Followers

Digital clock

Wednesday, 31 October 2012

Fakta Penting : Untung kakitangan kerajaan Malaysia tidak dibuang kerja sedang pengangguran di Eurozone catat angka paling tinggi



Bertuah rasanya hidup di bumi Malaysia yang makmur ini, baldatun thayyibatun warobbun ghaffur. Lebih-lebih lagi kakitangan kerajaan, walaupun ada antara mereka yang menyokong pembangkang, walaupun gaji serta pendapatan mereka tidak berapa tinggi dan menerima bonus yang dibayar ansur-ansur secara tiga kali, mereka masih ada pekerjaan, bukannya penganggur dan belum dibuang oleh kerajaan BN. Tak tau lah pula nasib mereka kalau TONY PUAKA yang memerintah.

Kadar pengangguran di Eurozone mencatat peningkatan tertinggi setakat September lalu iaitu pada 11.6% sebagaimana yang dilaporkan oleh agensi statistik European Commission Eurostat. Sungguhpun demikian secara terperincinya setiap negara berada pada kadar yang berbeza-beza.

Kadar tersebut juga adalah merupakan sedikit peningkatan iaitu daripada 11.5% pada Ogos. Pada September tahun lalu kadar pengangguran dicatat pada 10.3%. Jumlah penganggur setakat ini yang merangkumi 17 negara yang sama-sama menggunakan matawang Euro ini ialah 18.49 juta orang, iaitu pertambahan sebanyak 146,000 orang lagi.

Negara paling teruk terkesan ialah SEPANYOL dengan kadar pengangguran sehingga 25.8%, diikuti dengan GREECE 25.1% dan PORTUGAL 15.7%.

Sebaliknya, AUSTRIA mencatat kadar pengangguran terendah iaitu 4.4% diikuti oleh LUXEMBOURG 5.2% dan GERMANY serta NETHERLAND dengan masing-masing 5.4% sahaja.





Masih Panas : Kini di Youtube, video seks Alvin Tan and Vivian Lee

DJ Hot FM Terengganu disamun, wang hantaran lesap



Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu mengalami detik cemas setelah disamun dua lelaki bersenjatakan pisau lipat di Jalan Pusara di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian 12.15 pagi tadi, mangsa Mohd Hermansani Aminudin, 29, yang memandu keretanya bersendirian dalam perjalanan untuk minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai di Jalan Kamaruddin di sini.

Menurut mangsa, ketika kejadian dia baru pulang dari sebuah bank untuk memasukkan duit hantaran perkahwinannya namun operasi bank ATM telah tutup.

Namun ketika melalui kawasan Jalan Pusara, beliau didatangi sebuah motosikal dan menjatuhkan motosikalnya di hadapan keretanya.

"Masa tu saya agak panik. Ingatkan saya yang langgar motosikal yang dinaiki dua lelaki itu, saya pun beranikan diri keluar dari kereta.

"Masa saya keluar dari kereta, seorang daripada mereka bertindak menyerang saya dengan menekan dada dan mengacukan pisau di perut manakala seorang lagi menggeledah kereta," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Hermansani berkata, akibat daripada kejadian itu, beliau kerugian kira-kira RM5,000 yang diletakkan di dalam dashboard keretanya yang merupakan duit hantaran wang perkahwinan yang dijadualkan 10 November ini.

Menurutnya selepas menggeledah kereta kira-kira lima minit, kedua-dua lelaki berkenaan bertindak menolaknya ke belakang kereta. Bagaimanapun mangsa tidak mengalami kecederaan akibat kejadian itu.

"Kejadian berlaku amat pantas dan saya tidak dapat mengecam suspek kerana kedua-duanya menutup muka dengan topi keledar," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata.
-Bernama

Heboh : Bekas Pengarah Pelajaran Pahang Bakal Jadi Calon BN



Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Pahang, Datuk Yahya Zainal Abidin (foto) kini diwar-warkan bakal menggantikan tempat Allahyarham Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak untuk bertanding sebagai calon UMNO Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenor dalam Parlimen Maran pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini.

Yahya, baru saja menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) bergelar "Datuk" sempena ulang tahun ke-82 Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah baru-baru ini dikatakan calon popular "winnable candidate" yang bakal diketengahkan oleh UMNO kali ini.

