Memang hebat idea ni, isteri Ketua Menteri Melaka yang mengenakan baju sekolah untuk hadir sambutan Hari Guru peringkat negeri MELAKA. Agak-agaknya baju apa isteri Lim Guan Eng pakai untuk sambut Hari Bomba Sedunia.
REZAB Tanah Melayu
Sunday, 19 May 2013
MUHYIDDIN tiada cara lain selamatkan diri
Bukan main hebat lagi dia bagi tajuk propaganda jahat lidah munafik haramkahnya.
Tak serik-serik puak pencacai PAS nak melaga-lagakan Muhyiddin dengan bos nombor 1. Semenjak beberapa tahun lalu sebelum PRU 13 lagi, Mahpoz Omar telah mengepalai rencana melagakan nombor dua dengan Perdana Menteri. Bersungguh-sungguh usaha berterusan dilakukan pencacai supaya hubungan terus retak dan berpecah belah. Malangnya tidak berlaku sedemikian, justeru kerja jahat menjaja spekulasi dan menimbulkan persepsi terus dibuat. Sebelum dibaca teori jahat mereka di bawah, perlu diingatkan bahawa jawatan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO tidak akan dipertandingkan semasa pemilihan pada tahun ini.
Lain kali lah...
....
Di pemilihan Umno akan datang, sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin memilih untuk tidak mengambil risiko untuk mencabar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan mempertahankan jawatannya, itu adalah penamat kareer politik buat beliau.
“Kedudukan Najib sekarang hanya seorang saja yang mampu mencabarnya iaitu Muhyiddin. Tapi di tempat Muhyiddin, ramai calon yang bakal mencabarnya contohnya (bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd) Ali Rustam, (Pengerusi Felda Tan Sri) Isa Samad dan juga (Naib Presiden Umno Datuk Seri) Hishamuddin Hussein dan (Naib Presiden Umno, Datuk Seri) Shafie Apdal,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.
Jika Muhyiddin memilih untuk mempertahankan jawatan, kata sumber Umno itu, itu adalah langkah membunuh kareer politik beliau sendiri.
"Apakah Najib dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor) akan membantu Muhyiddin mempertahankan jawatan ataupun memilih satu timbalan yang baru yang boleh dijinakkan sehingga sampai Pilihanraya Umum ke 14? Muhyiddin tahu jawapan itu dengan jelas,” tambah beliau lagi.
Hujah beliau, nak atau tidak, Muhyiddin terpaksa mencabar Najib untuk menyelamatkan kareer politiknya dalam Umno.
“Muhyiddin rasanya boleh menggunakan Perkasa untuk memanjang hayat politik beliau. Perkasa kini melenting pada Najib apabila mereka disisihkan daripada kabinet tapi Hindraf pula diberi masuk.
"Bila Perkasa melenting, tahulah kita apa perasaan dan pandangan Tun (Dr Mahathir). Kabinet yang diputuskan Najib kini menyebabkan sekurang-kurangnya tiga anak panah kini menghala ke beliau – satu dari Sabah/Sarawak, satu Tun dan satu Perkasa,” kata beliau.
Ketika ditanya mengapa beliau merasakan Muhyiddin tidak dapat mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Umno jika dicabar oleh Ali Rustam dan Isa Samad, beliau menjawab “paip air Muhyiddin tak cukup kuat.”
“Jangan lupa kali ini 146,500 perwakilan akan mengundi. Ali Rustam sudah mencipta rekod di Malaysia dengan membuat kenduri kahwin anaknya RM600,000 untuk 60,000 orang. Isa Samad pula ada Felda. Muhyiddin ada apa?” kata beliau dengan berseloroh.
“Di PRU13, BR1M RM500 senjata berkesan. Agak-agaknya apakah nilai BR1M untuk pemilihan Umno kali ini? Gabungan paip air siapa lebih besar akan menang perlawanan kali ini,” tambah beliau lagi.
Seramai 146,500 perwakilan Umno daripada 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan Umno pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009. Kalau sebelum ini hanya perwakilan ke PWTC sahaja yang akan mengundi untuk jawatan tertinggi Umno, kali semua perwakilan dalam mesyuarat bahagian juga mengundi.
