Followers

Digital clock

Tuesday, 15 January 2013

Sementara tunggu Sinuar Aljuburi mengelap kote guna tisu, lebih baik kita baca dulu tulisan Borhan


Melayu sudah hilang daya fikir?

Orang ramai yang hadir ke Countdown Himpunan Shamsidar di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, malam Jumaat lalu.

Jumaat malam yang lalu, saya terpaksa berhujan dan dihurung nyamuk di Padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Saya ditugaskan membuat liputan perhimpunan yang kononnya bagi memperjuangkan nasib rakyat yang sekian lama tidak diberi perhatian oleh kerajaan.

Ketika rasa bosan mendengar pidato politik oleh 74 individu yang dijemput, saya sempat melayari Facebook dan mengemas kini status menyatakan: "Check in at Padang Sultan Sulaiman. Apalah pula orang politik nak kelentong malam ini."

Sejurus itu seorang rakan baik saya sejak dari sekolah dan di kampung yang merupakan seorang pegawai kanan kerajaan telah memberi komen kepada status saya yang berbunyi: "Kalau puak sana tu dah lama kelentong di televisyen dan surat khabar murahan boleh pula."

Saya berasa agak terganggu dengan komen itu lantas membalasnya: "Kalau tidak kerana perjuangan surat khabar murahan ini, kita tidak merasa merdeka dan kau tidak merasa belajar di ITM yang hampir sepenuhnya percuma."

Seorang lagi rakan membalas komen itu dengan berkata: "Aku bersetuju dengan kau, memang tak sedar diri." Dan episod Facebook itu berakhir di situ kerana sahabat baik saya itu tidak memberi komen lanjut.

Selepas itu saya kembali memberi tumpuan kepada perhimpunan pembangkang untuk menggerakkan sejuta pengikutnya ke Stadium Merdeka pada keesokan harinya.

Seorang pekerja kilang wanita Melayu yang kononnya mewakili pekerja kilang seluruh negara tampil berucap dan dia hanya diberi masa empat minit sebagaimana pemidato yang lain. Isu yang dibangkitnya ialah tentang gaji minimum yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kononnya merupakan kejayaan perjuangan pihak pembangkang.

Melihatkan kepetahan dia berucap dia bukan calang-calang pekerja kilang, kerana pandai betul memutar belit fakta. Dia juga membangkitkan gaji yang dibayar oleh syarikat tempat dia bekerja terlalu kecil sehingga dia terpaksa bekerja lebih masa untuk memenuhi keperluan hidup.

Pekerja kilang itu juga menyatakan kekecewaan dengan kenaikan harga minyak yang disifatkan sebagai kejam dan tidak wajar.

Pekerja kilang berkenaan tidak sewajarnya meletakkan kesalahan terhadap kerajaan di atas kegagalan hidupnya. Kerajaan telah menyediakan pelbagai pusat latihan, bahkan diberi elaun untuk mengikuti latihan kemahiran supaya rakyat negara ini menjadi tenaga kerja mahir, sekurang-kurangnya dia bolehlah menjadi juruteknik dan bukan hanya operator pengeluaran.

Bukankah Perdana Menteri juga sering melaung untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan kejayaan itu tidak akan dapat dicapai dalam sekelip mata.

Menyalahkan kerajaan kerana kenaikan harga minyak dan bahan keperluan lain adalah perbuatan tidak bertanggungjawab kerana kerajaan telah melakukan pelbagai langkah bagi meringankan beban kos sara hidup termasuk memberi subsidi kepada barangan keperluan, termasuklah petrol. Itu belum lagi dikira pelbagai bentuk bantuan wang tunai dan baucar.

Kalau di Vietnam harga gas masak satu tong ialah RM74 dan saya rasa di Malaysia harganya lima kali ganda lebih murah. Begitu juga dengan harga petrol, ia langsung tidak disubsidi oleh kerajaan negara berkenaan sehingga rakyatnya tidak mampu untuk memiliki kereta peribadi kerana tidak sanggup menanggung kos petrol.

Di Padang Kelab Sultan Sulaiman malam itu sahaja jalan sesak dengan kereta para penyokong pembangkang dan sudah tentu mereka mampu membeli kereta kerana harganya berpatutan dengan pendapatan, manakala harga petrol pula berwajaran dengan situasi masa kini.