Beliau yang baru sahaja menamatkan perkhidmatannya dari Kementerian Pelajaran, kini dikatakan sedang bercuti sebelum memulakan langkah untuk menceburi bidang politik. Nama Yahya dikatakan paling panas memandangkan beliau dilihat mampu memastikan BN terus menang di kerusi DUN terbabit berbanding dengan calon-calon lain yang lebih senior darinya.
-pahangdaily

Najib dan anak naik bot, lulus lebuhraya sungai


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluluskan projek pembinaan 'lebuh raya sungai' bagi memudahkan air disalurkan ke kawasan sawah padi seluas 38,000 hektar di kawasan Kedah tengah.

Dengan pelaksanaan projek tersebut, kira-kira 3,000 petani dijangka meraih manfaat dan meningkatkan hasil pengeluaran padi sedia ada daripada 2.8 matrik tan sehektar kepada 10 metrik tan sehektar.

"Kerajaan sentiasa memahami denyut nadi rakyat lebih-lebih lagi golongan petani. Ini kerana mereka merupakan antara wira yang banyak berjasa kepada negara. Melaluli hasil titik peluh merekalah, kita ada nasi untuk makan setiap hari.

"Justeru, kerajaan tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan projek lebuh raya sungai ini demi memastikan kualiti hidup petani dapat ditingkatkan pada masa akan datang,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah di Pantai Merdeka, dekat sini.

Lebih 15,000 peladang, penternak dan nelayan seluruh negeri hadiar memeriahkan majlis anjuran Kementerian Pertanian dan Industrri Asas Tani itu.
-utusan

Dunia macam-macam : Tertelan berus gigi nasib baik tak mampos...


Terkejut dengan kejadian tidak disangka-sangka yang mungkin boleh membawa maut. Semalam, seorang gadis, GEORGIE SMITH (gambar di atas) 19 tahun, dari Brighton, East Sussex, United Kingdom telah tertelan BERUS GIGI semasa sedang khayal membersihkan lidahnya. Tiba-tiba berus gigi yang dipegangnya terlepas dari tangan, terus tertelan dan tidak dapat dikeluarkan dengan cara batuk.

Hingga hari ini berus gigi itu masih berada di dalam perutnya namun x-ray gagal mengesan kedudukannya disebabkan ianya bahan plastik. Doktor menasihati agar membiarkan berus gigi itu keluar secara semulajadi melalui pembuangan najis.

"Saya  ingatkan dah nak mati tercekik berus gigi, tapi jadi terkejut bila saya dapat bernafas seperti biasa dan ia tidak sangkut di kerongkong saya." katanya.

Menteri Besar PAHANG diburu Polis?


Laaa...mati-mati wa ingat MB Pahang yang diburu polis, rupa-rupanya nama jer sama. Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman telah mengeluarkan  Siaran Media seperti berikut:-

ORANG DIKEHENDAKI : Pihak polis sedang mengesan individu ini bagi membantu dalam siasatan satu kes penipuan bank di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

NAMA : MOHAMMAD ADNAN YAACOB KARUNAH
@ KARUNAH A/L GOWRIEMUHUNDAN
NO KP : 770131-14-6167 (A3745590)
ALAMAT TERAKHIR : 11 JALAN BUKIT MALURI 10,
TAMAN BUKIT MALURI, KEPONG, 52100 KUALA LUMPUR

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu ini boleh menyalurkan maklumat atau menghubungi ASP AHMAD AZIZUL BIN MOHAMED, Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, di talian 03-2616 3775 atau 019-9443778 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.

Biasalah tu kalau MB kena halau dan maki, Nabi dulu lagi teruk


Hah, padan muka ko Kalid. Rakyat memang dah tak suka dengan gerombolan pakatan ni. Jangan nak salahkan UMNO pulak, majoriti rakyat Selangor memang dah tak sabar nak humban gerombolan pakatan. PM pulak lambat-lambatkan PRU....tak sabar sangat dah ni. Empat tahun dia orang sibuk main politik, nasib rakyat tak terbela.

Cukup-cukuplah main wayang tu, rakyat dah sedar dah. Bangkitlah rakyat Selangaor, sama-sama kita tolak gerombolan pakatan.