Retreat untuk serangan baru
TERMASUK pemimpin besar Barisan Nasional (BN), ada yang menggelarkan PRU 13 sebagai ibu segala peperangan. Gelaran sedemikian jika diberikan oleh pasukan yang berkuasa, walaupun tujuannya ialah untuk membakar semangat juang pahlawan-pahlawan perang mereka, dia juga memberi pengiktirafan kepada pihak lawan yang kesannya menjulang moral perang pihak musuh. Semua itu sudah berlalu, perang psikologi di lawan dengan perang psikologi, keunggulan logistik masing-masing telah diuji, taktik dan operasi telah dipertarungkan dan hasilnya, ada yang menang ada yang kalah.
Peperangan ketenteraan lambat laun akan ada kesudahannya. Dalam peperangan politik, pengakhirannya tiada, walaupun ada pihak, terutama yang menang, mungkin berani menukar sistem permainan untuk mempertahankan kekuasaan mereka. Oleh yang demikian saya berpendapat di dalam politik, kemenangan dalam sesuatu pilihan raya hanyalah suatu kemenangan dalam suatu pertempuran tetapi bukan memenangi suatu peperangan. Kemenangan suatu peperangan ialah kemenangan meletakkan suatu fahaman atau idea yang dapat menjadikan idea-idea lain menjadi kecil atau marginal. Jika konsepsi yang saya kemukakan ini dapat diterima, masing-masing yang berminat dengan hal ini boleh menilai sama ada BN yang menang dalam pilihan raya dua minggu lepas telah memenangi suatu battle atau telah memenangi suatu war? Jika jawapannya ialah BN hanya memenangi suatu pertempuran maka BN akan berhadapan dengan banyak lagi pertempuran dan masih awal untuk sesiapa menilai bahawa satu pihak telah memenangi suatu peperangan.
Pertempuran
Sama ada pertempuran konvensional atau gerila, kedua-dua pihak yang berperang akan melakukan taktik berundur atau retreat seketika selepas melalui suatu kemuncak tempur. Apabila dianalisis, antara parti-parti yang bertempur baru-baru ini, nampaknya parti-parti berideologi utama yang terdiri daripada BN, Pas, PKR dan DAP mengambil pendekatan yang berbeza-beza. BN dan Pas nampaknya mengambil pendekatan retreat berbanding dengan DAP dan terutamanya PKR terus melakukan serangan-serangan post battle seperti cerita-cerita combat yang pernah kita tonton di TV dengan harapan sebiji dua peluru akan mencederakan satu dua tentera pihak yang menang. Hal ini terpaksa dijuruterakan oleh pemimpin utama mereka atas kepentingan menjaga supaya moral perang anggota mereka tidak luluh terus dan kedudukan pemimpin akan terancam dengan kehilangan kepercayaan. Dalam kes ini, misalnya, antara tanda-tanda kemerosotan kepercayaan ialah apabila orang nombor dua salah sebuah parti utama itu sudah bersuara mempersoalkan kredibiliti ketuanya. Oleh itu, pemimpin tersebut tiada pilihan kecuali terus melakukan tembakan-tembakan post battle bagi mengalihkan atau divert pemikiran anggota daripada mempersoalkan kredibiliti kepimpinannya kepada membakar hati anggota perang dengan mengatakan mereka kalah kepada musuh yang amat zalim dan tidak mempunyai etika perang, sedangkan dia amat tahu bahawa kalah adalah kalah. Nyawanya betul-betul ditentukan oleh sama ada dia berjaya menjadikan suara orang nombor duanya itu sebagai tidak relevan. Hal sebegini amat lumrah dalam mana-mana peperangan. Walaupun idea pemimpin ini seperti ditaja oleh pihak Barat, namun etika permainannya berlainan dengan etika perang atau perlawanan Barat bahawa dia wajib turun takhta sebagai tanda tanggungjawabnya atas kekalahan dalam pertempuran yang begitu penting.
Mungkin boleh menjadi pilihan yang baik daripada banyak pilihan-pilihan yang lain untuk BN melakukan retreat, iaitu meletakkan senjata (termasuk merehatkan cyber-troopersnya) untuk sementara dan mengambil tempoh sepi perang. Cara begini ialah cara bagaimana biasa pasukan yang menang sewajarnya bertingkah laku. Jika ini dilakukan biasanya golongan tengah akan bertukar menjadi penyimpati atau peminat baharu. Penyimpati akan mula menebalkan perasaan kagum akan digniti pihak yang menang berbanding jika pihak yang menang itu masih lagi melakukan serangan-serangan post battle secara konvensional.
