Followers

Digital clock

Thursday, 31 January 2013

Artis Melayu tak pakai bra pergi shopping


Sebut jer artis Melayu bukan main laju korang klik yer...

Semalam masa admin jalan-jalan kat supermarket Target di Los Angeles, terserempak dengan Britney Spears yang hanya memakai baju jarang tanpa bra, menampakkan aset di dalamnya. Sudahlah gitu, pakai seluar pendek pun cuma cover sikit je bahagian bawah tuu...

Artis berumur 31 tahun ini dilihat baru saja selesai membeli-belah. Dia telah berpisah dengan tunangnya Jason Trawick sejak awal bulan ini dan kini hanya menumpukan perhatiannya kepada muzik dan rakaman terbarunya.

Tahniah abang polis, bengkel kereta curi Rawang diserbu


Sakit hati jugak dengar kisah kawan-kawan yang baru beli kereta beberapa hari dah kena curi. Punyalah susah kawan tu kumpul duit nak beli kereta, senang-senang penyamun tu sapu. Bukan setakat rugi wang ringgit, tapi patah kaki dibuatnya bila takde kenderaan.

Penyamun ni bukan setakat kereta baru, tapi kereta lama pun, asalkan nampak cantik sikit memang dia orang suka sakau, jual pada orang lain RM 5,000 jer. Cilakak betul, kita beli sampai berpuluh-puluh ribu, dia orang jual RM 5,000 jer.

HARI ini admin nak ucapkan tahniah atas kejayaan abang-abang polis yang berjaya bongkar kegiatan haram bengkel kereta curi di Rawang pada petang tadi. Sebuah bengkel kereta RENTAK FANTASI Sdn. Bhd. di Sg. Bakau Rawang yang diperiksa telah menemukan beberapa kereta termasuk Honda City dan Proton yang dilaporkan dicuri juga bersama-sama beberapa enjin kereta yang sudah diubahsuai nombor chasisnya. Bukan main sedap lagi nama bengkel dia, rupa-rupanya penyamun tarbusss.

Abang polis juga dilaporkan sudah menangkap seramai 6 orang suspek iaitu 4 lelaki India dan 2 lelaki Melayu termasuk pemilik bengkel tersebut semasa serbuan petang tadi.

Semoga kereta sahabat yang hilang itu akan dijumpai semula suatu hari nanti.

TAHNIAH abang polis, teruskan lah cari kereta curi....kami sokong abang polis!

SOKONGLAH PDRM...KLIK SINI

BN takde masalah kalau Selangor bubar DUN awal



Barisan Nasional (BN) tidak menghadapi masalah sekiranya kerajaan negeri Selangor hendak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal bagi diadakan pilihan raya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata BN bersedia untuk melaksanakan apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan dengan tindakan kerajaan Selangor itu.

"Saya tidak tahu benar atau tidak, dulu dia kata tak nak bubar, sekarang ni nak bubar. Saya tidak tahu apa maknanya itu, adakah maknanya kalau tidak ada pengumuman daripada perdana menteri mengenai pembubaran parlimen, Selangor akan adakan pilihan raya lebih awal.

"Dari segi perlembagaan, dia ada hak, di peringkat negeri, dia boleh nasihatkan Sultan, untuk dapatkan perkenan bubarkan DUN dan adakan pilihan raya, memang ada dalam perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Muhyiddin merangkap Timbalan Presiden Umno, yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini, kemudiannya mengadakan perjumpaan khas tertutup bersama pemimpin masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) di tempat yang sama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam bahawa kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Meh bulan depan.

Abdul Khalid berkata cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.

Muhyiddin berkata daripada segi pengurusan pilihan raya oleh SPR, adalah lebih baik pembubaran itu dibuat serentak memandangkan jika dibuat berasingan akan melibatkan guna tenaga dan perbelanjaan yang banyak.

