Followers

Digital clock

Monday, 7 January 2013

YB paling cun diminati ramai penduduk


YB yang paling cun iaitu Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor memang tidak lekang dengan senyuman manisnya yang memikat ramai penduduk. Setiap kali beliau turun padang dan menziarahi penduduk-penduduk kampung dalam parlimennya, beliau akan disambut dengan mesra dan kehadirannya sering menyentuh perasaan terutamanya warga emas yang begitu sayangkan pemimpin mereka yang cun melecun ini.

Walaupun beliau sentiasa sibuk dengan pelbagai urusannya sebagai Ahli Parlimen, rakyat serta penduduk kampung yang kurang bernasib baik tidak pernah dilupakannya. Segala jenis bantuan serta sumbangan akan disampaikan kepada mereka tanpa mengira latarbelakang asalkan semuanya dalam kawasan pentadbiran beliau.

Dengan memegang prinsip rakyat perlu dibantu dan didahulukan, YB Dato' Noraini Ahmad sentiasa prihatin dan begitu komited sebagai Ahli Parlimen Parit Sulong. Semoga beliau terus dipilih sebagai calon yang boleh membawa kemenangan kepada Barisan Nasional.

Syabas, teruskan perjuangan membantu orang Parit Sulong!

FACEBOOK REZAB Tanah Melayu di SINI.




No comments:

Post a Comment