PAHANG DARULMAKMUR akan semakin makmur dengan minyak



Datuk Seri Najib Tun Razak hari semalam mengumumkan Pahang bakal menjadi negeri sumber pengeluaran minyak dan gas terbaharu di Malaysia berikutan penemuan pertambahan rizab minyak di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.

Perdana Menteri berkata, medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh Petronas salah satu usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran terdiri daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Lundin Oil telah menemui rizab minyak tambahan itu baru-baru ini.

Menurut Perdana Menteri, dengan pertambahan rizab tersebut, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isipadu asal keseluruhan atau minyak yang tersedia di situ sebanyak 64 juta tong.

''Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersial dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu, ini merupakan kejayaan besar.

''Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komesial, pengeluaran minyak dijangka dicapai pada suku ketiga tahun 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 hingga 20,000 tong sehari," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Penemuan itu, kata Najib, membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Penyu Basin.

Medan minyak itu, katanya, terletak di kawasan pelantar benua iaitu melepasi tiga batu dan di dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, berasaskan pertimbangan yang adil dan saksama, dan mengambil kira negeri-negeri yang telah dibayar wang ehsan sebelum ini, kerajaan komited untuk terus memastikan pembangunan serta manfaat dapat dirasai oleh negeri-negeri.

''Dalam hal ini, bergantung kepada anggaran pengeluaran, negeri Pahang dijangka menerima wang ehsan sekitar RM100 juta setahun apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014," katanya.

Perdana Menteri berkata, adalah menjadi dasar kerajaan untuk mengagih-agihkan kekayaan minyak dengan lima peratus pembayaran tunai kepada Pahang.

Sementara itu, Naib Presiden Pengurusan Petroleum, Penerokaan & Pengeluaran Perniagaan, Petroliam Nasional Berhad, Ramlan A. Malek berkata, kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial itu dijangka siap pada suku kedua tahun depan.

Menurut beliau, kerja-kerja cari gali akan dilaksanakan oleh operator blok, Lundin Oil.
-um

Gempar!! Anwar Ibrahm salah seorang JAMES BOND terbaik...jalankan undian anda.


Sebuah akhbar UK sedang giat menjalankan undian online serta bancian bagi memilih James Bond terbaik mengikut pelbagai kategori yang disediakan. Mungkin antara banyak-banyak senarai mereka sudah diketahui siapa yang akan menggondol gelaran Raja Seks Bebas.

 
 
 
 
 
 







Lagi...Ada orang sanggup potong lanchiau kalau ANWAR dapat jadi PM


Usahawan pencuri. Itu gelaran buat seorang lelaki yang menjalankan perniagaan makanan serta memiliki duit simpanan lebih RM10,000 namun mempunyai minat mencuri motosikal.

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun dan menjalankan perniagaan di kawasan Desa Petaling itu juga pernah dicekup polis atas kesalahan mengambil dadah.

Bagaimanapun, niat lelaki berkenaan untuk membuat kad pengenalan baharu di Pudu Sentral dengan menunggang motosikal curinya membawa padah apabila dicekup polis, semalam.

Dalam Ops Nombor Pendaftaran Palsu dan Snap Check Pelbagai Kesalahan Jenayah yang dijalankan Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), lelaki berkenaan dicekup di tempat letak motosikal di kawasan itu.

Pegawai Operasi U3K, Inspektor James Jakup berkata, ketika menjalankan pemeriksaan mereka menahan sebuah motosikal jenis Honda EX5 warna hitam yang ditunggang seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan dilaporkan hilang di PPR Seri Alam pada 15 Mei lalu dan selepas ditahan, suspek dan motosikal itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek mencuri motosikal berkenaan dengan bantuan rakannya.

Katanya, selepas membuat laporan tangkapan, suspek dihantar ke Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379a Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.
-hm

Tuesday, 30 October 2012

Hukumnya haram tengok VIDEO SEKS Anwar dan Shamsidar, tengok orang makan aiskrim tak haram



Bagaimana Nak Jawab Video ‘Anwar Berzina Dengan Shamsidar’?