"Contohnya, katakan dia buat dua minggu lebih awal, orang keluar mengundi, selepas itu dua minggu lagi orang turun sekali lagi keluar mengundi...SPR kena buat kerja sekali lagi...memang banyak belanja, kalau selang dua tiga minggu je, tunggu je lah apa salahnya, tak tahu apa tujuan (kerajaan Selangor itu)," katanya.

Mengenai kaji selidik Yayasan Ehwal Siswazah bertajuk "Kajian Maklum Balas Pengundi Mahasiswa" membabitkan 3,000 responden dari tiga universiti yang menunjukkan Najib paling popular dalam kalangan mahasiswa dan lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding pemimpin pakatan pembangkang, Muhyiddin berkata ini bermakna anak-anak muda termasuk mahasiswa memberi pandangan yang cukup tinggi kepada perdana menteri yang dipilih atas kewibawaan, keupayaan dan kebijaksanaannya.

Beliau berkata ini antara perkembangan baik yang berlaku dalam BN dan usaha akan terus dilakukan bagi menyakinkan rakyat bahawa BN bersungguh-sungguh untuk membantu mereka.

Mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa BN boleh menang majoriti dua pertiga pada PRU Ke-13, Muhyiddin berkata "kalau ada pihak berkata begitu baguslah tetapi bagi kami yang memimpin parti ini mempunyai cara sendiri untuk menentukan perkara tersebut".

"Kita tak kata boleh dapat atau tidak boleh dapat, saya fikir bila rakyat pergi mengundi mereka akan buat keputusan dan kita akan mengira, sekarang pun kita ada sistem membanci dan menilai tahap sokongan pengundi, kita tahu kedudukan kita tetapi tidak mahu menyatakan sebegitu nanti ada orang akan kata kalau begitu tak payah sokong BN, yang penting keyakinan BN sudah agak jelas," katanya.

Beliau menegaskan walaupun pelbagai dakwaan pembangkang, yang nyata kedudukan BN kini kuat.
- Bernama

Wednesday, 30 January 2013

Lawak : Selangor ambil alih perkhidmatan air dalam 14 hari


Kita tengokkan aje lah MB punya cakap kosong ni. Kalau boleh selesai masalah rakyat baguslah, jangan cakap berdegar-degar macam taik bawah gelegar. Yang penting rakyat, dah bosan mereka dengan mainan politik MB. Dah banyak kali rakyat Selangor kena bohong, bukan sekali, bukan dua kali. Kali ni lagi sekali kita tengokkan jer lah...

Cakap nak ambil alih mudah, tapi sanggup ker kerajaan negeri Selangor bayar ikut harga pasaran, sanggup ker bayar ikut harga semasa. Jangan kemudian nanti tuduh kerajaan pusat bukan-bukan lagi. Jangan cuma main politik, nyawa dah sampai kat tenggorok tuuu... Ini syarikat ada pemegang saham, takde kena mengena dengan kerajaan BN, mereka mesti mahu harga bidaan yang sesuai, bukan macam harga tempe satu seringgit.
...
Kerajaan Selangor akan mengambil alih perkhidmatan air dalam tempoh 14 hari dan perkara itu telah pun dimaklumkan kepada Putrajaya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

"Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin untuk memaklumkan bahawa kita akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.

"Kita berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini yang menyatakan Kerajaan Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih perkhidmatan air," kata beliau dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya, dalam surat tersebut pihaknya telah memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas.
-sh

Ini yang nak dengar ni...Mahasiswa yakin BN akan menang!



Golongan mahasiswa di negara ini yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kemenangan mereka pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU-13) nanti.

Hal ini berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Yayasan Ehwal Siswa (Yes) yang mendapati 63 peratus daripada golongan terbabit yakin BN akan terus diberi mandat oleh rakyat.