Menghapuskan
Jika pasukan yang menang masih mahu menghapuskan saki-baki musuh, memadai dianya dilakukan oleh pasukan gerila atau pasukan perang psikologi memenangi heart and mind anggota perang pihak musuh yang moral perang mereka telah ranap selain keletihan.
Saat sepi perang ini sewajarnya diisi oleh BN melalui dua komponen penting: komponen eksekutif atau kerajaan dan komponen parti. Komponen kerajaan seeloknya dilihat menumpu kepada semata-mata melaksanakan program yang telah ditawarkan dengan bersungguh-sungguh dan meyakinkan. Komponen kerajaan hendaklah tidak tergiur langsung untuk melayan peluru-peluruh musuh post battle supaya musuh benar-benar kelihatan tidak relevan lagi. Jika perlu, besarkan maruah pemimpin musuh seperti Rasulullah pernah membesarkan Abu Sufyan, bekas kepala perang Quraish, setelah Mekah ditawan oleh baginda. Komponen parti hendaklah retreat untuk meneliti dengan terperinci semua aspek kalah-menang pertempuran yang mempunyai kesan kepada keseluruhan peperangan.
Retreat perang BN tentu nanti membuat diagnosis melalui tanda-tanda atau symptom dan membuat prognosis bahawa apa akan terjadi jika tanda-tanda tidak dirawat dan adakah tanda-tanda itu akan hilang sendiri tanpa perlu rawatan kerana tubuh BN itu sendiri telah ada sistem pertahanan diri sendiri yang telah diuji berkali-kali sebagai tahan serangan penyakit. Perbezaan tanda-tanda dianggap hanya darjah kekuatan serangan. Semasa membuat diagnosis BN akan mencari erti-erti penting kepada tanda-tanda yang dibaca. Misalnya, apakah maksud kegagalan memperolehi majoriti dua pertiga dua kali berturut-turut? Adakah itu tanda kegagalan fungsi kerajaan dan parti, seumpama kegagalan fungsi ginjal atau fungsi jantung? Atau, dia adalah tanda kegagalan saraf pusat (central nervous system) yang bermaksud kegagalan keseluruah fahaman atau idea yang kadangkala disebut juga sebagai ideologi parti. Kegagalan sistem saraf pusat boleh mengakibatkan setiap cabang anggota seperti sihat tetapi tidak lagi dapat dikoordinasikan dan dia menghasilkan tindakan-tindakan mengelirukan dan di luar batas normal.
Diagnosis BN tentu akan juga mencari makna kepada kepada tanda-tanda berikut: tiga parti komponen BN (PBB, SPDP dan PBRS) yang memenangi seratus peratus kemenangan merupakan angka yang signifikan iaitu 19 kerusi. Jika hal itu berlaku sebaliknya BN mungkin akan masih disimpan di ICU bagi mengelak sebarang jangkitan lain kerana BN hanya tinggal dengan kelebihan dua kerusi. BN wajib mencari erti adakah kemenangan di lapangan pertempuran itu simbol kepada kelicinan fungsi anggota atau kerana idea BN masih kukuh menjadi pegangan pasukan perancang dan pasukan tempur mereka?
Selanjutnya BN akan meneliti dengan rapi fungsi tulang tunjangnya iaitu UMNO yang telah meningkat jumlah kemenangan daripada 68 peratus (79 kerusi) pada PRU12 kepada 73 peratus (88 kerusi) pada PRU 13. Jika diumpamakan parti itu sebagai badan manusia, maka tulang tunjang akan menentukan sama ada badan itu akan lumpuh terbaring atau berkerusi roda atau dia akan terus dapat berjalan dengan segak. Tentulah juga BN tidak boleh untuk tidak mengerling kepada komponen MCA yang merosot daripada 38 peratus kepada 19 peratus, GERAKAN merosot daripada 17 peratus kepada 9 peratus yang hampir menjadikan parti komponen ini menjadi sama sekali tidak relevan lagi. Legasi Chong Eu dan Dr Lim Keng Yaik melalui GERAKAN telah berakhir sama sekali di tangan penyambungnya. Demikian juga dengan kemenangan kosong peratus PPP dan kebangkitan MIC daripada 33 peratus kepada 44 peratus (masih pada pangkat gagal atau paling tinggi Gred D).
