Followers

Digital clock

Thursday, 14 March 2013

Dari Lahad Datu : Kisah sniper wanita Sulu bersarang atas pokok sawit


Sebenarnya terlalu banyak kisah dan cerita yang timbul dari krisis di Lahad Datu. Ada kisah yang betul, ada kisah yang ditokok tambah dan tidak kurang juga cerita yang tidak betul. Pun begitu, sebagai rakyat marhaen kita boleh dengar semua cerita namun janganlah pula mempercayainya membabi buta sepertimana kepercayaan jumud PAS terhadap Mursyidul Am PAS mereka. Tidak juga kita taksub dan mempercayainya sebagaimana penyokong PKR yang dibutakan hatinya.

Tambah buruk lagi, janganlah kita memperlekeh tugas ATM dan PDRM yang menyabung nyawa mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat jelata sedang ada pihak lain yang cuba-cuba meraih laba politik. Kasihan mereka, gaji baru yang diumumkan pun belum sempat dinikmati oleh anak bini, balik rumah ditangisi, jasad terbujur kaku, sayu sendu, pembangkang terus main isu.

Kisah lanjut sniper wanita Sulu bersarang atas pokok sawit ini akan disiarkan selepas semua pokok sawit di Felda Sahabat itu ditebang.

Sekian terima kasih. 

No comments:

Post a Comment