Pengerusi Yes, Datuk Mohd. Radzi Abd. Latif berkata, keyakinan tersebut turut disuarakan oleh kalangan mahasiswa yang berasal dari negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

Sementara itu, kajian tersebut juga mendapati, 59 peratus mahasiswa dari Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang mengakui Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin pilihan utama mereka sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Seramai 3,000 responden yang terdiri daripada mahasiswa yang mewakili seluruh negeri terlibat dalam kajian tersebut.
-um

Hebat : 5,000 warga British peluk Islam setiap tahun


Lebih separuh daripada mereka yang memeluk Islam akhir-akhir ini dari keturunan berkulit putih dan 75% daripada mereka adalah wanita. Ramai yang semakin tertarik dan jatuh hati dengan ajaran Islam dan meninggalkan pegangan Katholik yang mereka anuti sejak sekian lama.

Antaranya Jayne Kemp(gambar) dari Police Community Support Officer . Beliau gembira semenjak bersama Islam dan sentiasa mengenakan tudung walaupun semasa melakukan tugas rondaan keselamatan dan sering akan singgah di masjid apabila selesai syif tugasnya.

Begitu juga dengan kisah ibu tunggal, Devout Jayne yang memeluk Islam pada April tahun lalu dan menukar namanya kepada Aminah selepas memeluk Islam. "Pada mulanya saya sangka Islam itu sekadar memaksa kaum wanita menjadi hamba di dapur, namun saya silap bila mendapati bahawa Islam adalah cara hidup lebih sempurna, menjaga masa, sabar dan menghormati orang lain."

Anggaran 5,000 setahun memeluk Islam dari kalangan bukan Islam di Britain bukannya suatu angka yang sedikit. Sedangkan negara-negara Islam sendiri tidak mampu mentarbiahkan penduduk mereka yang bukan Islam, malah sanggup bersetuju dengan pandangan songsang sikafir DAP, perkembangan syiar Islam di Britain benar-benar mencemaskan pemerintah mereka yang bukan Islam.  

Walid Kuda merogol Siti jadi kes polis


Kadang-kadang tak terpikir pulak boleh berlaku mende macam ni, kuda merogol kuda lain hingga jadi kes polis. Tapi inilah dunia, macam-macam perkara boleh berlaku.

Di bawah ialah salinan laporan polis yang telah dibuat oleh pengadu di Balai Polis kerana kudanya mati dirogol.

Kah kah kah...kuda Arab rogol kuda Melayu, ini macam pun ada!

Sunday, 27 January 2013

Lanchiau lu laa...ini bukan setakat lidah cabang dua

Kimak betul...tukang kelentong kaki lelong tidak mengaku pulak. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kote, masuk youtube....kah kah kah!

Kalaulah pembunuh Sosilawati terlepas, dia pun mesti pergi Batu Caves


THAIPUSAM...Lebih sejuta pengunjung terutamanya penganut agama Hindu dijangka akan memenuhi ruang di Batu Caves dalam tempoh beberapa hari ini bermula Khamis lalu hingga esok. Itulah Malaysia, yang penuh dengan warna warni adat resam dan budaya. Setiap agama bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing, tidak ada halangan. Tapi janganlah berlebih-lebih, hingga mahu mencetak Bible dalam bahasa Melayu dengan menukar perkataan tuhan mereka kepada Allah dengan niat dan agenda tertentu, itu cari pasal namanya.

Masyarakat India di negara ini patut bersyukur dengan kepimpinan negara yang diterajui oleh Perdana Menteri, yang begitu prihatin dalam membela nasib rakyat negara ini tanpa mengambilkira latarbelakang etnik, keturunan mahupun politik. Pembelaan Barisan Nasional terhadap kaum India sememangnya amat jelas melalui peningkatan kadar belanjawan dan peruntukan khas bagi kaum itu di samping peluang-peluang yang dibuka luas bagi kaum India sama-sama nikmati baik dalam bidang pendidikan, ekonomi mahupun sosial.