INI berita yang penulis terima lewat malam tadi.  Khabarnya tidak berapa lama lagi, video yang di dakwa mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isteri YB Azmin Ali, Shamsidar Taharin AKAN TERSEBAR (ada yang kata sudah pun disebarkan tapi carian penulis di laman Youtube tidak jumpa).

Penulis difahamkan, ada besar kemungkinan video ini adalah antara beberapa video yang disimpan oleh bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S Nallakarupan yang beberapa bulan lepas menyerahkan satu daripada video tersebut untuk digunakan dalam prosiding saman fitnah yang dikemukakan Anwar ke atasnya.

Tapi itu hanya kemungkinan, sumber yang memberikan maklumat ini kepada penulis, tidak pula menyatakan dengan pasti sama ada video tersebut memang dari Nalla atau tidak.

Bagaimana pun, soal dari mana video itu datang, bukan masalah sangat, kebimbangan terbesar penulis sekarang ialah, bagaimana Pakatan Rakyat harus menyediakan diri untuk berhadapan dengan serangan berbentuk peribadi ke atas Anwar kali ini?

Laman ini bimbang, Pakatan Rakyat akan sekali lagi terperangkap dengan permainan politik jahat UMNO seperti mana dalam soal penyebaran video lucah pertama yang mengaitkan Anwar dengan seorang pelacur dari China, jika mengambil mudah maklumat ini serta tidak bersedia dari sekarang.

Dalam kes tersebut, bukan isu video lucah itu sahaja yang menyusahkan Pakatan Rakyat dan Anwar sendiri, tapi kegagalan menunjukkan jam Omega yang didakwa keluarga Anwar tidak hilang sepertimana dakwaan asal oleh perakam video, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, turut menjadi isu politik yang tidak kurang hebat juga.

Sehingga sekarang pun, gambar-gambar yang diekstrak dari video tersebut masih dimainkan oleh para blogger UMNO secara aktif, terutama bila menyentuh tentang moral Anwar.

Kita tahulah semua itu fitnah tapi seperti mana pembohongan UMNO yang lain, masih ramai yang percaya individu dalam video tersebut adalah Anwar.

Apatah lagi bila ada kenyataan dari Anwar sendiri yang mengakui individu dalam video tersebut memang menyerupai dirinya (looks like me but not me) dan kegagalan mengambil tindakan undang-undang ke atas Eskay dan rakan-rakannya, membuatkan kelompok bodoh yang percaya dengan video tersebut, bertambah menggila.

Semua inilah yang perlu diberi perhatian dari sekarang oleh para strategis Pakatan Rakyat.  Apatah lagi penulis difahamkan, video kali ini khabarnya lebih jelas dari video fitnah yang pertama kerana ia dirakamkan dalam bentuk warna, bahkan ada audio juga!!

Kalau tanya penulis sendiri, tidak pastilah sama ada pada waktu adegan tersebut dirakamkan (khabarnya pada pertengahan 90-an), sudah wujud teknologi video yang sedemikian, kalau ada pun sudah pasti saiznya besar macam burung kakaktua, tak macam teknologi sedia ada hari ini.
-SUARApakatanrakyat

Monday, 29 October 2012

Biar betul semua hakim buta warna...



Setiap hakim di negara ini adalah bersifat 'colour blind' apabila mendengar sesuatu kes dan hanya mengambil kira fakta yang dikemukakan di hadapan mereka tanpa mengira siapa yang menghadapi pertuduhan.

"Tidak kira siapa yang dituduh atau yang didakwa, sama ada mereka orang besar atau orang kecil, orang putih atau hitam, itu tidak dipedulikan melainkan fakta di hadapan mereka," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau menjawab soalan tambahan Hamim Samuri (BN-Ledang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini, yang ingin tahu mutu sistem kehakiman di negara ini termasuk dari segi pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Kepada soalan lain, Mohamed Nazri berkata kerajaan menggalakkan penyertaan individu daripada sektor swasta untuk berkhidmat sebagai hakim agar jawatan itu diisi oleh berbilang bangsa di semua peringkat mahkamah.
- Bernama

AWAS : PRODUK LGBT DI PASARAN MALAYSIA


Sebagai mak bapak, cuba sensitif sikit dengan apa yang anak-anak anda pakai baik dari segi warna ataupun perkataan-perkataan yang tertera. Cegah sebelum parah, pastikan anda bukannya tergolong sebagai pengamal seks bebas LGBT.

