Followers

Digital clock

Sunday, 6 January 2013

TPM hantar wakil beri penghormatan terakhir kepada Kanang


Pagi ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengutuskan wakilnya Yang Berbahagia Datuk Hj. Yusoff SM Haniff, Setiausaha Politik beliau, untuk hadir memberikan penghormatan yang terakhir kepada mendiang Pahlawan Negara Datuk KANANG ak LANGKAU di Kuching, Sarawak.

TPM menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang. Semoga pengorbanan Datuk KANANG selama ini dalam mempertahankan negara menjadi contoh teladan generasi muda yang mewarisi negara ini.

Sementara itu, pengumuman oleh DAP bahawa berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan parti itu yang sekali gus mengembalikan wakil Melayu dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) menimbulkan persoalan besar terhadap integriti dan kredibiliti parti itu yang selama ini dicanangkan sebagai telus dan mempunyai kepelbagaian kaum.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, apa yang aneh secara kebetulan berlaku selepas DAP dikritik hebat apabila semua lapan calon Melayu yang bertanding tewas pada pemilihan parti itu, 17 Disember lalu.

Katanya, walaupun isu itu dilihat kecil tetapi implikasinya agak besar kerana pemimpin dan ahli DAP kini mula mempertikaikan sama ada sistem pemilihan parti itu benar-benar telus dan adil sehingga ada pihak mahu pemilihan semula diadakan.

"Amat janggal dan luar biasa, banyak orang tertawa pasal yang kena itu seorang calon Melayu. Jadi, kadang-kadang kita persoalkan waktu mana DAP pernah pertikaikan sistem pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya kita tidak telus dan tidak adil, tetapi sekarang banyak orang persoalkan adakah sistem pemilihan DAP itu telus dan adil.

"Kebetulan pula komen-komen sebelum itu ialah bagaimana DAP sebagai parti pelbagai kaum tetapi calon-calon Melayu kalah teruk dan kebetulan menang balik pula. Kalau yang satu itu begitu, mungkinkah orang tidak pertikaikan semua 20 yang lain terpilih mungkin kerana sebab-sebab yang lain," katanya pada satu sidang akhbar selepas bertemu dengan warga kerja Proton di kilang Proton di Proton City di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sekiranya UMNO melakukan perkara sama, sudah tentu akan dihebohkan ke seluruh dunia tetapi senyap sahaja apabila melibatkan DAP.

Menurut beliau, dalam amalan biasa pilihan raya umum atau pemilihan parti termasuk UMNO, pengiraan semula undi biasanya dilakukan pada hari yang sama undi dikira dan tiada siapa akan mempersoalkan keputusan atau meminta pengiraan semula selepas keputusan diumumkan.

"Yang ini (pemilihan DAP) sudah selesai, sudah makan tidur, sudah buang air dan semua sekali, lepas itu umum balik. Oh! Tersilap kira. Yang mana? Yang ini anak Khir Johari tersalah kira. Macam mana yang ini satu pula tersalah kira, Bagaimana dengan yang lain kalau kira balik undi boleh menang ke kalah," ujarnya.








No comments:

Post a Comment