Malam tadi, Timbalan Perdana Menteri pula mengumumkan serta menyampaikan cek bantuan kewangan berjumlah RM 1 juta untuk Kuil Mariaman, Batu Caves selain memaklumkan bahawa Perdana Menteri juga akan menambah lagi sumbangan dari kerajaan Barisan Nasional untuk aktiviti kuil tersebut.

Selamat menyambut Thaipusam kepada penganut-penganut Hindu...






Friday, 25 January 2013

Tak berbaloi JOHOR cuma menang 1-0 dengan PERAK


Kemenangan Johor Darul Takzim 1-0 ke atas Perak malam ini sebenarnya tidak memadai sama sekali dengan corak permainan hambar dan kurang menyengat. Berbanding bayaran serta pampasan yang telah dibelanjakan dengan begitu tinggi, pemain-pemain JOHOR nampaknya masih belum dapat menjiwai kesatuan pasukan mereka serta persefahaman tahap rendah sesama sendiri menyebabkan kurangnya koordinasi atas padang mengakibatkan peluang-peluang terbuka untuk menyumbat gol dibazirkan begitu sahaja. Ramai peminat sukan yang menjangka mutu persembahan menarik dari JOHOR masih kempunan dan tidak seperti yang mereka harapkan sama sekali.

Latih lagi lah kuat sikit....

Tahniah layak ke pusingan ke dua.

Bukan setakat Selangor penuh sampah dan langau, White House USA pun ada


Disebabkan lalat langau, Obama hilang sabar, samalah keadaannya seperti rakyat Selangor yang sudah hilang sabar dengan masalah sampah di negeri mereka.

Obama betul-betul terganggu dan jengkel dengan seekor lalat yang berlegar-legar di mukanya dan turut hinggap di bahagian dahi Presiden itu ketika beliau sedang asyik berucap di majlis pengumuman calon-calon yang akan menerajui Biro Perlindungan Kewangan Pengguna dan Suruhanjaya Sekuriti di Rumah Putih.

Minat lalat terhadap Presiden Amerika Syarikat ini telah beberapa kali berjaya dirakamkan oleh jurugambar sebelum ini samada dalam majlis-majlis rasmi mahupun ketika wawancara stesyen televisyen.





Bila tiba-tiba Ebby Ababi jadi pelakon porno...


UMNO mana boleh masuk syurga, hanya parti anutan Ebby Ababi sajalah sebenarnya yang layak, parti emak bapak dia pon tidaklah sehebat parti anutannya. Inilah antara ciri-ciri anak solehah yang dimiliki oleh ustazah mee segera Ebby Ababi yang mampu menunjuk ajar emak bapak masing-masing.  Tahniahlah..

Pembangkang hasut usung mayat ke Balai Polis dan arak satu bandar Kajang sebagai protes


Inilah keje pembangkang, cari isu  dan spin bagi rakyat keliru. Polis dituduh zalim sedangkan mereka yang melakukan jenayah dan kerosakan awam mahu diangkat sebagai hero dan dibela. Ketandusan isu menjelang pilihanrraya, kematian suspek Sugumaran merupakan peluang terakhir yang paling baik untuk pembangkang meraih simpati dari keluarga simati dan simpati masyarakat India. 

Ura-ura untuk mengusung mayat simati ke Balai Polis dan diarak dalam bandar Kajang pada Sabtu esok jangan sekali-kali dibenarkan kerana ianya semata-mata akan membakar semangat perkauman antara penduduk di bandar ini. Jika berlakunya rusuhan kaum disebabkan protes ini, adakah pembangkang sanggup mengambil tanggungjawab?



PENJELASAN KES KEMATIAN SUGUMARAN: KPD Kajang, ACP Ab Rashid bin Hj Ab Wahab telah menjelaskan hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian Sugumaran a/l Chelladury adalah "Coronary Artery Disease', Salur Jantung Tersumbat. Kes kematian ini telah disiasat di bawah Laporan Kematian mengejut. 