Terbaru di pasaran telah dijual apa yang dipanggil produk-produk LGBT yang terdiri dari pelbagai barangan harian yang mungkin tidak anda sangka sama sekali bahawa itu adalah penanda bahawa anda juga pengamal seks lesbian, gay, bisexual ataupun transgender.

Mudah sekali, anda hanya perlu lihat pada warna-warna pelangi yang mereka gelarkan sebagai gay rainbow, sama juga seperti payung yang di pakai oleh aljuburi.

Pengeluar kasut NIKE sendiri telah mengeluarkan edisi khas kasut LGBT dengan warna yang bercelaru lambang kecelaruan golongan ini. Paling dahsyat ialah seluar getah dengan zip di bahagian jubur yang dikeluarkan khas kepada aljuburi.

Antara produk lain yang berada di pasaran ialah t-shirt, mug, flask, t-shirt, key-chain, topi, aksesori telefon dan banyak lagi.

Berhati-hatilah, awas dalam memilih warna-warna, jangan sampai anda menjadi penyokong setia mereka,  biarlah ambabiga sorang ke neraka....na'uzubillahuminzalik...











Janda Selangor pakat-pakat saman Menteri Besar


Ibarat bom jangka yang menunggu masa untuk meletup walaupun kebanyakan janda di Selangor semuanya meletop, mereka akan beramai-ramai tampil menuntut hak mereka sebagaimana yang telah gerombolan pakatan janjikan semasa PRU 2008.

Mereka telah dijanjikan elaun ibu tunggal, tidak kiralah samada one-off ataupun elaun bulanan, yang penting mereka mesti dapatkan hak mereka. Mereka mesti tuntut. Tunggu....saman tetap saman.

Begitu juga dengan surirumah sepenuh masa yang telah dijanjikan oleh gerombolan pakatan dengan elaun khas. Sampai sekarang sebutir haram pun tak nampak. Tunggu...saman tetap saman.

Panas, panas...Selangor akan semakin panas! Tunggu....

Heboh Ragad serang Ketua Menteri selain parti pembangkang?

 
Serangan terhadap Ketua Menteri Sarawak nampaknya bukan hanya dari parti-parti pembangkang, tetapi daripada isterinya sendiri, RAGAD juga. Demikianlah maksudnya pendedahan media-media pembangkang sebagaimana yang didedahkan oleh Dr. Novandri MiM.
 
Sebenarnya karenah bini muda memang selalu macam tu, itu perkara biasa dan sebab itulah sebagai suami yang matang, Taib Mahmud tidak pernah melatah dan sentiasa menghadapi karenah RAGAD dengan tenang dan penuh kesabaran, sama keadaannya bagaimana beliau menangani karenah pembangkang di SARAWAK, itulah antara kekuatan serta kehebatan Ketua Menteri. Itulah sebenarnya rahsia beliau tahan lama.
 
Cuma yang menjadi masalah ialah media pembangkang yang sengaja memainkan isu dan memperbesarkannya bagi memburuk-burukkan peribadi Ketua Menteri Sarawak. Hal-hal peribadi dan rumah tangga pemimpin tidak kira dari parti politik mana, sememangnya akan mendapat perhatian masyarakat umum.
 
TAIB MAHMUD tetap steady...
 
 

Indonesia marah : Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dihina dalam iklan di Malaysia


Akhbar online inilah.com Indonesia pada hari ini melaporkan :

Sejumlah iklan ditempel di sudut-sudut kota di Malaysia melecehkan Tenaga Kerja Indonesia (TKI). Iklan yang terpampang itu bertuliskan “Indonesian Maids now on SALE!!!” yang kurang lebih berarti TKI untuk pembantu rumah tangga diobral.

Dalam iklan itu disebutkan, untuk mendapatkan TKI, pengguna jasa cukup membayar dengan harga RM7.500 nett atau sekitar Rp23,5 juta dan deposit RM3.500 atau sekitar Rp11 juta. Di situ juga termpang sebuah tanda mencolok diskon 40%.