BN juga tentulah akan cuba memahami penyakit yang menyerang - apakah kuman ini kuman biasa atau kuman baru yang belum pernah ditemui atau mutasi daripada kuman yang telah lama berlegar di alam keliling. DAP adalah kuman yang telah lama ada dalam alam keliling BN. Dalam PRU 13 kuman ini menjadi aktif dan membesar dan berjaya meningkatkan kekuatan daripada 60 peratus dalam PRU12 kepada 75 peratus. Data ini amat penting ditafsir: UMNO meningkat dan DAP juga meningkat. BN hampir tidak perlu gusar apa-apa dengan PKR dan PAS kerana mereka merosot daripada 32 peratus kepada 30 peratus dan daripada 35 peratus kepada tinggal 29 peratus masing-masing. Sambil itu BN juga boleh mendapat maklumat tambahan seperti yang dikatakan oleh rakan karib saya di dalam PKR bahasa Pas ada menghantar mesej supaya penyokong mereka tidak memberi kemenangan terlalu banyak kepada PKR di Parlimen kerana mereka tidak mahu ketua PKR akan dictate semua perkara dalam PR.
Selain daripada membuat diagnosis terhadap semua fungsi anggota badan BN sewajarnya membuat retreat atau mendapat mungkin ratusan sesi untuk melihat kefungsian minda atau idea. BN wajar menyoal sama ada kefungsian minda BN masih kukuh dan relevan sepanjang zaman atau BN juga sudah dijangkiti oleh penyakit neurotik apa lagi jika ada tanda-tanda psikopatik. Jika tanda-tanda itu ditemui maka BN semestinya membuat keputusan: jika dibiarkan tidak dirawa apa akan terjadi dan jika ingin dirawat apakah jenis rawatannya dan apakah pelbagai kemungkinan hasil atau outcome daripada rawatan itu. Masa retreat tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu suntuk dan terdesak sehingga semuanya dilakukan secara dangkal-dangkal. Semuanya di tangan komander perang -membiarkan atau melakukan.
Sambil saya menyeru BN melakukan retreat, PAS, PKR dan DAP juga mesti melakukan retreat tetapi mereka tidak perlu melakukan apa-apa diagnosis kerana pemimpin mereka telah gagal. Pemimpin DAP, PAS, PKR mesti turun kerana mereka telah berkali gagal, bahkan telah berkali-kali gagal. Sebagai pemimpin beretika, menggunakan nilai Barat dan Timur, mereka yang gagal mesti menyerahkan kepada darah baru. DAP bukan menang, PAS tidak menang dan PKR telah kalah. Kalah adalah kalah, besar atau kecil, dan dengan itu komander mereka harus turun sebagai pemimpin beradab.
-nordin kardi utusan
Saturday, 18 May 2013
Azmin Ali ada anak dara seksi rupanya yer...nyam nyam nyam!
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kalau tak pergi pekan Kuah taklah namanya pergi Langkawi...keh keh keh! Seksi beb anak bapak ni, siapa sangka dia ada anak dara yang solehah macam ni, inilah pemimpin masa depan dan ahlul keluarganya yang menjadi pilihan rakyat Malaysia....takbiiiir!!!
Mahathir gelak besar Adam Adli kena tangkap, Zahid kata kapok!!! Lepas ni Anwar Ibrahim pulak kena...
INI KALI LAH nak hapuskan semua pengkhianat bangsa, perosak negara.
Ini kali lah Anwar tak boleh nak angkat muka
Ini kali lah jangan main-main dengan polis kita
Ini kali lah kalau buat hal, kena tindakan serta merta
Ini kali lah Malaysia semakin aman dan teus maju jaya
Geng kera syiah dah berkumpul depan Balai Polis Jinjang nak selamatkan Adam Adli
LIVE ni, siarang langsung kera-kera bawak lilin di hadapan balai polis, protes nak selamatkan budak berhingus yang langgar undang-undang negara. Beginilah rupanya. Cuba tengok betul-betul, ada tak budak Cina yang bawak lilin. Takde kan...semua Melayu kera yang tak sedar diri.
Kejap lagi nak pasang khemah, kera nak tido sini...
Kalau pakatan dapat memerintah, satu persatu akan dihapuskan dan akhirnya hak istimewa Melayu
Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini berkata Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara. "Tiada perlu Dewan Negara. Ia adalah perbelanjaan yang tidak perlu untuk ditanggung rakyat. Tidak ada gunanya.
