![]() |
| Usaha Penyatuan Ummah Mesti Diteruskan |
Ketiadaan nama YB Nasharuddin dalam senarai calon PAS Kelantan bagi PRU 13 jelas menunjukkan kebobrokan parti angguk sahaja yang semakin serius. Selepas berjaya menyingkir Ustaz Nasha dari jawatan Timbalan Presiden PAS, kegelojohan puak anwarinas dalam parti semakin ketara bila mana Ustaz Nasha tidak lagi dicalonkan mewakili partinya untuk pertandingan yang akan berlangsung bila-bila masa sahaja dari sekarang. Inilah dia parti yang mengaku lebih Islamnya dari orang lain, lebih tinggi makamnya berbanding UMNO, lebih mulia manifestonya dari parti lain, dan pada masa yang sama, hari demi hari rakyat melihat kecelaruan parti yang semakin bobrok itu . PAS semakin hilang arah. Jelas, kebobrokan yang tidak dapat dibendung lagi. Selepas penolakan terhadap Dr. Hasan Ali akibat tidak mahu aqidah umat dikompromi oleh pakatan haram, PAS terus tersasar dari landasan asal memperjuangkan sebuah negara Islam sebaliknya mendakwa agenda negara Islam tidak disebut di dalam al-Quran lantas memperkenalkan konsep negara berkebajikan kononnya. Semakin hari PAS dilihat semakin menjiwai pertaliannya dengan kafir harbi bila mana mereka berhempas pulas membantu ambigakutty mengumpulkan umatnya mengimarahkah perhimpuanan haram tanpa menyedari PAS telah menjadi tunggangan DAP, PKR dan dicucuk hidungnya. PAS semakin bongkak, tidak mengapa dicucuk hidung atau ditunggangi kafir harbi asalkan tidak berbaik-baik dengan UMNO. Niat asal yang murni untuk bermuzakarah bersama UMNO mesti ditinggalkan jauh, sejauh-jauhnya, mesti dilupakan terus. Muzakarah untuk kebaikan umat Melayu Islam untuk diwariskan kepada anak cucu Melayu Islam di masa hadapan tidak lagi penting buat PAS sekarang. PAS terus hanyut dibuai mimpi ciptaan anwarinas yang menjanjikan kuasa di PUTRAJAYA. Nyata PAS semakin bobrok.
Ustaz Nasha mula dibenci parasit-parasit anwarinas dari dalam PAS bila mana beliau cuba mengusahakan perpaduan umat Melayu Islam di antara dua parti Melayu terbesar di negara ini. Ustaz Nasha tidak seharusnya risau dan beliau sendiri mungkin sudah mengatur langkah seterusnya sebagaimana Hasan Ali. Teori 'The 3rd Force' bagi menghadapi PRU 13 ini dengan sendirinya akan memastikan puak-puak anwarinas dalam PAS terus berputih mata, dan dari 'selangkah ke PUTRAJAYA' akan bertukar kepada 'selangkah ke alam barzakh'.
PAS SEMAKIN HANCUR
p/s : Tidak perlu Ustaz Nasha menyertai UMNO untuk meneruskan perjuangan (tapi kalau nak masuk malam ni jugak hantar borang). Perjuangan penyatuan ummah yang Ustaz usahakan masih boleh diteruskan walaupun berada di luar PAS dan UMNO akan sentiasa membantu jika diperlukan.


.jpg)




















.jpg)
