Di iklan itu juga ditulis. “Fast and Easy Application” yang kurang lebih bermakna tidak akan sulit untuk mengurus perizinan untuk mempekerjakan TKI. Ada pula tulisan “Now your housework and cooking come easy,” yang bermakna jika mempekerjakan TKI, maka pekerjaan rumah dan memasak dijamin beres, pengguna jasa tidak perlu repot lagi.

Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) mengecam keras penyebarluasan iklan tersebut itu. BNP2TKI berharap Pemerintah Malaysia melarang iklan berupa "TKI On Sale". 

"Ini merupakan perbuatan tidak beradab yang tidak selayaknya terjadi," ujar Kepala BNP2TKI, Moh Jumhur Hidayat, dalam keterangan tertulis.

Duta Besar Malaysia untuk Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan menyatakan iklan itu bukan resmi dikeluarkan oleh pihak berwenang di Malaysia. Melainkan iklan liar yang dipasang oleh pihak tidak bertanggung jawab. “Itu iklan liar. Iklan liar tidak sepatutnya di situ,” ujar Mushe usai bertemu Gubernur DKI Jakarta Joko Widodo (Jokowi) di Balaikota, Jl Medan Merdeka Selatan, Jakarta Pusat, Senin (29/10/2012).

Menurutnya, aparat kepolisian Malaysia sudah bertindak untuk mencabut iklan itu. Polisi tengah mencari pemasang iklan itu. "Kami sudah melapor ke Bandar Raya Kuala Lumpur," kata dia.

Dia berharap iklan liar tersebut tidak mengganggu hubungan antara Indonesia dan Malaysia. "Insiden ini seharusnya tidak mengganggu hubungan Indonesia Malaysia. Kita pastikan iklan ini bukan official dan akan ditindaklanjuti," tutur Munshe.

Dah tikus semua lari masuk PAS, kucing pun kucinglah...


Itulah perumpamaan yang tak berapa nak kena dengan gambar di atas. Seekor burung hantu bernama Owl menangkap seekor kucing yang bernama Cat. Memang pelik kan...kebulur sangat ke burung hantu tu, patutnya dia dengan kucing sama-sama buru tikus. Ini dak, dia pulak tangkap kucing. Habih tuu....tikus-tikus pun bebas lari masuk PAS dan menikus. Hehehehe...

Kah kah kah...!

He he he...gelak pun ada tengok gambor ni...


Politik memang macam-macam hal. Tiba-tiba aje Soi Lek dah jadi Pak Arab, mungkin sesuai dengan nama Sheikh Malek gantikan Soi Lek. Bukan main lagi pembangkang canang gambor Soi Lek sebagai Ketua Ulama BN, hehehe....seronok betul dia orang buat modal bantai UMNO dan BN kerana isu hudud mengikut kacamata Soi Lek.

Pada masa yang sama, Karpal Singh yang menyuruh orang Islam melangkah mayatnya, dia orang bukan main jilat sampai licin. Takde siapa pun dari gerombolan PAS berani dengan Karpal Singh. PAS angguk saja.

Pusing punya pusing, akhirnya Melayu gak yang kena tipu...

Rugi Berjuta : Rayuan terbuka daripada REZAB Tanah Melayu kepada blogger terkenal Papa Gomo


Akibat digugurkan daripada bloglist PAPA GOMO atas sebab-sebab tertentu, syarikat kami REZAB Tanah Melayu telah kerugian berjuta-juta Euro dalam sehari kerana kehilangan pembaca yang tidak dapat berhubungan dengan pihak kami melalui papagomo.com

Justeru di pagi hari Isnin raya korban ke 4 ini, janganlah jadikan kami lembu korban, kami menyusun 10 jari MEMOHON KEMAAFAN daripada Gomo dan adminnya atas keterlanjuran serta kekhilafan yang telah pihak kami lakukan. Kami akan memastikan terus menjaga nama baik dan kredibiliti Gomo sebagai The Ultimate Blogger. Semoga ianya menjadi pengajaran berguna kepada kami di REZAB dan lain-lain blogger juga.

Sehubungan dengan itu, http://rezabtanahmelayu.blogspot.com pohon dipautkan semula ke dalam blog tuan. Pertimbangan serta kelulusan tuan dalam perkara ini amat kami sanjung serta hargai.