Beliau juga telah menjelaskan kejadian kes terjadi pada 23.1.13 jam 6.30 pagi, di mana Balai Pertanyaan Balai Polis Batu 14 Ulu Langat telah menerima panggilan telefon mengatakan terdapat seorang lelaki India sedang mengamuk dan merosakkan harta benda awam. Lelaki yang dimaksudkan adalah Sugumaran. 

Bertindak atas maklumat, pihak polis yang tiba di tempat kejadian telah mendapati Sugumaran sedang berjalan di tengah jalan sambil memegang sesuatu yang dipercayai besi. Pihak polis telah mengekorinya sejauh 2 km dan melihatnya merosakkan harta benda awam dari Taman Sri Nanding ke Taman Desa Raya hingga ke Taman Lagenda Suria. 

Apabila berada di Taman Legenda Suria, Sugumugam telah jatuh di tepi jalan, lalu polis dengan bantuan orang awam telah memegang dan menggarinya kerana masih bertindak agresif dan cuba bergelut sewaktu ditahan.

Selepas itu, pihak polis telah mendapatkan kenderaan untuk membawanya ke balai, akan tetapi telah mendapati Sugumaran tidak sedar diri dan disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang hadir di tempat kejadian.

Tembelang sudah pecah, PAS tidak ikut Anwar



Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib percaya pemimpin Pas tidak akan 'terikut-ikut' dengan pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tetap membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Tegas Harun, beliau sendiri tidak akan berganjak daripada pendirian menyokong keputusan Majlis Syura Ulama yang dibuat pada 13 Januari lalu bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam.

Menurut beliau, terpulang kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sama ada menerima atau menentang keputusan Majlis Syura Ulama berhubung perkara itu.

"Ikut suka dialah (Anwar). Kalau dia tak setuju atau sokong keputusan Majlis Syura Ulama, itu dia punya pasal. Tapi saya tetap dengan pendirian bersama-sama Majlis Syura Ulama yang memutuskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam.
-um

Thursday, 24 January 2013

PUTRAJAYA berselawat ke atas nabi...


Salam Maulidur Rasul...

Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Putrajaya pagi ini dengan kehadiran hampir 10,000 umat Islam turut diserikan lagi dengan keberangkatan tiba DYMM SPB Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Awal-awal pagi lagi peserta-peserta sudah berarak mengikut kontingen masing-masing sambil berselawat ke atas nabi menuju ke Dataran Putra. PUTRAJAYA hebat bergema selawat dengan penyertaan banyak Kementerian dan agensi-agensi awam dan swasta dalam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.





Wednesday, 23 January 2013

Pendekar PAGOH akan bersilat di Batu Caves


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan sama-sama hadir di majlis sambutan THAIPUSAM di Batu Caves pada hari Sabtu ini sebagai tetamu di samping jangkaan 400,000 orang ramai, pelancong dan penganut agama Hindu negara ini. Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel selaku wakil masyarakat India mengalu-alukan kehadiran orang ramai bagi memeriahkan keramaian tersebut.


Sumber asal di SINI

Tak payah promo gambar bogel pun orang datang jugak


Perjumpaan ini sangat penting.

Pertemuan ini memang mustahak.

Semua anak Johor yang sayangkan negerinya mesti datang.

Bukan setakat penuhkan kerusi, tapi bawa idea sekali.

Datang ramai-ramai.

Walaupun Menteri Besar tidak tahu malu, janda Selangor masih ada harapan...


Wong jek urip kok diapusi, brengsek tenan lho, mbien pak njalok kuoso omonge macem-macem tapine sak iki kabeh-kabeh wong tuek opo wong nom, opo bocah-bocah kabeh diapusi karo bapak menterine, kurang ajar tenan lho. Rondo-rondo Selangor pak njalok opo sing dijanji mbien sak uronge pilihanroyo sek ora entok malah digowo neng mahkamah arep digobloki wong urip, brengsek tenan lho ndok. Howalahhh... Kualat mengko lho, sesok nek arep ngundi, wes ojo dikeaie meneh.

