No comments:

Post a Comment