"Ia hanya menggalakkan orang yang telah ditolak oleh rakyat atau orang lain untuk dibawa ke Parlimen dari pintu belakang melalui Dewan Negara memandangkan dalam undang-undang Parlimen juga termasuk Dewan Negara," katanya kepada pemberita. Beliau berkata Parlimen yang merupakan dewan perundangan yang tunggal, seperti juga kedudukannya di Singapura, merupakan yang paling sesuai demi kepentingan awam.
Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata kemasukan beberapa personaliti dalam barisan Kabinet tidak sepatutnya dilakukan. "Mana-mana ahli Kabinet yang dikatakan cukup berwibawa semestinya termasuk individu yang berintegriti dengan reputasi yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan bahawa penilaian itu hanya boleh dibuat secara langsung melalui pilihan raya oleh rakyat dan bukan melalui pelantikan, katanya.
Sampai bila Anwar nak heret rakyat ke jalanraya. Anwar memang sial...
Majoriti rakyat mahukan suasana dan iklim politik negara yang aman, stabil, bukannya kecoh sepanjang tahun walaupun kempen pilihanraya sudah berlalu malah keputusan yang sah sudah diwartakan. Anwar sakit hati sangat dan dengki sebab tidak berjaya menumbangkan BN dan gagal menobatkan dirinya sebagai Perdana Menteri. Itulah fakta sebenar di sebalik sebarang perhimpunan haram yang dianjurkan selepas tamatnya proses pilihanraya. Bukanlah kerana kegagalan dan penipuan SPR mahupun sistem yang digunakan sebagaimana tuduhan liar yang sengaja ditimbul. Anwar memang berniat jahat.
Rakyat dihasut saban hari walaupun sudah selesai mengundi, pada masa yang sama negeri-negeri mereka menangi terus diterima, diiktiraf sebagai satu keputusan yang betul dan sah. Sampa bila nak rosakkan minda rakyat sedangkan banyak lagi perkara dan agenda negara yang perlu diberikan tumpuan untuk membawa negara terus bergerak ke hadapan.
Sudah-sudahlah menghasut rakyat. Berilah rakyat sedikit masa untuk berehat. Politik jijik Anwar mesti dihentikan segera sebelum negara kucar-kacir dan keamanan tidak terkawal lagi.
Kecoh Adam Adli kena tangkap...padan muka kau sampah!
Hahhh...padan dengan muka kau, budak mentah kencing bersepah. Jangan main main lagi dengan polis, ko ingat Malaysia takde undang-undang kau boleh suka hati mak bapak kau nak buat apa...
POLIS sambut baik jawa Bagan Dato' jadi menteri KDN
"Alah bang, sebenarnya kami tak kesah pun siapa yang jadi Menteri Dalam Negeri. Dato' Hishammuddin boleh, Dato' Shafiee Afdal pun boleh, Dato' S.Subramanian pun boleh. Siapa pun boleh asalkan dia ada IC Malaysia. Kami jadi polis ni pun bukan berkhidmat untuk mana mana menteri, kami polis berkhidmat untuk masyarakat dan rakyat Malaysia seluruhnya. Tentang siapa yang jadi Menteri KDN, kami sentiasa akur dan akan taat dalam satu pasukan selagi betul atas landasan kanun dan terus menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat berdasarkan undang-undang yang sah dan ada terpakai Untuk nnegara ini"
"Datuk Seri Zahid Hamidi secara peribadi saya nampak memang mampu menerajui KDN berdasarkan kewibawaannya dan rekod kepimpinannya sebelum ini. Apa yang penting bagi kami, berlaku adil untuk semua rakyat dan jagalah kebajikan pasukan polis dan keluarga mereka."
"Saya juga yakin bahawa orang jawa Perak ini mampu melonjakkan prestasi dan semangat anggota PDRM untuk terus memberikan khidmat yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia."
Reaksi spontan di atas diperolehi melalui sesi temubual bersama Sjn. ROSLI yang ditemui di KUALA LUMPUR semalam.
BN dah lingkup kalau tak kerana Sabah dan Sarawak...
SEPERTI dijangkakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menamakan lebih ramai wakil dari Malaysia Timur dalam barisan Kabinet baharu yang menyaksikan 11 orang dari Sarawak dan 10 dari Sabah terpilih. Ia merangkumi tujuh menteri dan empat timbalan menteri dari Sarawak manakala Sabah mendapat enam menteri dan empat timbalan menteri.