Tapine rak opo...

Sak iki lah masane rondo neng Selangor ki kabeh tangi ndok, undi Barisan Nasional.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membatalkan saman 2,020 ibu tunggal berhubung tunggakan elaun untuk golongan itu seperti yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.

Pelajar 12 tahun gantung diri selepas dibuang dari sekolah



'Have a nice life mum': Itulah kata-kata akhir seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun, JORDAN GREEN yang menggantung dirinya hingga mati akibat kecewa dibuang sekolah. Tekanan perasaan yang dihadapi pelajar ini dikatakan telah bermula semenjak perceraian ibu bapanya dan kematian nenek kesayangan.

Berdasarkan rekod sekolah, dia juga pernah mengancam untuk membunuh diri di sekolah menyebabkannya digantung sekolah satu hari namun tidak memberi kesan terhadap perilakunya hinggalah digantung selama lima hari pula. Sikapnya menjadi bertambah buruk dan menimbulkan kemarahan di pihak sekolah yang akhirnya mengenakannya hukuman buang sekolah.

Dia mengadu dengan ibunya, Heidi Green sambil berkata, 'Have a nice life mum, I just feel like killing myself'." benar-benar mengotakan katanya dan akhirnya mengambil keputusan membunuh diri.

Hilang nur : Muka Anwar semakin hitam, kote semakin lembik...



Sudah letih hidup di bawah jajahan parti yang mengaku Islam, yang mendakwa membangunkan Islam sedangkan umat Islam semakin hari semakin berpecah belah, akhirnya majoriti rakyat Kelantan sedar dan semakin jelas dengan hala tuju serta wawasan kerajaan BN yang serius dalam membela nasib rakyat dan generasi akan datang di negeri budu itu. Usaha membawa bersama rakyat Kelantan dalam arus kemajuan sebuah negeri Islam moderate dalam perjuangan BN akan direalisasikan selepas PRU 13 ini dengan mandat rakyat yang diberikan semula kepada kerajaan BN.
...
Rakyat Kelantan menyambut baik tujuh projek besar yang diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan ke Kelantan dua hari lepas, kata Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata, rakyat di Kelantan sememangnya mengharapkan projek berimpak tinggi seumpama itu yang disifatkan mampu membawa transformasi kepada rakyat serta negeri itu sendiri.

"Pengumuman ini terbukti bukanlah janji kosong seperti yang didakwa sesetengah pihak kerana sebelum Najib mengumumkan projek ini, beliau telah mengarahkan beberapa kementerian dan jabatan untuk membuat persediaan melaksana projek.

"Perbincangan lanjut akan diadakan dengan Jabatan Kerja Raya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat serta jabatan-jabatan lain bagi memuktamadkan kaedah pelaksanaan dan hal-hal berkaitan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata, tujuh projek tersebut antaranya pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dijangka bernilai RM200 juta bakal menempatkan 5,000 pelajar dan perancangan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu.

Projek lain ialah pembinaan lebuh raya menghubungkan Kuala Krai ke Kota Bharu dan pembinaan rumah mampu milik sebanyak 1,000 unit di atas tanah seluas enam ekar di Kota Bharu.
-Bernama

Tuesday, 22 January 2013

Najib masuk Gaza hari ini temui pemimpin, rakyat Palestin



Datuk Seri Najib Razajk akan memasuki Gaza pagi ini waktu tempatan untuk lawatan kemanusiaan menemui pemimpin dan penduduk wilayah bergolak itu.

Beliau yang diiringi Datin Seri Rosmah Mansor adalah Perdana Menteri pertama negara menjejak kaki ke bumi Palestin.

Turut sama Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan Penasihat Agama, Datuk Abdullah Md Zin. 