Terima kasih.

Dato' Shahbudin jalankan eksesais temuduga Inspektor di JB


DCP Dato' Shahbudin Abd Wahab, Komandan Maktab PDRM Cheras, (kiri) berkunjung ke IPK Johor pagi ini menemui Timbalan Ketua Polis Johor, Dato' Ismail Yatim. Kunjungan beliau bersama ahli Suruhanjaya Pasukan Polis dan panel lain adalah bersempena eksesais temuduga Inspektor Polis yang diadakan di ibu pejabat itu mulai hari ini di mana Dato' Shahbudin sendiri merupakan salah seorang daripada panel temuduga tersebut.

Sumber: Polis Johor
              Kelab Penyokong PDRM

Rakyat tidak perlu risau, Malaysia bukannya sasaran AL-QAEDA



Dua lelaki rakyat Malaysia disyaki anggota kumpulan al-Qaeda yang ditahan di Beirut, Lubnan, minggu lalu tidak menjadikan negara ini sebagai sasaran serangan pengganas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata mereka beroperasi di Asia Barat dan tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan pengganas di rantau ini seperti kumpulan Jemaah Islamiah (JI) atau Darul Islam. 
Bagaimanapun, beliau bimbang dengan pembabitan rakyat Malaysia dalam aktiviti kumpulan pengganas dari Asia Barat. 

“Memang wujud kumpulan pengganas, termasuk di negara kita tetapi dipantau secara dekat dan kita tahu siapa mereka. 

Namun, ia tidak boleh dipandang ringan kerana sebelum ini pembabitan rakyat negara ini terhad kepada kumpulan pengganas di rantau ini saja.

Pembabitan mereka dalam kumpulan al-Qaeda perlu diteliti dan disiasat secara mendalam, katanya selepas Majlis Korban Perdana Parlimen Sembrong, di pekan Kampung Gajah, di sini semalam.

Semalam media melaporkan Rafik Mohammed Aaref, 21, dan Mohammed Razin Shaaban, 28, dipercayai menjadi pengebom berani mati, ditahan pihak berkuasa Lubnan di Beirut, pada Khamis lalu kerana disyaki terbabit dengan kumpulan al-Qaeda. 
Mereka ditahan di sebuah hotel di ibu negara Lubnan itu sebelum diserahkan kepada tribunal tentera Lubnan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata Kedutaan Besar Malaysia di Lubnan sedang berusaha bertemu mereka yang menghadapi pertuduhan terbabit dengan kumpulan pengganas al-Qaeda.

Katanya, buat masa ini, siasatan masih dijalankan pihak berkuasa Lubnan dan Kementerian Luar memantau perkembangan kes berkenaan.

Mereka sudah dihadapkan ke Mahkamah Tentera di Beirut pada 25 Oktober di mana pertuduhan dibacakan serta akan dihadapkan semula ke mahkamah hari ini. Keluarga mereka juga sudah dimaklumkan, katanya dalam satu kenyataan.

Anifah menegaskan, Malaysia tidak menyokong sebarang fahaman radikal yang boleh menjejaskan keselamatan sesebuah negara serta rakyatnya dan d.alam hal ini, Malaysia menghormati sepenuhnya undang-undang Lubnan.
-bh

Sunday, 28 October 2012

Kurang ajar : Seks ekspres di luar kedai


Astaghfirullah...seks di tepi jalan.

Satu-satu cara baginya melepaskan geram pada malam itu ialah dengan melakukan seks bersama seorang wanita misteri berambut perang di dinding luar sebuah kelab malam di Gants Hill, Essex. ( dah nama tempatnya pun ada sex...) hanya dengan cara berdiri dan melondehkan seluarnya ke bawah.

Itulah aksi kurang ajar oleh pendatang baru James Bennewith @ Diags, 21 tahun, pelakon ITV2 Realiti yang keluar berfoya-foya bersama temannya Joey Essex dan Tom Pearce pada jam 2.00 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, tidak berapa lama selepas beraksi, dia telah diganggu oleh orang lain yang marahkan perbuatannya lantas segera dia selamba memakai seluarnya semula manakala perempuan misteri itu segera menarik ke atas stoking yang dipakainya dan beredar.