Sebelum ini, Sabah mempunyai empat menteri dan empat timbalan menteri manakala Sarawak dua menteri dan sembilan timbalan menteri.
Peningkatan jumlah wakil dalam Kabinet itu adalah ekoran kedua-dua negeri berkenaan menyumbang kerusi besar kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Sarawak menyumbang 25 kerusi dan Sabah 22 kerusi yang meliputi 35 peratus daripada keseluruhan 133 kerusi yang dimenangi BN.
Bagi para wartawan yang pernah membuat liputan sidang akhbar dan sesi sidang Parlimen yang melibatkan anggota Kabinet dari Malaysia Timur ini, tokoh yang ditampil sekarang adalah jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu.
Sebelum ini, menteri dan timbalan menteri dari Sarawak dan Sabah dianggap kurang memberikan berita yang menarik kerana cenderung membaca kenyataan yang disediakan pegawai sahaja.
Kini anggota Kabinet terbabit tidak boleh lagi dipertikaikan kewibawaan mereka kerana telah menunjukkan prestasi cemerlang dan arif dengan bidang tugas kementerian masing-masing.
Antaranya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman dari Sabah yang dilantik semula sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Menteri Luar.
Turut dilantik semula ialah Senator Datuk Seri Idris Jala dari Sarawak sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau yang mengetuai Unit Pengurusan dan Perlaksanaan (Pemandu) adalah tulang belakang kepada pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Beberapa bekas timbalan menteri dari Sarawak turut dinaikkan pangkat seperti Joseph Entulu anak Belaun, 54, yang berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Kentucky, Amerika Syarikat (AS) yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Turut dilantik ialah Datuk Richard Riot Jaem yang merupakan satu-satunya calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang menang dalam PRU-13 sebagai Menteri Sumber Manusia.
Seorang lagi yang naik pangkat adalah peguam, Datuk Fadillah Yusof yang dilantik sebagai Menteri Kerja Raya.
Turut naik pangkat ialah Datuk Rohani Abdul Karim yang merupakan lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Ohio University, AS sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Muka baharu dari Sarawak yang dilantik sebagai menteri ialah Nancy Shukri yang berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Ohio University, AS dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Perkhidmatan Undang-undang Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Timbalan menteri dari Sarawak yang dilantik juga berpengalaman seperti bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, 66, yang berkelulusan undang-undang dari Lincoln's Inn, London sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Datuk Alexander Nanta Linggi, 55, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah adalah berkelulusan Kajian Perniagaan dari Schiller International University, London dan merupakan cucu kepada pemimpin ulung Iban, Tun Jugah anak Barieng.
Datuk Dr. James Dawos Mamit yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pula adalah berkelulusan Doktor Falsafah Alam Sekitar dari Warnborough College, Oxford, United Kingdom dan cukup lantang memperjuangkan soal penjagaan alam sekitar.
Bagi wakil Sabah, tokoh berpengalaman yang dilantik semula ialah Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili yang mempunyai ijazah Doktor Falsafah Ekonomi Pertanian dari La Trobe University, Australia yang beralih sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Muka baharu dari Sabah yang dilantik sebagai menteri adalah Datuk Abdul Rahman Dahlan, 48, yang dilantik Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Beliau yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengurusan dari Sonoma California State University, AS merupakan antara Ahli Parlimen yang vokal membahaskan pelbagai isu setiap kali sesi Dewan Rakyat.
Datuk Dr. Ewon Ebin yang dilantik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pula merupakan antara pemimpin kaum Kadazandusun yang cukup berpengalaman dalam arena politik.
Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) adalah lulusan undang-undang dari Universiti Malaya.
Timbalan Menteri dari Sabah juga berpengalaman seperti Datuk Azizah Mohd. Dun yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Beliau yang berkelulusan undang-undang dari Lincoln's Inn pernah menjadi peguam dan majistret.
Muka baharu, Datuk Mary Yap Kain Ching, 62, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I adalah Tokoh Guru Kebangsaan pada 2012 dan merupakan panel penasihat kepada Menteri Pelajaran untuk sekolah kluster.
Bagi Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Teo Kok Seong, beliau yakin dengan kemampuan anggota Kabinet dari Sarawak dan Sabah yang dilihatnya mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang.