Sejurus melepasi sempadan Rafah-Gaza, Najib akan disambut oleh Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh, sebelum meletakkan batu asas pembinaan Madrasah Al-Malaziah yang dibiayai oleh Malaysia dan pejabat baru perdana menteri. Beliau kemudian dijadual melawat pejabat lama Haniyeh yang musnah dalam serangan Israel bermula pada 14 November tahun lalu. Najib juga akan menemui barisan kabinet Gaza dan ahli parlimen kerajaan Hamas. 

Selepas itu, Najib akan diraikan oleh Haniyeh pada majlis makan tengah hari di Hotel Moovenpick.

Kemuncak lawatan ialah penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat daripada Universiti Al-Aqsa kepada Najib.

Sementara itu Rosmah akan melawat Hospital Kanak-kanak Nasser dan meletakkan batu asas pembinaan pusat trauma.

Beliau juga dijadual mengumumkan sumbangan RM4 juta untuk hospital berkenaan dan menemui kanak-kanak di hospital itu.

Najib tiba di Kaherah petang semalam waktu tempatan.

Selepas lawatan ke Gaza, beliau akan menemui Presiden Mohamed Morsi dan Perdana Menteri Dr Hesham Qandil. 

Malaysia juga akan menandatangani Perjanjian Komprehensif Kerjasama Ekonomi (CECA) dengan Mesir. Perdana Menteri kemudian akan berlepas ke Zurich, Switzerland untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos.
-bh

Pelacur Melayu belasan tahun giat cari makan di KL



Memiliki kerjaya dan mampu menyara hidup dengan pendapatan bulanan, ternyata tidak memadai bagi sesetengah wanita tempatan yang sanggup menjadi pelacur kelas atasan demi kemewahan.

Mengetepikan aspek moral dan agama, mereka ini bekerja secara sambilan dan hanya melayan pelangggan apabila ada masa terluang, namun apabila diberkas, ada yang mendakwa terperangkap dengan jerat sindiket.

Hakikatnya, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan, sindiket itu tidak memaksa wanita terbabit memperdagangkan diri, tetapi hanya mempelawa dengan jaminan upah lumayan.

Mereka bergerak menerusi orang tengah atau 'ibu ayam' atau 'mami' yang akan mencari pelanggan untuk wanita terbabit. Ada mami ini sebenarnya rakan kepada wanita berkenaan, katanya kepada Bernama di sini.

"Ada wanita yang sudah biasa dengan aktivitinya ini selalunya akan memaklumkan sendiri kepada mami sekiranya mereka mempunyai waktu terluang," katanya.

Berdasarkan serbuan sebelum ini, Abdul Jalil berkata, terdapat 'mami' yang sebenarnya merupakan pengusaha salun kecantikan dan menjalankan kegiatan tidak bermoral itu secara sambilan.

"Lazimnya kalau seorang pelacur memperoleh RM450, mami akan dapat komisen RM200," katanya menambah berdasarkan siasatan, seorang pelacur mengenakan caj antara RM450 dan RM800 untuk menjadi teman berhibur selama empat jam, serta minimum RM1,500 untuk hubungan seks.

Kegiatan itu yang membabitkan wanita berusia dalam lingkungan 18 tahun hingga 20-an itu dikesan di sekitar Lembah Klang, Johor Bharu serta Pulau Pinang dan bergerak secara eksklusif, membabitkan pelanggan elit dan profesional.

Mereka yang ditahan, sama ada terlibat atau menjadi ejen bagi kegiatan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan.

Statistik terkini D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan 2,772 wanita tempatan ditangkap terbabit pelacuran tahun lepas, berbanding 1,801 pada 2011, iaitu peningkatan 54 peratus.

Sebanyak 42,788 serbuan dijalankan tahun lepas dengan serbuan tertinggi di Johor Bahru iaitu 8,749 serbuan berbanding 7,288 serbuan pada 2011. Ini diikuti Kuala Lumpur (8,620); Selangor (6,663) dan Perak (5,426).

Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah), Jeevan S. Ramamurthy berkata, kos sara hidup yang tinggi bukan lagi faktor utama kegiatan pelacuran dalam kalangan wanita terbabit kerana sebahagian mereka mempunyai kerjaya.

Katanya, ada sesetengah terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu kerana terpengaruh dengan ajakan kawan yang mempunyai kenalan lelaki kaya.

"Sekali mereka terjebak, timbul rasa suka dan faktor itu jugalah yang membuatkan mereka dengan rela hati untuk melayan termasuk melayan nafsu sendiri dan pelanggannya," katanya. 
-Bernama

Monday, 21 January 2013

PAS, UMNO, PKR ambillah pengajaran dari Indonesia, kristianisasi itu benar dan amat menakutkan


Hayatilah kisah benar bekas biarawati Kristian, Hjh. Irena Handono bagaimana mereka tidak akan duduk diam dan berusaha keras untuk terus menyesatkan umat Islam melalui pelbagai cara samada secara sulit mahupun terang-terangan.

Semoga umat Islam Malaysia dari kalangan PAS, UMNO, PKR dan lain-lain parti politik juga, akan sentiasa berhati-hati, mengambil iktibar ini demi memastikan agama suci wahyu Ilahi terus dijaga dan umatnya terbela.

Lemahnya Melayu Islam : Sekali Guan Eng menggeletek, huru hara bangsa dan agama dibuatnya


Sekali sahaja Guan Eng menggeletek, jadi kelam kabut umat Islam di negara ini. Gelak besar mereka dengan permainan yang dihidangkan. Itu belum lagi mengambil kira pembongkaran pelbagai gerakan Kristianisasi yang secara senyap-senyap berjalan, pelbagai strategi sulit pendakyah Kristian yang memang diketahui menjalankan agenda mereka ke atas umat hingga hari kiamat.

Lebih malang lagi apabila segelintir pengkhianat bangsa yang masih dungu dengan pendirian mahukan kalimah Allah bebas digunakan di mana-mana dan oleh sesiapa jua. Mereka lupa pluralisme itu menghancurkan akidah, mereka masih lalai dengan kuasa dunia yang sementara sedangkan anak cucu masih tidak ketahuan nasibnya.

Astaghfirullah....bertaubatlah bai...

Pembangkang tolak bantuan awal persekolahan RM 100


Sudah tersebar desas-desus kebelakangan ini, golongan pencacai pembangkang tidak mahu menerima bantuan awal persekolahan berupa wang RM 100 untuk setiap anak-anak mereka yang bersekolah. Mereka sudah tahu dan mula merasa malu kerana kerajaan BN sebenarnya memang ikhlas mahu mengurangkan beban ibu bapa terutamanya di awal tahun bila sesi persekolahan mula dibuka dan banyak perbelanjaan diperlukan untuk setiap seorang anak yang bersekolah.

Bayangkan, RM 100 bagi setiap satu pelajar, jika ada 5 orang anak, sebuah keluarga itu sudah menerima sebanyak RM 500, jumlah yang bukan sedikit dan memang benar mampu sedikit sebanyak meringankan bebanan kewangan keluarga. Mereka menjadi malu alah dengan BN yang sentiasa prihatin dan membela nasib rakyatnya.

Belum lagi diambil kira Bantuan Rakyat 1Malaysia, BRIM sebanyak RM 500 dan lain-lain jenis bantuan. Akibat malu dikata kawan-kawan, akhirnya sebilangan puak pembangkang kali ini bertekad untuk tidak menerima sebarang bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Tahniah! Bakal MB Kedah terima darjah Datuk Paduka


REZAB Tanah Melayu mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada MUKHRIZ MAHATHIR yang dianugerahi Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (DHMS) sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar semalam.