Jika membandingkan Malaysia dengan Vietnam nanti dikatakan satu perbandingan tidak bijak, jadi mari bandingkan dengan negara Jepun yang terpaksa menyuntik dana sebanyak AS$117 bilion untuk menyelamatkan ekonominya daripada dilanda krisis seperti Amerika Syarikat dan negara Eropah lain. Sedangkan di Malaysia dengan polisi yang bijak dan cukup berhati-hati kerajaan, kita terselamat daripada dibelenggu situasi yang sama.

Pengerusi majlis malam itu berkali-kali melaungkan kepada para hadirin bahawa polis juga kini bersama dengan pembangkang dan mereka tidak perlu bimbang apatah lagi bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Saari juga telah menyertai kem mereka.

Hakikatnya polis hanya menjunjung undang-undang. Oleh kerana perhimpunan malam itu mendapat permit dan mereka tidak melanggar sebarang peraturan yang telah ditetapkan serta tidak mengganggu ketenteraman awam, jadi mengapa pula polis perlu bertindak.

Ia berbeza dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang mana arahan telah dikeluarkan bahawa perhimpunan tidak boleh diadakan di Dataran Merdeka dan pihak terbabit masih lagi berdegil. Pun begitu polis tidak bertindak menghalang perhimpunan, sebaliknya hanya mengawal kawasan berkenaan.

Polis perlu menjaga kepentingan majoriti penduduk negara ini yang bukan berjumlah sekitar 100,000, tetapi mencecah 28 juta orang. Apabila para peserta perhimpunan mula menyerbu ke arah anggota polis, barulah tindakan diambil.

Seorang lagi pemidato ialah wanita Melayu, juga calon pembangkang yang kalah pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang, Johor terkenal dengan panggilan Cikgu Mala. Cikgu Mala mendakwa dia mewakili golongan guru yang sejak sekian lama menjadi mangsa dendam politik kerajaan Barisan Nasional.

Cikgu Mala memberi contoh suaminya ditukarkan ke sekolah lain semata-mata kerana dia bertanding pada pilihan raya kecil tersebut. Setahu saya, suaminya mungkin dikenakan tindakan tatatertib kerana mengambil cuti sakit palsu semata-mata untuk membantu Cikgu Mala berkempen pada pilihan raya kecil itu.

Paling saya terkejut ialah seorang ahli politik wanita pembangkang yang kalau ditulis namanya sudah tentu akan diheret saya ke mahkamah. Dia membicarakan isu penggunaan perkataan 'Allah' oleh penganut Kristian.

Dia memberi hujah yang dangkal dengan mengatakan penggunaan Allah oleh penganut Kristian tidak akan mengelirukan umat Islam kerana mereka menggunakan kitab yang berbeza. Dia mengakhiri pidatonya dengan melaung jeritan 'takbir' dan disambut pula oleh hadirin dengan laungan 'Allahhuakhbar'.

Bayangkan ahli politik itu bukan beragama Islam dan mempersendakan Islam dan Allah. Tetapi dia disambut dengan laungan memuji kebesaran Allah pemilik alam ini. Di mana letaknya akal dan fikiran mereka yang waras sehingga ke tahap serendah itu mereka meletakkan diri mereka.

Perhimpunan malam itu kononnya perhimpunan pelbagai kaum. Tapi yang saya lihat hanya pemidato sahaja daripada pelbagai kaum, tetapi yang hadir sepenuhnya Melayu dan beragama Islam. Saya berasa cukup hairan bagaimana mereka tidak berasa marah apabila orang lain mempersendakan agama mereka?

Inilah akibat ketaksuban yang melampau dan kebencian kepada kerajaan yang ditanam ke dalam lubuk sanubari sehingga mereka menjadi terlalu laih untuk berfikir dengan waras serta tidak dapat melihat di sekeliling padang tempat mereka memaki cerca itu terdapat Menara Berkembar Kuala Lumpur, Menara Kuala Lumpur dan pelbagai bangunan mencakar langit yang tersergam indah hasil daripada kebijaksanaan kerajaan sedia ada dalam mentadbir dan menguruskan negara.

Oleh BORHAN ABU SAMAH
pengarang@utusan.com.my

No comments:

Post a Comment