Katanya, pelantikan individu yang mempunyai latar belakang sedemikian adalah wajar bagi membolehkan mereka memainkan peranan penting dalam kerajaan Persekutuan.
"Saya berpendapat kedua-dua negeri diberi ganjaran sewajarnya kali ini atas sokongan mereka selama ini kepada BN.
"Ia benar-benar satu langkah yang positif dan bijak oleh Perdana Menteri, selain mencerminkan pengiktirafan untuk pengundi," katanya.
Kok Seong berkata, pelantikan itu juga mampu mempertingkat integrasi nasional dan memperkukuh perpaduan di kalangan rakyat negara ini.
Nampaknya, barisan Kabinet kali ini bakal menjadi medan untuk menguji kebolehan menteri dan timbalan menteri dari Malaysia Timur. Tidak mustahil kecemerlangan yang ditunjukkan akan membolehkan mereka menerajui kementerian utama pada masa depan seperti Kewangan, Pelajaran dan Pengajian Tinggi, Dalam Negeri serta Pertahanan.
-nizam.yatim@utusan.com.my
Lu ingat sikit Nuar oiii...lu jangan main bangsat ...
Nek wes dadi Menteri seng jogo njero negeri kue harapelah diparingi seng waras, ojo keweden karo cah gendeng nuarr, ojo wedik karo nuarr, lebokne neng njero mengko yo aman sitik iki Malaysiane. Ojo dibenkea wong edan nuarr nggawe seng ora-ora lho, ndekea wes orak siuman kue. Nggawe kerjo seng temenan ojo jabang bayiek amit-amit koyo cah cilik seng kerjone kor amaran, amaran, amaran...
Wes tho kang, ojo wedi karo sopo-sopo. Nek kuwe kerjone apiik apiik, sesok emben kue iso lungo nomor siji lho. Nek rak percoyo yo wes lah...
Ojo kelalen..
Enthang enthang lebokne neng njero!!!
Rakyat desak Rosmah pakai tudung tutup aurat, buat aje laa.....
Susah sangat ker buat perkara yang paling senang. Sahaja aku pakai tudung ini demi menutup auratku kerana Allah Taala...
KJ : Malaysia tuan rumah Piala Dunia 2034
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan negara ASEAN lain untuk membuat bidaan bersama selaku tuan rumah Piala Dunia 2034 harus dibuat dengan perancangan yang teliti.
Sambil menyokong usaha itu, beliau berkata, cadangan bidaan itu merupakan idea asal badan induk bola sepak kebangsaan berkenaan ketika beliau memegang jawatan Timbalan Presiden II FAM dari 2007 hingga 2010.
"Saya lihat bidaan (bersama) ini akan menjadi lebih serius dan saya fikir ia merupakan satu idea yang baik," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai KBS, di sini hari ini.
Khairy yang memulakan tugas rasmi selaku Menteri Belia dan Sukan yang baharu hari ini, berkata beliau akan menghadap Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam tempoh terdekat bagi membincangkan lebih lanjut berhubung bidaan itu.
"Secara dasarnya, saya melihat ia (bidaan) idea yang baik dan kita seharusnya membuat perancangan yang teliti. Walaupun bidaan dibuat oleh persatuan (FAM), kerajaan yang akan mengendalikan kemudahan dan sebagainya," kata beliau.
Dua hari lepas, Tengku Abdullah yang juga anggota Jawatankuasa Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF), menyifatkan 2034 sebagai tahun paling sesuai buat rantau ini khususnya Malaysia menjadi tuan rumah Piala Dunia.
Tengku Abdullah membayangkan pada 2034, Malaysia mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia bersama sebuah negara Asia Tenggara, seperti yang dilakukan Jepun-Korea Selatan pada 2002.
Media juga melaporkan bahawa baginda turut diminta mempengerusikan sebuah jawatankuasa peringkat Asean bagi tujuan membida kejohanan bola sepak dunia itu dan ia dijangka diumumkan selepas mesyuarat bersama wakil negara Asean pada 16 Jun.
Friday, 17 May 2013
Filem Indonesia yang tak berapa best, Kakek Cangkul...kalau tak keje esok bolehlah tengok sampai habis
Daripada buat keje tak senonoh melayan nafsu Anwar Ibrahim yang gagal ke Putrajaya dengan berlonggok macam taik atas jalanraya, lebih baik kita tonton filem ni sampai habis.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















